Sep 19, 2011

Kenduri kawen + open house...


Semalam ada kenduri kawen kawan abang aku.. memandangkan aku kenal jugak la kawan abang aku tu, aku pun ikut la jugak memeriahkan majlis.. kendurinya kat Selayang.. masa makan tu cuaca agak panas jugak.. tapi bila masa pengantin nak datang tu, tiba-tiba hujan .. kesian la kat pengantin kena berhujan sikit.. hehe..

berhujan.. 


lepas tu, pergi open house kawan abang kat Shah Alam pulak.. lepas tu ada kenduri kesyukuran kat Klang.. Malamnya pulak open house lagi kat PJ.. memang banyak lah aku makan semalam... al hamdulillah rezeki dari Allah..

kek pengantin..


Bila datang rumah orang ni mesti ada je perkara yang nak dibualkan.. kalau datang rumah kawan yang kita dah lama kenal mesti banyak benda yang nak diborakkan.. tapi kalau datang rumah kawan abang ke kakak ke, sepupu yang tak berapa nak rapat ke, memang agak kekok jugak lah rasa nya.. tambah-tambahan lagi bagi orang seperti aku yang agak pemalu ni (aiceceh).. 

Bila orang tanya aku jawab.. bila orang lain borak aku dengar je la.. orang gelak aku gelak.. macam tu la keadaannya.. bukan sombong ke apa.. serius aku tak pandai sangat nak berborak.. terutama dengan orang-orang yang baru pertama kali aku jumpa.. soalan biasa bila borak,

1- Buat apa sekarang?
2- Tinggal mana sekarang?
3- Dah kawen ke belum?
4- Bila nak kawen?
5- Kerja kat mana?

banyak lagi lah soalan-soalan wajib bila jumpa kawan-kawan ni.. soalan yang ke 4 tu kira macam soalan yang paling selalu orang tanya.. aku tak kisah sangat dengan soalan-soalan macam tu.. sebab aku memang langsung tak terfikir pasal benda tu buat masa sekarang ni.. hehe.. kene usik sikit-sikit tu biasa la kan.. jangan simpan dalam la.. gurauan semata-mata..

Tapi memang kalau boleh, aku tak nak la sifat pendiam ni berterusan je.. tambah-tambahan lagi kalau dah bekerja nanti, mestilah lebih ramai jenis manusia yang kita akan jumpa kan?.. ok lah.. layan je la vlog dari amanwan ni.. Tips Sembang.. 









11 komen SUEPERBS...:

KuNanGKuNanG said...[Re perbs]

sy ni pun dulu agak pendiam tp skrg dah xlg..sbb bila dah keje kite jumpa ramai org..:)

ArulchelseA said...[Re perbs]

sy masih lg pendiam.. kih kih kih

azam said...[Re perbs]

byk sgt majlis ni.....xsempat nak berkunjung semuanya....

sekadar yang mampu saja

Freaky said...[Re perbs]

bestkan g kenduri kahwin leh makan2. hehe kek tu nampak sedap sangat

Kancil 8349 said...[Re perbs]

Kancil dulu pendiam tapi sebabkan sudah tahu kehebatan diri...jadi pembising no 1...hehehehe

sue perbs.. said...[Re perbs]

@KuNanGKuNanG bgus la tu.. dh berubah

sue perbs.. said...[Re perbs]

@ArulchelseA yeke.. mcm susah nk pecaye je

sue perbs.. said...[Re perbs]

@azamye.. ikut kemampuan

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Freaky hu'uh.. mkn bnyk2.. kek tu memg nmpk sedap tpi tk sempat pon nk rase

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Kancil 8349 oh yeke.. bgus lah dh tahu khbatan diri

NasZ said...[Re perbs]

saya ni pelik skit. pergi mana2 pun kalau masa tu saya rasa nak sembang, saya tegur je dan sembang macam dah kenal lama. haha.

MOHD NASER.com