sueperb pages

Feb 4, 2011

Tanda-tanda kematian





Memang benar kematian itu telah ditetapkan oleh Allah SWT. Mengikut Ulama, tanda kematian adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhir hayat baginda.

Semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyukutukan Allah. Nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peirngatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan.


Tanda 100 hari sebelum mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semiua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak . Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih. Jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan akan bergetar. Tanda ini lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

    


Tanda 40 hari sebelum mati

Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengamnil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikut kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat amut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan menjadi bingung seketika. Adapun malaikat maut ini cuma satu tetapi kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini hanya akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan  di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini akan dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan  kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianaya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula.

Kesimpulan

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah  diantara orang-orang yang dipilih oleh Allh yang akan diberi kesedaran untuk peka tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa urusan hutang piutang kita.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHU A’LAM


Sumber diperoleh dari buku SAKIT Apakah Ubatnya? Penelitian daripada Al-Quran dan Hadis ( Wan Md Jamal Bin Haji Wan Md Saman)

0 komen SUEPERBS...: