Dec 17, 2011

Cat cat cat..


Mengikut kamus Oxford BI-BM, Cat bermaksud kucing.. Kucing ialah seekor haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w. Kucing suka makan ikan.. Whiskas dan Friskies adalah antara produk makanan kucing yang sangat popular.. So?

So, bukan Kucing yang aku maksudkan di sini.. hmm.. Cuba baca cat dengan ejaan Melayu.. (pandai eja? baguss.. ehehe ).. Jadi faham tak cat tu apa? Cat itu adalah sejenis cecair berwarna yang digunakan untuk mewarnakan sesuatu ruang itu mengikut warna yang disukai.. Ada faham? 

Yeah.. aku tahu semua yang tengah baca ni pandai-pandai belaka.. Jadi memang itu lah yang aku maksudkan.. mengecat rumah.. 

Cerita nya macam ni.. Ayah aku ada menguruskan sebuah rumah kepunyaan ahli keluarga.. Rumah  tu disewa.. sebelum ni ada sebuah keluarga menyewa rumah ni.. Bulan November lepas, keluarga ni pindah sewa ke rumah lain.. jadi, rumah ni sekarang dah kosong la.. dan boleh di sewa kepada orang lain.. 

Lepas penyewa tu pindah dan keluar barang-barang dia, kami datang la melihat keadaan rumah.. tahu tak betapa menguji kesabarannya bila tengok rumah yang dulunya dalam keadaan elok dah jadi teruk.. Dengan jamban tersumbat, pintu belakang hancur, lampu rosak, pam air rosak, pintu bilik dah hilang tombol pintunya, shower patah, mangkuk jamban pecah, paip singki patah, suis rosak, cermin tingkap ada yang pecah, dinding berconteng, grill dah tak boleh kunci.. (fuhh.. macam2) keadaannya ibarat kau bagi pinjam satu barang kat orang yang sangat betul-betul memerlukan barang tu, tapi bila pulang balik, barang tu dah rosak hampir-hampir tak boleh guna... bengang tak rasa?

Orang ni nak menyewa rumah ke nak menjahanamkan rumah? Tu lah yang kami rasa.. entah apa yang penyewa tu buat.. habis rosak rumah.. bila tanya ada apa-apa masalah tak dengan rumah, penyewa tu kata tak ada masalah..  sekurang-kurangnya bagi la tahu kalau tak nak betulkan pun..

Ingatkan lepas dia keluar bolehla terus sewa kat orang lain.. tapi, semakin bertambah beban pulak.. dah la tak dapat duit sewa bulan ni sebab tak boleh sewakan rumah lagi.. lepas tu, kena keluar duit lagi nak baiki semua yang rosak.. terpaksa lah beli pintu baru lagi.. lepastu kena panggil orang betulkan suis-suis yang rosak pulak.. sampaikan orang wyering tu pun mengeluh panjang tengok keadaan rumah tu.. dia cakap orang yang menyewa tu pandai-pandai buat wyering sendiri sampai orang wyering tu pun susah nak detect wayar mana satu yang betul.. orang wyering tu sampai terkena renjatan elektrik kot.. nasib baik sempat elak.. 

So, wyering dah settle.. Kes jamban pulak.. masa orang sewa tu keluar rumah dia ada cakap jamban tersumbat.. tahu tak apa yang kami jumpa dalam lubang jamban tu? berus jamban tahu.. berus jamban yang ada tangkai panjang tu.. uwekk.. ahaha.. ter uwekk- uwekk abang aku dengan kawan dia (yang tolong betulkan rumah) masa nak keluarkan berus yang dah bercampur dengan najis-najis yang tah berapa bulan punya.. ( adoih,,, kembang rasa tekak ni ).. 

Next ialah cat semula.. Mungkin pasal penyewa rumah sebelum ni ada anak kecik yang berjiwa seni, berbakat melukis dan menconteng, so dinding rumah pun menjadi tempat menghasilkan contengan berseni.. ohoho.. maaflah terpaksa memadam semula hasil-hasil seni di dinding tu.. jadi, kami mengambil keputusan untuk cat semula seluruh rumah.. dah 2 hari mengecat tapi masih tak siap lagi.. kami bajet, sebelum 2012 ni, semua akan settle.. 



Usaha mengecat semula rumah.. 


So, sekarang ni rumah open untuk di sewa pada bulan Januari 2012.. Jenis rumah ialah rumah teres 2 tingkat .. Tingkat bawah ada ruang tamu, dapur dan tandas.. tingkat atas ada dua bilik dan sebuah tandas.. Lokasi rumah di Ampang.. ada stesen bas Rapid berdekatan.. ada sesiapa ke nak sewa rumah untuk Januari 2012 ni? aku rasa masih ada kosong lagi... kalau berminat boleh la tanya abang aku sebab abang aku yang uruskan hal sewa-menyewa ni.. aku tolong promote aje.. ^_* 


p/s: cat cat cat.. tak settle lagi..


6 komen SUEPERBS...:

Teenager Housemaid said...[Re perbs]

urghh..memang tak suka kalau ade penyewa kotor mcm tu..

sabr jela..:)

Lelaki Ini said...[Re perbs]

hahahaha\
saya mula2 baca entry tajuk pun dah baca gaya bahasa english, kucing, kucing, kucing!

Ct Aja said...[Re perbs]

selamat mengecat...hihhihiii...ssh jgk nak cari penyewa yang ok ni ye...

lieynanilaz said...[Re perbs]

inilah risiko kalau bagi sewa rumah..kalau dapat penyewa yg tak bertanggungjawab tuan rumah yg teruk!...huhu.

NasZ said...[Re perbs]

sabar je la. pasni kena buat ground rule la sikit.

Azza Azman said...[Re perbs]

hishh pantang betul lah ada penyewa macam ni.. patu dalam kontrak tulis je kena denda kalau kotor rosak semua...