Sep 12, 2011

Selamat tinggal sayang...



Hari ni mungkin kali terakhir aku tulis tentang sayang-sayangku di blog ini.. bagi yang rajin datang dan membaca di blog ni mungkin dah tahu siapa sayang-sayang yang aku maksudkan..

Selain ahli keluarga ku, mereka yang aku sayang tentulah Bobo, Jaja dan Uda.. banyak gambar dan cerita tentang mereka dalam blog ini.. dan kalau tengok kat shoutbox pun akan nampak wajah mereka...

Jaja, Uda dan Bobo..


Tapi aku perlu redha dan terima kenyataan yang tak semua yang kita sayang akan sentiasa ada di samping kita.. kadang-kadang ada perkara yang kita perlu korbankan untuk kebaikan semua..

Setelah berbincang dan mengambil pandangan beberapa pihak, akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk hantar Bobo, Jaja dan Uda ke tempat asal mereka.. setelah lebih 7 bulan membela mereka, memang rasa sangat berat hati untuk berpisah.. tambahan lagi bila kami dapat melihat sendiri mereka membesar.. terutama Uda yang sangat berbeza sekarang jika dibandingkan hari pertama dia sampai ke rumah ini..

Mungkin ada yang tidak bersetuju kami menghantar mereka ke tempat asalnya.. tapi banyak sebab yang tidak dapat kami elakkan.. pertamanya ialah kebebasan.. mereka tidak dikurung dalam sangkar, tapi mereka dikurung di dalam bilik.. mereka hanya akan dibebaskan bila ada orang di rumah.. tapi kami hanya boleh lepaskan mereka bermain di dalam rumah... mereka langsung tidak pernah keluar rumah.. bunyinya macam kejam.. tapi itulah hakikatnya.. kami tidak boleh lepaskan mereka keluar rumah kerana kami tinggal di kawasan rumah yang tinggi.. tingkat 9.. kalau di lepaskan kemungkinan besar mereka akan hilang.. 

dan kalau mengikut kepada peraturan tinggal di kawasan rumah bertingkat tinggi ni, memang dilarang membela binatang.. jika ada jiran-jiran yang mengadu kepada pihak berkuasa, kami mungkin akan didenda atas kesalahan membela binatang.. memang setakat ni tiada jiran-jiran yang menegur, tapi hati manusia kita tak tahu.. mungkin mereka tidak bersuara, tapi dibelakang kita, kita tak tahu.. Banyak lagi sebab-sebab lain yang perlu kami ambil perhatian, antaranya faktor kebersihan, keselamatan, kesihatan, masa dan banyak lagi faktor yang perlu di ambil perhatian..

Sedih? Ye, memang lah sedih.. tak kan ada perasaan sedih langsung.. walaupun hanya kucing, tapi perasaan sedih tu pasti ada.. dan sebab itu jugak, aku kurang bermain dengan mereka sejak akhir-akhir ini.. bukan nak mengabaikan, tapi aku cuba menyesuaikan diri bagaimana untuk melalui hari-hari akan datang tanpa mereka.. 

bila tiba masanya untuk menghantar mereka pergi, aku tidak sampai hati.. biarlah abang dan kakak aku saja yang membawa mereka.. dan pagi tadi kami terpaksa memasukkan ke dalam beg khas untuk membawa mereka ke dalam kereta.. lagipun orang tengah ramai .. takut di dalam lif nanti mereka sangat takut dan mungkin terlepas jika dipegang.. mulanya Bobo dan Jaja di bawa dalam kereta, selepas itu barulah Uda.. tapi Uda seperti sudah tahu yang dia akan dihantar pergi.. dia meronta sangat kuat sampaikan  sangat susah untuk di masukkan ke dalam beg itu..

Aku cuba menenangkan Uda.. dan memasukkan dia di dalam beg untuk di bawa ke kereta.. dia masih meronta.. dan setelah abang dan kakak ku membawa dia pergi aku berharap semuanya akan ok..

Tapi tak berapa lama lepas tu. Abang aku telefon memberitahu yang Uda terlepas.. dia terlepas semasa dikeluarkan dari beg.. aku perlu turun ke tempat parking untuk mencari dan menenagkan Uda semula.. melihatkan kereta yang terlalu banyak di situ, rasa agak mustahil untuk mencari Uda.. Abang dan kakak aku pun sudah puas mencari Uda tapi tetap tidak jumpa..

Kami perlu cari Uda.. tak kan nak biarkan sahaja Uda seorang diri tanpa kakak dan abang nya yang sudah ada di dalam kereta..  lagipun, kawasan parking kereta itu sangat bahaya.. aku tak dapat bayangkan macam mana kalau kami terjumpa Uda mati di langgar kereta.. pasti kami akan rasa sangat bersalah.. 

Sayang Uda.. 

Kami tidak putus asa mencari Uda.. dan aku yakin Uda masih ada di kawasan berdekatan.. aku lihat di bahagian bawah setiap kereta.. mengharapkan Uda masih ada.. sampai disebuah kereta proton saga, aku tenampak seperti ada sesuatu di bawahnya.. bumper kereta yang rendah menyukarkan aku untuk melihat.. sampaikan kepala menjejak tanah baru boleh nampak bawah kereta.. alhamdulillah Uda ada di bawah kereta itu.. aku memanggil Uda tapi dia tidak mahu keluar.. aku terpaksa menarik tangannya sampai keluar.. bila Uda sudah keluar, aku  melihat wajah Uda, aku sebak.. tak sampai hati..

Aku menenagkan Uda dan  membawa semula ke dalam kereta.. Alhamdulillah Uda sudah tidak meronta lagi.. Aku naik semula ke rumah dengan tenang.. tapi perasaan sedih masih ada.. semoga Bobo, Jaja dan Uda dapat menyesuaikan diri di tempat baru..  

Selamat Tinggal..  



7 komen SUEPERBS...:

H.J said...[Re perbs]

pertemuan ada perpisahan

Yumida said...[Re perbs]

touching la bc kisah ni..sy pon peminat kucing gak..bab2 kucing mmg sgt sensitif..

Addin said...[Re perbs]

comel nya kucing kucing tu :))

pasti ada hikmah-Nya . sabar ye .

Nadzirah K. said...[Re perbs]

sedihnye :(

sue perbs.. said...[Re perbs]

@H.J yup.. memg betol

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Yumida thanx sudi bace.. memg touching

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Addin thanx ye..