sueperb pages

Nov 22, 2011

Bola bola bola.. Tahniah Malaysia menang lagi... Suka SEA 2011..



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Yeah.. rata-rata rakyat Malaysia semua mesti tengah bergembira dengan kejayaan Malaysia menentang Indonesia dalam Perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011 di Gelora Bungkarno tadi.. bukak Facebook semua status pasal bola.. apa lagi, LIKE la banyak-banyak..

Sebenarnya baru balik dari kampung.. Nasib baik la sempat sampai rumah sebelum perlawanan bermula.. kali ni aku tengok perlawanan bola kat rumah  je dengan kakak dan abang.. walaupun kami 3 orang je, tapi suasana nya aku rasa dah macam kat stadium dah.. siap KFC dan makanan semua hidang.. tension jugak tengok perlawanan kali ni.. aku rasa perlawanan ni lagi hebat kot dari Piala Suzuki AFF.. memang boleh tengok la pemain Malaysia bermain bersungguh-sungguh.. terutama bahagian pertahanan.. bagus!!..pertahanan Malaysia kali ni memang bagus.. kalau bahagian serangan mungkin banyak peluang tapi banyak yang terlepas.. 

Bila Indonesia dapat gol pertama, memang aku berharap sangat pemain-pemain Malaysia tak patah semangat.. bila Malaysia menjaringkan gol penyamaan, memang gembira sangat okey.. Cayalah Badrol Bakhtiar. memang layak jadi ketua pasukan.. dia bersungguh kejar bola dan hasil dari hantarannya berjaya ditanduk oleh Asra.. cantik okey tandukan Asra tu!!..





separuh masa kedua, Alhamdulillah Malaysia berjaya bertahan walaupun banyak juga di serang.. dan ada juga Malaysia menyerang tapi tak dapat gol jugak...

Yang paling membuatkan jantung macam nak gugur bila masa tambahan la..  bila Indon jaringkan gol masa masa tambahan pertama, aku dah kecewa gila dah.. tapi bila pengadil kata offside memang lega sangat.. alhamdulillah... dan masa masa tambahan ke dua pun ada jugak gol dari Indonesia.. tapi pemain dalam kedudukan offside.. lega okeyh!! 

dan akhirnya, penalti.. aku berharap sangat Apek dapat tangkap bola tu.. tapi dalam jarak yang dekat tu agak susah nak cakap la kan.. Alhamdulillah dua tendakan penalti Indonesia tak masuk.. harapan terakhir  tendakan dari Badrol Bakhtiar... mulanya aku tengok tendakan Badrol tu ditampan oleh penjaga gol Indonesia.. lepas tu bila bola tu masuk dalam gol , aku terdiam okey.. bila kakak aku mejerit baru aku menjerit.. akhirnya, selepas berusaha keras baru lah Malayisa menang.. dapat juga mempertahankan kejuaran.. dan membuktikan Malaysia juara bola sepak di Asia Tenggara..


 Saksikan babak-babak penalti Final Sukan SEA Malaysia vs Indonesia ni.. (credit to sokernet.com)

dan Oh ye.. bukan pemain bola sepak je boleh cedera ye.. penonton bola sepak pun boleh cedera walaupun hanya menonton di rumah.. contohnya macam abang aku la.. tangannya cedera berdarah terkena kipas syiling sebab melompat masa Malaysia gol.. tapi gol tu offside.. nasib baik lah cedera ringan je.. so, berhaiti-hati la ye walaupun hanya tengok bola kat rumah pon masih ada risiko mendapat kecederaan.. hehehe..


p/s: perlawanan kalini memang penuh dramatik..


5 komen SUEPERBS...:

Izwa Kamaruddin said...[Re perbs]

tahniah harimau muda!!

miss Fyqa said...[Re perbs]

tau xpe. tensen tgk.. mcm kita plak yg main. huhu.. apa2 pun Tahniah buat Harimau Muda :)

SoLy SoLicious said...[Re perbs]

Harimau Muda memang mantop !!!

Unknown said...[Re perbs]

tahniah 100x

ciK LyndaWawa said...[Re perbs]

alaa..malaysia kalah malam tadi...