Jan 2, 2012

Aku dan Buku..

Dulu masa sekolah rendah, aku memang suka sangat baca buku.. buku siri penyisatan.. aku suka yang ada tajuk-tajuk misteri-misteri.. kalau korang ingat, dulu-dulu ada buku cerita bersiri ni.. Siri Salma, Hardy Boys, Nancy Drew ( eh betul ke ni? aku ingat-ingat lupa je ni.. ).. aku minat buku-buku misteri penyiasatan ni sebab bila baca je ada rasa macam suspen gitu.. benda-benda yang 'unexpected'..  sampaikan pernah aku dengan sorang kawan kelas ( yang mempunyai hobi sama) terikut-ikut dengan watak dalam buku tu.. tahu tak.. kitorang pernah cuba nak menyiasat kes conteng didnding kat toilet.. macam-macam yang kitorang fikir.. haha.. tersenyum sendiri bila teringat balik.. last-last kes tu tak selesai pun.. beriya je lebih kitorang ni..

antara buku-buku siri penyisatan..


bila dah masuk sekolah menengah aku dah beralih arah pulak.. buku misteri-misteri masih minat tapi aku lebih minat buku novel.. bermula form 2, masa tu kawan-kawan sibuk nak pinjam novel lah, nak pinjam kena take turn.. so, aku pun terjebak jugak lah.. ada la satu novel ni aku baca.. aku dah lupa tajuk apa.. lepas aku baca novel tu, aku teringin nak beli novel sendiri.. aku pun pergi lah kedai buku Popular.. nak cari satu novel.. aku tertarik dengan cover novel buku Cinta Marissa ni.. baca sinopsis sikit-sikit.. lepas tu terus beli... 

cover dia simple dan unik..

kebetulan masa tu memang tengah final exam, aku terpaksa menahan untuk baca novel tu.. bila habis je exam baru aku baca puas-puas.. khusyuk habis sampai aku menangis okeyh.. dan kalau aku baca berapa kali pun lepas tu aku akan tetap nangis.. hehe

lepas dari tu aku tak berapa sure apa yang berlaku.. aku dah tak minat sangat nak baca novel.. bukan tak baca langsung, cuma aku dah tak seobses dulu.. kalau baca pun kadang-kadang sampai 5 bab dah terstop.. lepas tu tinggal macam tu je.. 

minggu lepas aku kemas-kemas barang, terjumpa lah satu novel ni.. memang aku punya.. aku beli masa kat UiTM dulu kot.. penanda buku tu masih lagi kat bab 4.. maksud nya aku tak habis lagi baca la tu.. so, aku berharap la aku dapat habiskan novel tu.. apa guna beli tapi tak baca sampai habis.. heh

tak ku sangka-sangka, dalam masa 3 hari habis jugak aku baca novel tu.. 3 hari tu kira lama jugak kan.. aku rasa kalau yang gila novel, satu hari pun dah boleh habis.. ye lah, aku sebenarnya jenis yang baca sikit  tertido.. hehe...boleh bayangkan tak?? sama lah macam baca buku teks dan nota-nota slides zaman muda mudi dulu.. oh well,  at least boleh habis lah jugak...


Khilaf Kasih.. 

Aku dapat rasakan puasnya bila berjaya habiskan satu buku tu.. ceirta dia biasa je.. aku rasa cerita Cinta Marisaa tu lagi best.. dan aku rasa macam nak bergiat aktif balik lah dalam mambaca novel ni.. lagi pun kan, kat rumah ni ada satu rak buku penuh dengan novel.. semuanya kak ipar punya.. boleh la pinjam sementara kan... kan...



sebahagian koleksi novel...





11 komen SUEPERBS...:

Nafisa81 said...[Re perbs]

kita dah byk jual koleksi novel yg ada...dulu fanatik giler dgn ramleeawang murshid

Teenager Housemaid said...[Re perbs]

kita dulu2 tak banyak sgt bace buku penyiasatan hehe..
suka siri sekolah asrama.. entah apa ntah tajuk dia..
novel cinta marissa pun kite pernah bace juga..huhu

Mz Aisya said...[Re perbs]

wah kaki buku @ sama laaaa.

Cinta Marissa pun saya baca gak dulu2. pasal apa ntah saya dah lupa. tapi masa zaman sekolah dlu paling hot cerita BICARA HATI. waaah memang the best! :D hehe.

byklaaa layan novel cinta times skool. tengah boleh berangan. makin besar ni makin malas layan cite cinta sebab stereotype aje ceritanya.

just layan cerita Ramle awang musyid, fatimah syarha yang informative, thriller dan lain dari yang lain. :D ahax.

tapi untuk love story yg sempoi, sya rekemen baca JAJA DAN DIN. memang sweet. =D

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Nafisa81 wah.. klu sy mesti syg nk jual..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Teenager Housemaid hehe.. ade ye siri sekolah asrama? tk penah baca pulak

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Mz Aisya wah... thanx2 rekomen buku kat sy.. klu ade masa nanti nk cari la buku2 tu

aleen aiden said...[Re perbs]

aku pulak jenis tak suka membaca.dari kecik sampai besar jenis malas nak baca.hu3

princess said...[Re perbs]

sue ! ain pom minat siri salma . best kan cerita tu . mei ling eh nama kawan cina dia . dorang hebat kot solve misteri . ala2 conan gitu . hikhik . cinta marissa pom best : )

lieynanilaz said...[Re perbs]

masa zaman sekolah suka baca novel nancy drew sebab guna ayat2 yg mudah...bila dah dewasa ni dah kureng sikit membaca...huhu.

Norlida Ramli said...[Re perbs]

wah byknya koleksi novel awk :)
sy x minat bca buku :p

amny said...[Re perbs]

dulu time sekolah rendah, pantang pergi kedai buku, kompem beli,, hehe,, bile dah besa sikit, baca plak novel, n sekrang, novel pon dah jadi malas nak baca, sebab ,MALAS ~ ahhaha