Sep 4, 2011

Raya ke 6 di Mid Valley...


Mesti ramai yang bekerja dah nak kembali bekerja kan? Rasa macam tak cukup lagi cuti.. dan hari Ahad ni tentu ramai yang masih memenuhi undangan rumah terbuka.. kunjung mengunjung saudara-mara, sahabat handai dan ramai juga yang baru nak bertolak pulang untuk bekerja esok hari..

Dan bagi blogger yang dah lama tak jenguk blog mesti ada banyak benda nak di update kan ? ye la, bila aku blogwalking tengok ramai jugak blogger-blogger yang tak update-update blog semenjak last puasa hari tu.. mesti beraya sakan korang-korang ni..

Hari ni, last aku kat kampung.. memandangkan kakak aku pun nak balik hari ni, aku pun ikut la tumpang sekali.. tapi sebelum tu, ada satu tempat yang aku memang rancang nak pergi.. Mid Valley.. sebab ada IT Fair.. Pahlawan virus lappy ku Hang Kaspersky ku dah nak expired..  kena cari jugak hari ni..

IT Fair..

Dalam pukul 3 sampai Mid Valley.. gila banyak kereta.. sampai level paling atas baru dapat parking.. (korang ni beraya kat Mid Valley ke apa..) huhu.. yeah.. memang agak ramai la kat situ..


ramai.. sesak sesak..


Ni senarai harga KAspersky kat Malaysia IT Fair tadi..

Kaspersky Antivirus
1 User = Rm 70 (asal) Rm 30 (promosi)
3 User = Rm 110 (asal) Rm 72 (promosi)

Kaspersky Internet Security
1 User = Rm 100 (asal) Rm 72 (promosi)
3 User = Rm 165 (asal) Rm 120 (promosi)

Kaspersky Mobile Security
1 User = Rm 79 (asal) Rm 30 (promosi)

*free go green bag dan mouse untuk yang 3 user..


Sekarang ni aku pakai internet security 3 user.. dulu masih belajar lagi boleh la kongsi dengan kawan.. tapi kawan-kawan aku tu dah jauh dah.. kalau beli 1 user memang sangat la rugi.. sementara memikirkan nak beli yang mana satu, aku, kakak dan abang Mus (future abang ipar) jalan-jalan dulu usha-usha barang lain..


tengok-tengok je.. tak beli ni pon..


Akhirnya aku buat keputusan nak beli antivirus biasa 3 user punya.. tapi malangnya bila aku sampai booth tu, orang tu cakap dah habis.. tinggal 1 user punya je.. cehh.. bincang punya bincang aku mengikut nasihat kakak dan abang Mus yang sememangnya kerja bahagian IT untuk tak beli Kaspersky tu.. guna antivirus free je.. untuk internet guna Zona Alarm..

Aku tak tahu sangat pasal antivirus ni.. tapi sepanjang guna Kaspersky ni memang tak ada masalah Lappy ni.. dulu selalu kena virus sampai berkali-kali jugak la kena format semula..

So, korang rasa antivirus apa yang bagus ? cadangan please...


macam berkenan dengan benda ni.. colourfull.. macam nak semua je.. 




Info lebih lanjut tentang Malaysia I.T. Fair, boleh tengok kat SINI

8 komen SUEPERBS...:

lieynanilaz said...[Re perbs]

nak bagi idea pun x reti...tau guna jerk..hehe..

momo said...[Re perbs]

Assalamualaikum...

bagi saya better belajar format lappy sendiri...lebih menjimatkan...beter pakai anti virus yang biasa pun sudah memadai..lebih baik lagi pakai yang free..hehe...my opinion..

Noriko Miyosyi Aizawa said...[Re perbs]

saye gune trend micro... mgkin tak promosi kot...lebih ringan and lappy sy sentiasa selmt... if klik kat web yg amat2 ade trojan segala...die auto block...

Nor Fadila Rosli said...[Re perbs]

haha..aku pun nak raya kat mid rabu nih..hm..btol..better blajar format lappy sndiri..:)
ila singgah sini..lame tak jalan-jalan..:)

sue perbs.. said...[Re perbs]

@lieynanilaz same lah kite.. hehe

sue perbs.. said...[Re perbs]

@momothanx for the opinion.. betul gak .. klu pndai format sndiri msti senang

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Noriko Miyosyi Aizawa trend micro? emm bru dngr brand tu..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Nor Fadila Rosli wat pe kat mid? tngk wyg ek? hehe.. thanx singgah