Lepas pergi career fair hari jumaat di Mid Valley, sambung pulak pergi karnival kerjaya sektor pertanian kat PWTC.. first time pergi PWTC naik LRT.. sampai tersalah naik tren.. bila dah sampai stesen PWTC tak nampak pun bangunan nya.. rasa macam rusa masuk kampung pulak..
orang kata "malu bertanya sesat jalan".. ye memang sesat pun.. jumpa The Mall je.. last-last tanya pak guard kat The Mall tu.. nasib baik lah dia faham bahasa Melayu.. tengok muka dan cara cakap macam bukan orang sini..
dan setelah jauh berjalan, sampai jugak akhirnya di Putra World Trade Centre tu.. bukannya tak pernah pergi PWTC ni.. pernah je pergi masa student dulu-dulu.. tapi naik bas yang UiTM sediakan la..
karnival kerjayanya kat Dewan Tun Razak 4.. kebetulan kat PWTC tu tengah ada konvokesyen.. tak pasti pulak dari kolej mana.. tu yang ramai semacam tu.. jalan-jalan usha-usha syarikat apa yang ada kat situ.. memang banyak syarikat tapi kebanyakannya untuk pertanian.. (nama pun karnival kerjaya sektor pertanian..)
ada satu booth bank je kat situ.. Agro Bank.. memandangkan kos aku lebih kepada bank, mestilah aku nak cari yang berkaitan dengan bank.. syarikat-syarikat lain pun aku try jugak.. mana lah tahu ada rezeki kat situ.. setakat yang aku usha, memang tak ada pun open interview.. kebanyakannya hanya isi borang dan drop resume je .. lebih kurang macam career fair kat Mid Valley jugak.. bezanya kat PWTC ni free gift dia tak banyak macam kat Mid Valley.. aku hanya dapat satu pen je kat booth Agro Bank.. itu pun pen yang dah last.. ( nak cari kerja ke nak cari pen ni? huhu..)
dan satu lagi, selain booth-booth syarikat, ada jugak booth-booth menjual produk pertanian.. mulanya rasa macam nak beli tapi macam berat pulak nak bawak.. last-last memang tak beli pun.. dan kat bawah ni antara gambar-gambar yang sempat aku snap..
2 komen SUEPERBS...:
tak pernah lgi pgi karnival kerjaya, karnival pndidikan pernah la..... hehe
@emy|farid lebih kurg same je.. cuma tujuan dia lain.. cari kerja n smbung blaja
Post a Comment