Sep 6, 2011

Suhaidah... siapa?

Semalam aku beli satu barang secara online..(barang apa? hehe... mana boleh bagitau..)  kali ni aku tak bagi alamat rumah mak sebab barang ni aku nak guna cepat.. so, first time aku bagi alamat kat rumah PJ.. lepas transfer ke akaun penjual tu, dia kata nanti dia pos laju hari ni dapat.. pagi ni tengah online tiba-tiba pintu rumah diketuk macam nak roboh bunyi dia.. aku dah kelam kabut.. tak mungkin la budak datang nak beraya.. salam pun tak bagi.. 

Memandangkan aku sorang di rumah, memang aku la kena bukak pintu.. dengan pantas aku mencari tudung yang boleh terus sarung je.. pintu masih diketuk macam nak roboh.. aku pun bukak la pintu.. ye... memang ada posmen.. 


Posmen : Suhaidah Mukminin
Aku : (angguk)
Posmen : Siapa?
Aku : Suhaidah
Posmen : Siapa?
Aku : Suhaidah
Posmen : Siapa?
Aku : Suhaidah
Posmen : Siapa?
Aku : (diam....) Suhaidah la
Posmen : Siapa Suhaidah ?
Aku : Saya la Suhaidah..
Posmen : La cakap la saya tadi.. tolong tulis nama, kad pengenalan dan sain..
Aku: Oh okey.. ( blurr nye)


Aku ingatkan bila posmen tu tanya 'SIAPA' tu maksud dia ialah dia tanya nama aku.. rupanya 'SIAPA' tu maksud dia 'siapa Suhaidah'.. aku ingatkan dia main-main tadi.. 

lain kali kalau nak cakap ayat bagi perhabis.. untuk mengelakkan misscommunication.. hehe



p/s: teringat pulak iklan 'Burung apa?' kat TV tu..  dialog anak dengan ayah...




8 komen SUEPERBS...:

iMah said...[Re perbs]

boleh pulak jadi gitu..
hahha..

asnizaziz said...[Re perbs]

huhu..miscommunication je tu..hehe

Kancil 8349 said...[Re perbs]

hahahaha...bila kurang kosa kata maka banyak berlaku salah faham

Najmah A. M said...[Re perbs]

hahaha. macam mana boleh jadi macam ni? lawaks la. kalau tengah buat casting untuk iklan 'burung apa' versi baru, mesti lulus dah ni. :P hehe.

[sutera kasih] said...[Re perbs]

hehe..dh mcm iklan burung murai kan :P

sue perbs.. said...[Re perbs]

@iMah, @asnizaziz, @Kancil 8349 ha'ah.. itu lah bile 2 org faham lain2..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Najmah A. M entah la.. dua2 sngt blurr mase tu.. haha..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@[sutera kasih] haah.. siapa? suhaidah? siapa? suhaidah... hehe