sueperb pages

Oct 2, 2012

Dah bertemu Pengganti.. Broadband Lagi Murah


Assalamualikum dan salam sejahtera.

Sebelum ni aku ada post pasal akaun internet yang dah terminate. Ingatkan boleh la aku bertahan sekurang-sekurangnya dua tiga bulan tanpa internet.. tapi baru seminggu lebih tak ada internet, aku dah tak tahan.. walaupun aku ada langgan internet untuk handphone tapi kepuasan dia lain.. skrin hp tu kecik .. terhad.. tak best kalau nak tengok video ke, baca artikel ke..

Aku cuba jugak nak post entri guna hp.. tapi susah ok.. nak letak gambar pun susah.. aku pernah jugak terfikir nak aktif kan balik akaun internet yang aku baru terminate tu.. pernah dengar tak pepatah ''dah ludah jilat balik''? (betul ke pepatah ni? belasah je la.. ahaha) .. serius aku ada call customer service tu tapi nasib baik masa tu tak ada staff yang angkat... semua tengah sibuk melayan pelanggan katanya.. 

So, sekarang ni aku dah ada pengganti dah.. kali ni aku cari yang murah-murah je.. kalau sebelum ni sebulan RM 59.90 .. kali ni RM 25.00 je sebulan.. 
Broadband Celcom SKMM (Unlimited)-RM25/bln
CELCOM SKMM



Aku rasa ada ramai lagi tak tahu lagi pasal Broadband SKMM ni.. Stater pack/broadband SKMM ni adalah kerjasama Celcom  dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 


CIRI-CIRI BROADBAND SKMM 1MALAYSIA INI:
  • Broadband SKMM ini adalah menggunakan coverage network Celcom. Jika kawasan anda mempunyai liputan Celcom yang baik, maka liputan broadband SKMM anda juga baik.
  • Pek daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
  • Stok terhad dan tidak banyak dikeluarkan serta tiada dijual di kedai-kedai telco.
  • Kelajuan 384 kbps. Boleh laju lagi bergantung kepada keupayaan modem digunakan dan liputan Celcom.
  • Percuma layari internet selama 30 hari. Seterusnya tambah nilai (topup) hanya RM25 untuk sebulan.
  • Prepaid dan tiada kontrak. Usah risau tentang bil bulanan.
  • Boleh digunakan di laptop, handphone, pc, galaxy tab dan sebagainya.
  • Unlimited ( 800 mb ). Ada pengguna yang dapat lebih daripada itu dan kelajuan masih stabil.


Nak tau lebih lanjut boleh usha laman web INI


Kebetulan ada kawan syorkan aku like satu fanpage di Facabook ni.. -->BROADBAND MURAH.. Kalau korang teringin nak beli broadband yang murah-murah boleh la check fanpage tu..

Yeah.. akirnya aku dapat kembali berblogging.. Jom layan video klip lagu Black ft Malique - Teman Pengganti.. Lagu ni sempena aku dah dapat pengganti broadband.. hehe.. Suka sangat dengar lagu ni.. 





9 komen SUEPERBS...:

cik atie said...[Re perbs]

memang tak boleh hidup aman tanpa internet... penah gak guna pek celcom rm25 tu... tapi sekarang dah guna postpaid rm68... huhuu

Cik Nas :) said...[Re perbs]

bes tak pakai pakej tu kak..??

Unknown said...[Re perbs]

hippi..hippi..

missina said...[Re perbs]

oohh tk tahu plak ade ni ek,,good info,,pasni puaslah blogging,,;)

sue perbs.. said...[Re perbs]

@cik atie yeke.. sy bru je nk gune

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Cik Nas :) sy bru try dik.. stakat ni bleh tahan la

Admin said...[Re perbs]

Sim pack skmm diterus kan tahun ini. Last batch, ada seribu je lg. Saya antara pengedarnya. Kalau nak boleh contact saya di saxolegend@gmail.com

Admin said...[Re perbs]

Sim pack skmm diterus kan tahun ini. Last batch, ada seribu je lg. Saya antara pengedarnya. Kalau nak boleh contact saya di saxolegend@gmail.com

Peminat SKMM said...[Re perbs]

Ada ke lagi orang simkad ni ?
puas cari ..

dulu pnah jumper orang jual kt web ni http://androidpcmurah.my/celcom-skmm-murah-2014/

bulan lepas sy tgok dah tak der .. sedey nyer T..T