Aug 4, 2012

Bangkit dari kegagalan..





Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sekejap je rasanya dah masuk 2 minggu puasa dah.. Baru-baru ni aku pergi test JPJ kereta untuk kali ke dua.. setelah hampir setahun sejak gagal Ujian JPJ kereta haritu, aku nekad nak ambil lagi (aiceh ayat tak boleh tahan..)

Aku ingat lagi masa gagal ujian tu betapa kecewa nya aku... rasa macam hancur berkecai dah hati ni.. bukan satu tapi dua-dua (parking dan jalan raya) aku gagal... dah la guna duit mak ayah.. masa tu aku ingat lagi aku naik LRT tak turun-turun dari hujung stesen ke hujung stesen melayan fikiran yang berkecamuk.. nangis tu tak yah citer la kan.. hehe.. kecewa sangat tu.. alhamdulillah la masa tu tak terfikir nak buat benda yang tak elok...(refer entri ni)

Kawan aku , keluarga aku ada jugak bertanya bila nak ambil ujian semula JPJ tu... nampak gaya macam dah menyesal je nak ambil test tu lagi.. walaupun tempat kerja aku ni dah dekat sangat dengan pusat memandu tu, tapi tak pernah nak singgah...naik LRT pun tengok dari atas je tempat memandu tu.. 

So, entah macam mana hati ni tergerak nak try lagi.. instructor yang ajar aku pun ingat aku dah tak nak ambil ujian dah.. memandangkan sekarang tengah kerja shif, so boleh la ambil masa untuk belajar lagi 3 jam sebelum ujian sebenar.. pada asalnya aku plan nak ambil ujian waktu nak dekat-dekat raya tapi memandangkan tempat tu dah nak di renovate, so masa yang paling terdekat ialah minggu ni je.. lepas ni, kalau nak ambil ujian kena tunggu sampai siap renovate la.. agak-agak dalam bulan 9.. nak tak nak, aku ambil je la waktu tu.. kalau dah lepas renovate takut tak biasa pulak dengan tempat baru...

Aku tak bagi tahu siapa-siapa pun yang aku ada ujian JPJ hari tu.. aku ambil cuti pun aku tak bagitahu sebab apa.. even keluarga aku pun tak tahu.. kalau boleh aku tak nak siapa pun tahu.. at least kalau gagal pun tak ada lah kecewa sangat.. hehe..

So, hari tu aku dapat untuk sesi petang.. serius aku rasa aku hampir gagal dah.. kat bukit pun terundur.. aku tak tau la meter tu tak gerak atau aku yang salah tengok.. tapi nasib baik la tak undur banyak sangat... main agak-agak je la masa nak buat balancing tu...alhamdulillah berjaya... bahagian parking pulak aku dah terlebih masuk.. aku terpaksa buat lagi sekali.. alhamdulillah la sempat parking dalam masa yang ditetapkan tu.... tiga penjuru tak ada masalah sangat .. alhamdulillah... LULUS bahagian parking.. happy punya pasal, keluar je kereta, aku terus lari kat tempat JPJ tu ambil borang.. sampaikan terlupa nak ambil beg yang aku letak kat tempat duduk belakang.. nasib baik la orang pusat memandu tu perasan beg aku..

Lepas parking, ujian jalan raya pulak.. nervous ok.. aku rasa masa aku memandu tu, aku asyik sebut 'Bismillahirrahmanirahim' je.. aku rasa JPJ kat sebelah pun perasan kot.. Alhamdulillah , ujian jalan raya pun lulus walaupun tak dapat markah penuh... berkat bulan Ramadhan.. walaupun rasa letih sikit, tapi dengan doa dan pertolongan Allah swt, aku bersyukur sangat akhirnya aku lulus..

Tadi dapat call lesen dah siap.. balik kerja terus ambil.. heheh

lesen ada kereta tak ada .. 

Itu je la cerita pengalaman ambil lesen aku.. tu la.. dah tua-tua baru nak ambil lesen.. hehe...



8 komen SUEPERBS...:

Alif Ismail said...[Re perbs]

Salam Ziarah Ramadhan...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan penuh istiqamah...

http://www.alifismail.com/2012/07/salam-ramadhan-al-mubarak.html

wanymickey said...[Re perbs]

cm2 skali an...pe2 pon tahniah...sy Alhamdulillah lulus skali ujian j, tp ckup2 mkn j la mrkh nye...hehehehe

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Alif Ismail salam ramadhan alif.. mudahh2 an

sue perbs.. said...[Re perbs]

@wanymickey wah.. skali test dh lulus.. hebat2.. hehe

Anonymous said...[Re perbs]

Akak...nak tnya...saya gagal ujian jpj setahun yg lalu...lps tu saya x sempat nak ambik ujian jpj balik...saya sambung belajar kat matrik...saya nak tnya lps stahun x ambik ujian jpj...boleh ke ambik semula ujian jpj ? Atau kena dgr ceramah balik semua ?

sue perbs.. said...[Re perbs]

Ujian btulis dh pas kn.. means dh ade lesen L la kan... so tk yah la dngr ceramah tu balik.. trus amik ujian memandu tu..

Anonymous said...[Re perbs]

Oouhh.ok2 kak...thanks alot for the feedback..

sue perbs.. said...[Re perbs]

Welkam.. eh sorry.. ujian bkomputer.. mne de ujian btulis.. lupe pulak..