sueperb pages

Mar 28, 2011

aku yang tak setia..

aku memang tak setia.. bila bosan aku tinggalkan je.. kau sangat bosan sebab kau tak menarik..  sory, aku terpaksa tinggalkan kau..



huhuhu... macam kejam je ayat tu... well, saja nak sesuaikan dengan tajuk.. mukadimah kena wowo sikit.. hehe.. nak menulis pasal minat sebenarnya.. lebih spesifik lagi ialah cita-cita..

cita-cita korang sama tak dari kecik sampai sekarang? maksudnya, dari kecik nak jadi doktor sampai la sekarang korang tetap 'stick' nak menjadi doktor... kalau korang dalam kategori tu, aku memang 'salute' la.. korang memang tetap pendirian dan setia pada yang satu..

tak macam aku ni.. dulu masa kecik cita-cita ku nak jadi cikgu... sebab nak mengajar anak murid menjadi manusia berguna dan mencurah ilmu pengetahuan.. (ayat sama je)... lepas tu rasa nak jadi doktor pulak... sebab nak menyelamatkan nyawa orang..dan pernah jugak tukar nak jadi peguam... yang ni aku tak pasti kenapa... mungkin sebab nak membela orang yang tak bersalah kot.. (semua nya cita-cita murni je kan)..




bila dah masuk sekolah menengah aku dah tak nak jadi cikgu sebab aku tau aku tak pandai mengajar orang dan cikgu selalu menjadi bahan kutukan kalau cikgu tu garang atau dengan kata lain nya tak mesra dan tak sporting.. mulalah cikgu tu akan jadi bahan gosip dan umpatan (aku tak macam tu ye.. hehe).. tak berkat tau kutuk cikgu... ingat senang ke nak mengajar anak murid.. perlukan kesabaran yang maksimum tau..



dan aku tak nak jadi doktor sebab aku mula sedar yang aku ni penakut dan tak boleh tengok benda-benda macam bedah organ dan yang seangkatan dengannya... serius aku boleh pengsan dan pitam kalau kena bedah orang.. 




dan peguam pulak, aku dah tak nak jadi peguam sebab aku tau aku tak boleh nak defend orang.. sedangkan diri sendiri pon tak pandai nak defend.. dan aku tak suka menghafal akta-akta sebab serius aku tak suka menghafal.. cukup la sekali amik subjek "Basic LAW " masa semester 1 kat UiTM dulu.. sampai demam-demam stay up dengan member masa nak exam subjek LAW tu..

masa sekolah menengah aku tukar cita-cita nak jadi "businesswoman" pulak.. sebab nya aku nak duit.. nak jadi kaya... dan masa tu aku suka tengok cerita "the apprentice" yang rancangan Donald Trump tu.. mulalah berangan (berangan itu perlu ye)..

nak jadi jutawan...


dan aku ingat lagi aku pernah buat bisnes budak2 (kecil-kecilan).. jual key chain manik yang aku buat sendiri.. tak la cantik mana tapi ada jugak yang order nak beli.. untung jugak tapi tak lama la buat bisnes tu..

bila dah masuk matrik aku bertukar minat nak jadi akauntan pulak sebab aku memang ambil jurusan akaun.. boleh la setakat imbangkan akaun tu... tapi sekarang mungkin kena bukak buku balik la.. dah lama tak buat akaun kot.. 

tapi tah macam mana masa nak isi borang sambung "degree" dulu, aku pilih kos "Islamic Banking" sebagai pilihan pertama... dan memang aku nak sangat masuk UiTM..  pilihan kedua dan seterusnya baru la aku pilih kos akaun.. mungkin sebab kos Islamic Banking tu 3 tahun je... kalau kos akaun sampai 4 tahun.. dan alhamdulillah aku dapat ambil kos pengurusan perniagaan major Islamic Banking di universiti pilihan pertama aku...

dan sekarang minat aku lebih ke arah nak menjadi pegawai bank... almaklumlah praktikal pun kat Bank... bila tengok pegawai-pegawai bank kat tempat aku berpraktikal ni, minat dan semangat tu semakin bertambah.. banyak yang aku belajar masa praktikal ni.. kalau dulu belajar teori je, sekarang ni bila praktikkan baru la boleh faham... well, aku dah hantar resume dah... harap-harap dapat la kerja jadi pegawai bank... Amin...

  
tan sri zeti akhtar aziz... gabenor malaysia..
wanita pun boleh tau..

tak kisah la apa pun kerja yang kita minat dan impikan.. yang penting carila kerja yang halal ye... dan kerja-karja jugak, akhirat jangan dilupakan... 





sekian dari sue... wasalam

0 komen SUEPERBS...: