Tadi hp aku ada tanda hijau.. kenapa ni ? rosak ke ? huhu... rupanya aku dah mencapai tahap ’health goal 10 000 steps’.. maksudnya 25februari aku sihat la.. hehehe (nak dibandingkan dengan hari-hari lain yang tak berapa nak sihat.. ) ye la.. pergi kerja jalan sikit je.. lepas tu naik LRT.. pastu jalan sikit lagi dah sampai ofis.. lepas tu lunch kadang2 je keluar makan... kalau tak keluar tapau kat kafe sebelah je.. macam mana la nak capi tahap 10 000 langkah tu.. kalau balik kerja singgah beli barang pun ke mana la sangat.. setakat ‘Amcorp’ tu... kadang2 masjid India.. lain la kalau pergi balik kerja jalan dari rumah... memang tak sampai-sampai ke tempat kerja la jawabnya.
Ke mana la aku sehari suntuk sampai boleh capai 10 770 langkah tu ye... semalam aku cuti sebab nak jumpa ‘advisor’ untuk project paper.. dari pagi sampai malam baru balik..
Ke mana la aku pergi ye.. hehehe.. (sungguh jauh perjalanan semalam sampai tak sanggup aku nak cerita satu-satu.. korang pun mesti tak nak tau..(kan ??)
semalam sempat lagi beli cupcake.. baru perasan tadi baru terjumpa dalam beg.. saja nak rasa.. nak sikit?
Application ni selalu ada kat hp sony yang sekarang ni dah kira ‘cikai’ nak dibandingkan dengan I-phone, Blackberry dan macam-macam teknologi lagi yang semakin canggih. Application ni dah lama sebenarnya.. saja je nak cerita application lama ni..
Application Walk-mate ni membolehkan anda mengetahui berapa langkah anda dah berjalan satu hari.. First time beli hp ni memang pelik jugak la tengok applicaion ni..Eh, orang tu berjalan, tekan-tekan lagi, tak ada apa terjadi pun.. lepas tu terbaca buku panduan baru la tahu fungsi sebenarnya.. dan aku bagitahu kat kawan-kawan.. ada jugak yang baru tau dan ada yang tak perasan pun application tu sebenarnya dah ada kat hp dia.. (nampak sangat tak pernah explore hp sendiri).. hmm
Cara nak guna application tu cuma jadikan application tu wallpaper lepastu letak la dalam poket seluar... (poket baju, poket doremon.. ) dalam beg tangan pun boleh kot.. asalkan hp tu bersama anda ketika barjalan (name pon walk mate) .. lepas tu jalan macam biasa.. tak perlu cat walk ye... heee.. kalau lari setempat sambil pegang hp pun benda tu boleh bergerak ‘step’ dia.. (aku dah test dah)..kalau nak pergi joging sesuai jugak la guna sekali application tu.. sekadar nak tunjuk... weyh... aku sihat.. aku sihat.. haha.. macam jakun je..
Lebih kurang macam tu la.. jom kita mencapai 10 000 langkah sehari.. baru la sihat.. ^_*
4 komen SUEPERBS...:
henset canggih.. jalan pun bley kire
haha... henset murah la.. tak bleh lwn henset ko.. hehehe
cmne eh nak dapat application tue..
cam best jer..
hehe
entah la... dalam hp masa beli memang dah ada... selalu hp brand 'Sony Erricson' je kot yang ada.. hehe.. (sory jawapan tak membantu)
Post a Comment