sueperb pages

Mar 5, 2011

Salah siapa? ..

Dah seminggu tak update blog ni.. sebelum labah-labah buat sarangnya, lebih baik lah aku update.. huhuhu.. bukan tak  nak update. Cuma tak sempat je.. nak cakap tak ada masa tak boleh jugak sebab masa itu ada, Cuma kita ni yang tak pandai nak menguruskan masa.. last2 masa yang dipersalahkan.. kalau lah masa boleh bercakap... hmmmm??


Sejak dua tiga menjak ni aku boleh rasa hidup ni agak tak terurus dan kelam kabut sikit.. Ni semua sebab project paper la ni ( tengok! Project paper pulak dipersalahkan).. hehehe.. tapi memang sekarang ni selalu tertidur sampai tak sempat ‘shut down’ laptop..  mesti bil elektrik melambung tinggi bulan ni.. (jangan sampai bil tertunggak sudah la.. ).. 


macam mana aku nak buat kerja macam ni?

habis bersepah dikerjakan mereka.. (salah mereka ke?)





Selalunya keluar rumah nak pergi kerja pukul 7.40 paling lambat.. tapi sekarang kadang-kadang sampai pukul 8 baru keluar.. dah la masuk kerja pukul 8.30.. LRT Taman Paramount sampai Dang Wangi lebih kurang 25 minit kot..sempat ke nak sampai?? dulu jalan lenggang sayur kangkung je.. sekarang ni naik tangga pun kadang-kadang berlari lari pas baton (tipu je).. jangan sampai terjatuh gedebuk sudah la.. yang penting time lari tu kena fokus ye.. hehehe..

Kalau dulu selagi train 4 koc tak ada, aku tak nak naik.. demand lebih je ni.. bukan apa, train 2 koc tu kecik sangat.. nanti bila dah ramai-ramai dalam train tu boleh pitam tau.. (alasan..) .. tapi sekarang ni train 2 koc yang dah penuh pun aku redah je.. tak nak dah tunggu next train.. penuh pun penuh la.. jadi sardin kejap je.. kat uitm boleh naik bas behimpit himpit macam nasi himpit, tak kan sekarang dah tak sanggup dah ?.. huhuhu..

LRT 4 koc... panjang wo..


Yang penting sempat sampai ke tempat kerja sebelum 8.30.. setakat ni selalu sampai 8.29... rekod masih ‘clean’ lagi.. hehehe.. walaupun hanya menggunakan “pas pelawat” je.. “saya kan budak praktikal je... saya orang luar” (dengan nada poyo dan merendahkan diri walaupun dah  tinggi)... yang penting kena praktis la..  nanti kalau dah kerja tetap nanti kena jaga ‘performance’ sebagai pekerja jugak... nanti nak kena buat KPI (key performance indicator) < betul ke apa yang aku translate ni?> baru la boleh naik pangkat.. dapat increment, bonus... baru la masyukkk...nanti boleh open table belanja kawan-kawan.. (ayat-ayat biasa di tempat kerja)..


nak masuk kena ada pas..


Yang sebenarnya aku nak post benda lain.. terpanjang pulak mukadimah kali ni.. tak apa la.. nanti aku post lain pulak la.. hehe.. saja nak bagi post nampak macam banyak.. heeee..

Pengajaran nya :
Ø      pandai-pandai la menguruskan masa
Ø      jangan tuding jari ke arah orang lain sahaja kalau memang kita yang bersalah.. mengaku je la kesilapan diri sendiri ye dan baiki
Ø      jaga displin..
Ø      jangan terlalu memilih / cerewet
Ø      fokus fokus fokus


thank you kerana sudi membaca post ini... ^_*..
selamat berhujung minggu..

0 komen SUEPERBS...: