sueperb pages

Mar 7, 2011

Jom jadi budak Nerd..

Walaupun entry ni sepatutnya dah upload seminggu lepas tapi tak kisah la walaupun dah terlambat sikit post. Cuma nak cerita aktiviti di hujung minggu pada minggu lepas je.

Minggu lepas aku ikut kakak dan “future brother in law” pergi ke perpustakaan negara. Memang ada niat pergi tapi tak pergi2 jugak.. nasib baik la kebetulan kakak ku pun nak cari bahan untuk ‘assignment’ dia.. so dapat la aku ikut menyibuk sekali...

Pagi-pagi lagi dah bangun ( tak la pagi sangat pun).. pukul 8 siap-siap mandi.. wangi-wangi, cantik-cantik semangat nak pergi perpustakaan negara .. semangat tu mungkin sebab tak pernah sampai situ lagi.. (nampak sangat tak suka membaca).. hey hey hey.. cakap baik sikit ye.. aku rajin la pergi library.. kalau pergi library kat UiTM tu mesti boleh nampak muka aku ni tau.. library is my second place after class.. tapi kat bahagian IT je la sebab kat situ boleh surf internet.. hehehe..


ini bangunan lama.. anjung seri untuk buku-buku international


Sambung balik cerita tadi, aku pun pergi la naik train sampai Setiawangsa coz kakak aku duduk situ.. Lepas tu kakak aku ( dan ehem ehem)  pun ambil la dari stesyen LRT terus ke perpustakaan negara.. Memandangkan aku tak sempat nak “breakfast” kitorang pun pergi la cafe dulu makan pagi  + tengah hari.. (2 in 1)..

Dah makan dan minum cofee terus la naik ke tingkat 7 sebab kakak aku memang nak cari bahan kat situ.. tanya abang hensem yang jaga kat situ kat mana bahagian jurnal.. oh.. kat tingkat 6.. nampaknya terpaksa la aku berpisah dengan kakak aku.. sorang-sorang pandai-pandai la jaga diri..

Tingkat 6 bahagian majalah dan jurnal.. pusing-pusing tapi tak tau nak cari apa sebenarnya.. main ambil je lepastu cari tempat yang ada plug sebab nak guna laptop.. kat meja-meja macam dah penuh. Jalan-jalan kat bahagian belakang nampak plug kat dinding.. apa lagi duduk la pasang plug.. letak semua buku dan start belek-belek.. aman jugak kat sini tempat nya tersorok.. sementara tu ada pulak sorang budak lalu.. eh!(budak tu eh kat aku).. reaksi dia macam terkejut pulak tengok aku duduk bersila kat corner tu.. ni yang buat aku rasa bersalah ni.. tak boleh ke duduk situ.. ah.. selagi tak ada guard datang halau, duduk je la.. slumber je.. apa nak takut..


corner belakang, tempat yang strategik.. (facebook di gambar sekadar hiasan sahaja ^_* )


Tak lama lepas tu budak tu datang lagi bawak buku (macam majalah je).. join pulak aku lepak kat corner.. hek e leh.. tiru je.. tadi buat-buat terkejut.. saja nak buat aku rasa risau.. hmm.. biarlah dia dengan majalah dia.. aku dengan misi aku.. 


tengah buat-buat kerja nak terkucil pulak.. alamak.. tak kan nak tutup latop ni bawak masuk toilet sekali.. last-last aku tak tahan aku mitak tolong kat budak tadi “ tolong tengok-tengok kan boleh?”
Budak tu sekali lagi terkejut tak sangka kot aku cakap ngan dia.. angguk-angguk je la sebab dah tak tau nak cakap apa.. macam mana tah aku boleh percaya kat budak tu.. bukan kenal pun.. tapi tengok muka macam budak baik je.. lagipun dah tak tahan nak terkeluar ni.. huhuhu

Dah selesai membuang apa yang patut, aku kembali ke tempat tadi.. oh budak tu ada lagi.. laptop aku pun ada.. lupa nak cakap “thank you”... senyum je.. heee.. dan bla bla bla... jumpa jugak jurnal yang macam ada kaitan dengan tajuk thesis aku.. malas nak salin, lebih baik photostet je.. banyak jugak yang nak diphotostet. Agak-agak dah banyak tu, aku pun kemas-kemas la laptop masuk beg.. nak mintak tolong budak tadi jaga, budak tu dah hilang pulak.. tak perasan bila dia pergi. Tempat photostet tu dekat je.. dengan muka gaya ala ala student yang nerd dan rajin belajar ni aku pun pergi la tempat photostet tu sambil membawa buku-buku yang agak tebal untuk diphotostet..

Kakak photostet tu cakap kat situ boleh photostet 15 helai dan ke bawah je.. dia tengok aku bawak buku banyak-banyak dia tau mesti banyak budak ni nak photostet ni.. kalau nak photostet lebih 15 helai kena pakai kad.. 1 kad RM19 (ke RM 19.90.. lupa la).. terpaksa la jugak beli sebab aku memang nak photostet buku tu.. dan nak photostet lebih 15 helai tak boleh kat situ.. kena pergi tingkat 7,8 atau 9... haisyhh.. macam-macam.. memandangkan kakak aku kat tingkat 7, better aku pergi situ..


kad untuk photostet...




Kejap je dah jumpa kakak aku (dan ehem ehem).. terkejut jugak mereka tengok aku bawak buku tebal-tebal nak photostet.. ‘banyak nya’.. hehe... semangat ni.. dah beli kad dah ni. Ada 2 mesin photostet kat situ.. ada cina tengah photostet sebelah.. aku dengan berlagak pandai photostet la sendiri tanpa mintak tolong.. 


dengan konfiden nya letak buku macam ni ye..


dengan tanpa bantuan orang lain aku letak la buku yang nak photostet tu.. dan adjust-adjust size dan tekan 'ENTER'... tengok la apa yang keluar..



senget macam tuan nye jugak (aik??)

jangan mudah putus asa... cuba lagi... dan adjust lagi dan lagi... dan "ENTER"...

masih senget tapi boleh la.. ada improvement.. 

cuba lagi dan lagi akhirnya boleh jugak.. baru ku tahu photostet pun bukan keje senang.. hehehe

yang ni baru ku perasan ada jari... jari siapakah itu? misteriiiii....


yang ni baru ok... 2 page dalam 1 helai... jimat kan kertas ye.. but still jari itu menakutkan..

sila beratur ye.. 


mesin 2 je.. tapi buku kat situ bertingkat-tingkat.. siapa la yang nak photostet banyak-banyak tu? mesti kes malas nak beli buku (macam aku zaman student dulu-dulu)...


Aku ni bukan tak pernah photostet.. kat tempat kerja ada je mesin photostet tapi selalu buat yang basic basic je.. banyak jugak la membazir kertas bila dah tak jadi tu.. tanggung sendiri la kan..

Ada baki dalam 100 helai lebih lagi kalau nak photostet. Tak kan nak biar je kad tu.. bukan selalu datang perpustakaan negara ni. Mula lah nak membazir kertas.. macam-macam nak photostet.


photostet tapak tangan... hehehehe..



Hari tu balik petang.. dan esok nya pergi lagi.. dan photostet lagi... sampai la habis nilai dalam kad photostet tu.. puas la dapat jugak sikit-sikit maklumat yang dapat membantu.

Jadi jom la pergi library.. banyakkan membaca ye.. boleh menambah ilmu pengetahuan.





2 komen SUEPERBS...:

Jay Saja said...[Re perbs]

hahahaha~ merepek! mengarut! sue, sue...apalah yang awak buat ni~ hehe.

sue perbs.. said...[Re perbs]

hehe... biasa lah bila dh jdi nerd mcm ni la... hehe