Nov 25, 2011

Rock dan ubat..


Rock? Jadi penyanyi rock ke? huh.. tak lah.. sebenarnya dari minggu lepas suara ni semakin hari semakin serak.. bila nak bercakap kadang-kadang tiba-tiba suara bertukar rock.. ahaha..  kena gelak je la..

Bila badan tak sihat memang rasa lemah sangat nak buat aktiviti lain kan.. minggu lepas aku balik ke kampung dalam keadaan yang tak berapa sihat.. sampai mencurah-curah air mata ni ha menahankan sakit kepala masa dalam perjalanan balik ke kampung.. alhamdulillah la lepas makan Panadol Actifast dua bijik  kurang sikit rasa sakit tu.. 



Oh ye, aku teringat ada pensyarah aku cakap makan panadol tu bukan nya menyembuhkan penyakit kita ( pening, demam).. panadol tu hanya mengontrol ( meng + control) minda kita yang kita tidak sakit.. oleh sebab itu lah kita rasa macam tak sakit walaupun sebenarnya sakit tu masih lagi ada..  ni boleh faham ke ni?? kalau tak faham pun buat-buat faham je la ye.. heheh

Macam abang aku, bila dia sakit demam ke batuk ke, dia akan pergi klinik ambil ubat dan surat cuti.. tapi ubatnya bukan dia nak makan.. dia nak cuti je.huh... katanya minum air putih banyak-banyak nanti baik la.. tak payah ubat-ubat...


p/s: jaga kesuhatan diri anda ye... ^_*



2 komen SUEPERBS...: