Sep 16, 2012

Usha-usha Kelip-kelip di Kampung Kuantan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Banyak ke pergi rumah terbuka? kenduri? bertambah-baertambah la berat nanti ye.. makan-makan jugak, kesihatan jangan diabaikan ok..


About Fireflies...


Korang pernah tengok kelip-kelip secara real tak? dan pegang sekali.. well, aku baru ni la first time dapat tengok kelip-kelip, tangkap dan letak di tangan .. rasa teruja jugak la sebab sebelum ni tengok kat iklan TNB tu je.. hehe..

Baru-baru ni aku ke Kuala Selangor.. ada kenduri saudara yang bertunang.. alang-alang dah sampai Kuala Selangor tu rasa teringin pulak nak ronda-ronda situ.. Datang pulak idea nak tengok kelip-kelip tapi tak tahu kat mana.. nasib la ada Pak cik G aka Google.. banyak jugak blog-blog yang cerita pasal kelip-kelip ni.. Lokasi Taman Kelip-kelip ni di Kampung Kuantan Kuala Selangor.. 

Harga tiket untuk tengok kelip-kelip ni ialah RM50.00 untuk satu sampan.. dan satu sampan tu maksimum 4 orang je.. Sebelum ni harga tiket RM 40 je.. Bulan 6 hari tu baru dinaikkan harga.. Tak apa lah.. bukan selalu nak tengok kelip-kelip ni... RM 50.00 tu sekali dengan 4 botol air mineral.. 

Sebelum naik tu, setiap orang kena pakai jaket keselamatan. Mana lah tau tengah-tengah sungai tu tergolek jatuh pulak.. dah la gelap.. sumber cahaya dari kelip-kelip je... masa aku pergi tu tak ramai sangat orang.. mungkin ramai yang sibuk beraya lagi.. aku pun pakai baju kurung kot nak naik sampan tu.. nasib baik tak jatuh..

Utamakan keselamatan. Pakai lah jaket keselamatan..

Dalam sampan tu campur dengan tukang dayung,  ada 5 orang jumlah nya.. Jangan gatal-gatal nak dayung sendiri sebab orang yang pro je boleh bawak sampan tu malam-malam.. ye lah, takut dayung-dayung nanti tak jumpa jalan balik pulak.. Kelip-kelip tu akan berkelip di pokok-pokok tepi sungai. Yang best nya kita dapat pegang kelip-kelip tu.. bila pegang tu pegang elok-elok .. jangan picit-picit pulak kelip-kelip tu.. Ni dia rupa kelip-kelip..

nampak tak apa yang aku nampak?? hehe..


Aku cuba nak tangkap gambar kelip-kelip yang cantik tu tapi tak dapat capture la. Mungkin kalau pakai DSLR boleh nampak kot.. <sy bukan jurugambar pro>.. Dan kalau guna night mode, macam ni la yang nampak nya..

Kalau terer cerr cari mana kelip-kelip tu nyorok..

Seronok la jugak dapat tengok cahaya kelip-kelip ni.. Seboleh boleh nya jangan la guna lampu atau flash sebab nanti cahya kelip-kelip tu tak terang pulak.. Kelip-kelip ni snesitif sikit dengan cahaya..

Lelong-lelong!!  Baju-baju !!... 

Sebelum balik, kami singgah kedai cenderamata.. Sebagai kenang-kenangan aku beli la cenderamata sikit.. Nak beli baju dah tak muat almari.. Ni je la yang aku mampu beli...

comel kan? hehe..



p/s: ulat-ulat tu boleh picit-picit..


8 komen SUEPERBS...:

pha is said...[Re perbs]

mcm best je... kat rumah kdg2 dpt gak tengok kelip2...

gdsbnga said...[Re perbs]

gua sekalipun tk pernah tengok kelip kelip T T kelkatu selalu hahahaha

Nasz said...[Re perbs]

Saya selalu balik klang lalu tempat yang signboard tu. Tapi tak pernah pergi. Hehehe.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

Sharinginfoz said...[Re perbs]

seronok juga sekali sekala buat benda yang tak pernah kita buat kan..

merpati merah jambu said...[Re perbs]

Ulat tu picit kuar bunyik tak? hehehh

KY said...[Re perbs]

nak tengok kelip2 kena bayar sekarang ek...dulu masa kecik2 adalah tengok, cuma seekor 2 je, pangang tak pernah sb KY ni penakut eeehhhmmm...

sue perbs.. said...[Re perbs]

@merpati merah jambu hehe.. nk picit gak ke? bunyi angin je la..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@KY tu la.. dh jdi tmpt plncongan.. sume kene byr.. hehe.. sy pon mule2 tkut2 tp bile pegang tk de rase pe pon..