sueperb pages

Jan 12, 2011

Perempuan memang tak Gune!!



Perempuan tak gune kain yang nipis untuk buat bajunya sehingga terbayang kulitnya.. kerana dia tahu pakaian itu layak dipakai oleh perempuan jalang.


Perempuan tak gune rantai kaki berloceng untuk dililit pada kakinya.. walaupun rantai itu tersembunyi, tapi ia bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi laki yang jahat...


Perempuan tak gune minyak wangi yang baunya semerbak... wangian yang menyerakkan bau yang kuat menunjukkan kadar kemeruapan yang tinggi... bukan tak boleh berwangi-wangi tapi bersederhanalah dlm pmakaian wangian tersebut.


Perempuan tak gune kata-kata yang keji kerana dia tahu sesiapa yang brckp prkra yang keji adalah rendah akhlaknya..


Perempuan tak gune masa lapang mengumpat, bercakap keaiban saudaranya...mengumpat atau memfitnah baik laki atau perempuan adalah ibarat memakan daging saudara sendiri.. sanggupkah kita?


Perempuan tak gune lenggok bahasa yang boleh menggodaa seorang lelaki... bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk sehingga mencairkan keegoan lelaki yang bukan mahramnya... bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu..


Perempuan tak gune alat make up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja... Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja dan bukannya sehingga nampak wajahnya seperti hantu.... jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya..


Perempuan tak gune kain tudung yang jarang-jarang seperti jarang jala kerana akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.. Rambut adalah mahkota, dan jangan biarkan mahkota itu tercalar...




So, jomlah ramai-ramai jadi "perempuan yang tak gune" ni... hehehe... 




(credit to p.i. KMP)

0 komen SUEPERBS...: