Sep 8, 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia...


Walaupun Kedai Rakyat 1 Malaysia tu dekat je tapi serius sebelum ni aku tak pernah sampai situ lagi.. bila keluar kat tv dan baca blog yang cerita pasal Kedai Rakyat 1 Malaysia ni, rasa macam nak jugak tengok apa yang special sangat kedai 1 Malaysia ni.. 

Bila keluar kat TV dan dengar cerita dari orang lain, baru aku tahu yang kedai tu kat stesen LRT Kelana Jaya je.. lerrr.. macam mana aku boleh tak perasan kewujudan kedai tu.. haisyhh..

Baru hari ni rasa nak singgah situ... memandangkan aku pergi waktu orang tengah bekerja, tak ramai pun kat situ.. 2, 3 orang je.. dan mulanya aku ingat kedai dia besar macam supermarket.. rupanya macam minimarket je..

ni la kedai rakyat 1 Malaysia...


untuk pergi ke sana, bila keluar je dari tempat tiket LRT tu, belok ke kanan.. nampak Guardian, nampak tangga, turun bawah.. kat situ la kedai 1 Malaysia nya.. hehe.. 

pandangan dari atas.. tangga turun kat sebelah kanan..

mula-mula pusing-pusing dulu tengok barang apa yang ada.. ingatkan nak beli ikan ke sayur ke ayam ke.. boleh jugak masak ( pandai ke masak? haha).. barang-barang basah tu tak ada la kat kedai ni.. mengikut pemerhatian aku sendiri, barang yang jenama 1 Malaysia tak la banyak sangat.. barang jenama lain pun ada dijual kat situ.. ni antara barang-barang yang sempat aku snap gambar sementara memikir apa benda yang nak beli..

sos cili, sos tomato..

sardin, susu, fruit cocktail..

aiskrim...

gambar lain tak sempat nak tangkap.. mana boleh snap semua.. ni pun snap curi-curi ni.. heheh.. dan setelah pusing-pusing satu kedai berkali-kali, ni je lah yang aku mampu terbeli..

barang-barang dapur.. 

total barang-barang kat atas ni dalam RM22... rasa jimat tak? siapa-siapa nak berjimat boleh la beli barang-barang kat Kedai Rakyat 1 Malaysia ni... 


sekian laporan berita dari saya Suhaidah dari Sueperbs.blogspot.com.. hehe




4 komen SUEPERBS...:

a d i n said...[Re perbs]

mcm best je... kt penang tade lagi, xD

ArulchelseA said...[Re perbs]

ok la...murah jugak tu..kih kih kih..

Mohd Izzar said...[Re perbs]

aku 1 malaysia ney da jadi brand.

Acik said...[Re perbs]

sejak bila sue jadi wartawan? hehee ..
acik belum pernah sampai ke kedai ni ... murah, kan!