Sep 24, 2011

What you give you get back...


MAcam tajuk lagu je .. heee

Sebenarnya apa yang aku maksudkan kat sini ialah prestasi blog.. Ye la kan.. blog aku ni bukan la macam blog-blog otai tu.. suam-suam kuku je.. kalau ada yang datang pun sebab google nama-nama lain.. yang tersesat tu biasa la... 

Itu lah gunanya blogwalking.. membaca blog-blog orang lain... kalau nak datang balik silakan, kalau tak sudi nak datang pun tak apa lah... tak kan nak paksa pulak kan.. blogwalking juga boleh menambah pengetahuan.. dan mengembangkan minda..

Ping blog? yang ini aku tak pernah buat.. nak post kat akaun facebook sendiri pun jarang.. ni kan pulak nak post kat group-group facebook.. huisyh.. tak pandai la nak promote.. (segan.. ceit!!)

Dulu aku selalu terpegun dengan jumlah-jumlah follower yang ramai.. nak bandingkan dengan follower aku yang ciput ni..  tapi tak semestinya banyak follower, banyak pengunjung.. kan? kan? 


 cuba tengok kat bawah ni...


Pageviews today = 1,355


Sepanjang berblog, ini je lah pencapaian terbaik yang pernah sueperbs.blogspot.com ni capai... sekarang ni 100 pageviews pon payah.. hehehe.. 

Rindu nak dapat pageviews 1000 ke atas... dulu-dulu pernah dapat.. tu pun sebab aku rajin update pasal cerita Juvana, Imam Muda dan kadang-kadang pasal bola.. kontroversi tak ada ke? huhu.. seboleh-bolehnya aku nak mengelak tulis pasal kontroversi kat blog ni.. bagi clean dari segala kontroversi.. hehe.. bukan apa.. kalau tulis kontroversi yang tak betul, takut jadi fitnah pulak.. tak mo tak mo..



Apa-apa pun, cuba tanya diri sendiri... apa tujuan sebenar anda buat blog? cerr citer sikit.. 

Selamat berblog semua para bloggers seluruh dunia.. 




7 komen SUEPERBS...:

emy|farid said...[Re perbs]

sue, ada lh jugak yg view, hihi klau emy ni ntah2 xde kn huhu

sue perbs.. said...[Re perbs]

@emy|farid ado lah sikit2.. kene rjin la sket walking2

munaweera said...[Re perbs]

jom kita meriahkan blog org.nt org sesat r kat blog kita...
sudi2 follow sy kat munaweera.blogspot.com

yen(toka ziizokukuto) said...[Re perbs]

pergh ramai ar tu,,nak dibanding dgn blog saya,,,btw camne nak cek?saya blogger bru,,tak tau heheh

sue perbs.. said...[Re perbs]

@munaweera thanx melawat

sue perbs.. said...[Re perbs]

@yen(toka ziizokukuto) boleh la sikit2.. nk cek statistik ke? tekan 'design' (kat atas tu) pastu tekan kat 'stats'..

ArulchelseA said...[Re perbs]

ok la tu..sy tk penah dpt lg mcm tu..kena cerita2 panas bru leh tu..

malas nk buat entri cite gosip2 ni..