Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Aiskrim.. aiskrim,, Nyum nyum..
Hai.. nak aiskrim kat atas ni? warna macam menarik.. tapi bukan aiskrim la.. hehe.. ni doh untuk buat kuih.. doh yang dah siap letak pewarna..
Ok.. aku sangat gembira sebab aku dah start cuti .. dari isnin sampai la raya... yeay! so, aku dah plan nak guna kan masa cuti ni untuk buat kuih raya.. walaupun aku tak pernah buat pun sebelum ni.. saje nak try.. mana la tau kalau sedap.. boleh buat bisnes.. ye dak? macam ada orang nak beli je kan..tak pe tak pe.. yang penting aku cuba...
Aku dah siap-siap beli bahan nak buat kuih raya ni dengan mak sebab aku tak tahu apa yang ada apa yang tak ada kat rumah tu.. so, untuk tidak membazir, mak la jadi assistant... hehe...
Lepas sahur, dengan semangat nya, aku belek balik resipi yang aku dah google siap-siap.. lepas tu, bermula lah misi membuat kuih raya... aku buat sorang-sorang je ni tau... mak pun tak tolong.. mak nak tengok boleh tak aku buat kuih sorang-sorang.. tak pe.. mesti boleh punya..
Hmm.. Mula-mula, pukul minyak sapi sampai kembang.. lepas tu masuk kan tepung gandum .. bahagikan doh kepada 3 dan letak warna ikut suka... aku letak warna pink, hijau dan kuning.. lepas tu cantumkan la jadi bentuk bulat.. nak tau cama ne rupa nya? ni ha..
Ada rupa kuih tak? erkkk...
Uwaaa !!!.... kuih aku tak jadi.. tak boleh nak cantum.. tak boleh nak gentel kat tapak tangan pon... gentel sikit dah pecah.. ni pon aku main tekan-tekan guna jari je.. tu yang bentuk tah pape tu.. ok..masa ni semangat nak buat kuih dah memang down dah.. apa dah jadi dengan kuih aku ni??
Masa ni, mak pun datang la nak tengok apa jadi anak dara dia ni buat kuih.. haha.. memang tak jadi.. tepung terlebih kot.. tu yang sampai tak boleh nak bentuk tu.. kerana frust, aku tinggalkan je adunan-adunan tu.. tidur dulu .. nanti-nanti la aku fikir macam mana nak buat.. Zzzzz....
Tak lama tu, mak aku kejut aku bangun.. rupanya dia dah pergi kedai belikan minyak sapi.. mak aku pun kesian kot tengok aku.. (thankiu mak..) haha.. dah tu, tak kan nak biar je? aku pukul la lagi minyak sapi tu sampai kembang... dengan penuh harapan yanhg kuih aku masih ada harapan.. huhu.. bila dah kembang, aku campur balik kat adunan tadi supaya boleh dibentuk/gentel jadi bulat.. yang lebih tu uli lagi buat yang baru.. sebelum nak gentel, bagi mak cek dulu... okeyh.. lulus.. dah boleh gentel.. hehe.. akhirnya, jadi jugak bola-bola raya Suepebs aku ni..
Siap untuk di bakar...Warna warni tak?
Tengok bola-bola raya Sueperbs tu cantik tak? meriah kan??.. walaupun ukuran dia ada sikit terbesar dan terkecik, sekurang-sekurang nya bentuk dia lebih baik la dari yang sebelum ni... kan? kan? hehe.. lepas di bakar pada suhu 180 darjah celcius.. tunggu dalam 20 ke 30 minit .. dan inilah hasil nya..
Bola-bola Raya Seperbs..
Lepas keluarkan dari oven, taburkan la gula halus kat kuih tu.. so, siap sudah satu jenis kuih raya.. rasa kuih ni sedap ke? nak tau, datang la rumah rasa sendiri.. itu pun kalau ada lagi.. hehe..lepas ni aku nak buat kuih raya lain pulak.. tengok la jadi ke tak..
p/s: nama sebenar kuih ni Bola Salji.. macam kuih arab tu.. cuma kuih yang ni warna warni sikit..
4 komen SUEPERBS...:
ingat first pic tadi kueh aiskrim
@AHMAD AFIQ hehe.. bekas je aiskrim.. ade ye kuih aiskrim?
nampak cantik... nak order 50 bijik
@farah ashikin haha.. dh raye bru nk order.. tk jual dh,,
Post a Comment