sueperb pages

Sep 21, 2011

Bab! dan Khinzir ...


Haip! ape mencarut ni.. jaga sikit mulut tu.. 

Teringat masa kecik-kecik dulu.. masa zaman sekolah tadika dulu.. dah start pergi sekolah.. kakak dan abang aku selalu cakap.. tak boleh mencarut, kalau mencarut kena bayar seposen.. suatu hari tu aku tercakap "Bodo".. tak ingat pasal apa.. lepas tu, kakak aku kot perasan.. tak pasal-pasal aku kena bayar seposen kat dia... lepas tu aku tak mau mencarut dah.. 

haha.. bayangkan kalau hari-hari aku sebut perkataan "bodo" tu, kaya lah kakak aku.. mati-mati kena tipu dengan diorang.. ceit.. mentang-mentang lah aku sangat 'innocent' masa kecik-kecik dulu.. 

aku bukan lah baik sangat.. kadang-kadang terlepas jugak cakap perkataan yang tak elok tu.. terutama dengan kawan-kawan.. walau apapun aku berusaha menjadi lebih baik.. menjaga pertuturan.. 

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : "...sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam". (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)



tapi aku agak terkejut jugak bila budak-budak kecik tulis status atau komen kat FB guna perkataan-perkataan tak elok.. mencarut mengalahkan orang besar..  kalau kecik-kecik dah macam ni, dah besar tak tau la macam mana.. nak tegur tak pasal-pasal kita yang kena carut pulak kang..

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Sayyidina Ali k.wj. yang bermaksud :

"Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)".



tengah-tengah youtube walking, tejumpa video ni.. layann...






3 komen SUEPERBS...:

arituarini said...[Re perbs]

btul tu..tk baik ckp bukn2 ni..

ct kektus said...[Re perbs]

hehe. masa keceik kite pon pernah cakap benda bukan. tp start darjah enam terus tekad tak nak dah cakap semua tu. nak jadi budak baik lah katakan. hheeheh ;p

[sutera kasih] said...[Re perbs]

bdk2 zmn skrg dh advance huhu..kdg geram jgk tgk bdk2 x cukup umur ni mencarut..x sopan la hmm..


dear, jom join, syarat simple saja :)
http://suterakasihyann.blogspot.com/2011/09/perhatian-saya-mencari-50-blog-baru.html