sueperb pages

Dec 15, 2011

Menjawab soalan Putera..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. wah..  di tag ... Putera pulak yang tag tu.. bukan calang-calang.. putera raja tu.. hehe..  Name tuan blog Prince Ayri.. ni jawapan kepada soalan-soalan tuan putera.. 


1. Apakah tujuan korang ber-blogging?
Tujuan asal nak menulis diari kehidupan kot.. dulu semangat je nak tulis diari tiap-tiap malam lah konon.. tapi hampeh.. hehe.. 

2. Namakan satu tempat di Malaysia yang korang suka serta sebabnya?
Sebenarnya jarang melancong.. tapi kalau tempat yang teringin nak pergi tepi sawah kot... macam tenang je suasana kat tepi sawah tu..

3. Apakah pendapat korang mengenai sistem pembelajaran di Malaysia?
Sistem pembelajaran di Malaysia.. emm.. masih ada banyak yang perlu diperbaiki.. cabaran utama nak mempersiapkan pelajar bersedia untuk menempuh alam pekerjaan sebenar.. diharap dapat megurangkan masalah pengangguran dikalangan pelajar-pelajar lepasan universiti.. 

4. Siapakah artis yang korang suka dan nyatakan sebabnya?
Emm.. kalau penyanyi , Azlan ( Typewriter) sebab suara dia wow... boleh meremang kot dengar suara dia .. kalau pelakon, Adi Putra kot.. sebab pada pandangan aku dia seorang yang berkarisma.. 
Kalau perempuan, Wardina sebab kagum dengan penghijrahan dia dan personaliti dia...

5. Dalam hidup korang apakah kejayaan yang masih belum tercapai dan bilakah akan tercapai?
FUhh.. banyak lagi benda yang tak tercapai kot.. untuk masa yang terdekat ni, aku nak menge 'P' kan lesen L ku yang dah berapa bulan tertangguh... mungkin akan tercapai dalam bulan depan..

6. Di dalam dunia ini siapa yang korang rasa paling pandai dalam teknologi, nyatakan sebab untuk jawapan korang tu?
Siapa ek? Steve Job kot.. sebab dia yang banyak mencipta produk-produk teknologi canggih yang tak pernah kita terfikir..

7. Pengalaman pahit yang korang susah nak lupakan?
Melanggar lampu merah masa ujian JPJ dan gagal serta merta.. huhu.. tiap kali teringat muka pegawai JPJ yang bawak kereta tu mesti aku akan rasa arghhhhh!!...  tension.. apasal hang pi laggar lampu merah tu? huhu

8. Siapakah orang yang paling korang sayang selepas ibu dan ayah?
ahli keluarga lain.. abang, kakak, saudara mara... family first..

9. Kalau korang nak sambung belajar tahap paling tinggi ialah dengan memiliki apa? Diploma, Degree, Master, PhD …etc
Master... 

10. Subjek apa yang paling korang suka masa di tingkatan 3? Sebabnya?
Kemahiran Hidup.. sebab dapat belajar memasak, menukang, menjahit dan banyak kemahiran lagi.. Subjek yang agak senag nak skor kot... 


11. Tempat yang paling best yang korang rasa dalam dunia ni? Cerita sikit :)
Makkah.. tempat semua umat Islam berhimpun menunaikan perintah Allah swt..






2 komen SUEPERBS...: