sueperb pages

Jan 19, 2011

Kenapa saya tak macam dia??


Kasha mengadu nasib dengan suaminya Joned. Dia selalu merendah dirinya dan kurang yakin pada diri sendiri. Semasa bersama-sama menikmati minum petang, dia megadu nasib dengan Joned setelah begitu lama dipendamkan..

Joned : Kenapa muram sayangku Kasha ?

Kasha : Hmmm... Tengah berfikir.. kenapa saya tak macam Sally tu.

Joned : Maksud awak?

Kasha : Ye la.. Kenapa saya tak tinggi mcm Sally tu?... kaki dia cantik betul.. kalau pakai skirt boleh nampak kakinya yang cantik tu.. memang layak la dia jadi model... berjalan pon penuh confident.. dengan kasut tinggi dia memang nampak elegan la..

Kenapa la sy tk mcm Sally tu... tak pandai make up cantik2.. tak pandai bergaya.. Sally selalu up to date dengan fesyen-fesyen terkini.. berjalan pon dah macam model.. kalah artis-artis barat tu..  Rambut dia cantik sangat.. selalu berwarna macam aktres... glamour sungguh... Setiap kali dia lalu mesti ada je mata yang memandang...

Kenapa ye sy tak boleh jadi macam Sally tu  ye? untung gazali dapat "girlfren" macam Sally tu.. selalu saya nampak mereka berdua... romantis sungguh.. makan berdua, shoping berdua, joging berdua, pergi balik kerja pon berdua.. bulan lepas diorang melancong berdua kat bandung, rapat sungguh la mereka tu..

Kenapa sy tak berbakat macam Sally tu.. Malam diner haritu sedap sungguh dia menyanyi.. menjerit macam celine dion.. menari pun bukan main rancak lagi... memang pandai sungguh dia hiburkan orang2 yang datang.. dah tu ramai pulak yang bersorak untuk dia..

Bukan tu je...  Sally tu dah la pandai, rajin pulak tu cari duit. Siang kerja ofis, malam menyanyi di kelab...ada rumah besar, kereta pon mewah.. pakaian semua branded2 je.. kenapa la saya tak kaya mcm dia ye ?

Joned : Awak tak tau ke knapa ?

Kasha: ???

Joned : Sebab dia tak macam awak. Awak pandai menjaga maruah diri.. Awak tak pakai pakaian ketat2, seksi2 menunjukkan susuk tubuh.. Awak menutup aurat dengan sempurna... awak tak semurah dia...

Dia tak secantik awak.. awak cantik bertudung.. awak menjaga mahkota awak dengan sebaik-baiknya. Awak tak menonjolkan kecantikan awak melainkan untuk sy.

Dia tak kaya macam awak... Awak kaya dengan budi bahasa... sopan santun.. Selalu menjaga batas pergaulan

Suara dia tak semerdu suara awak..  Suara awak sungguh merdu bila mengalunkan ayat-ayat Al-Quran..  alunan bacaan yang boleh menusuk jiwa dan menjadi renungan orang yg beriman..

Dia tak semulia awak.. dia bukan berdua dengan boyfren dia.. sebenarnya bertiga... apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan maka terdapat lah org ketiga iaitu syaitan..

Jadi awak dah tau kan jawapan nya.. Awak tak macam dia sebab dia tak macam awak...
Bersyukur la dengan nikmat yang Allah telah berikan dan jaga lah sebaik mungkin..
Nikmat di dunia hanya sementara... nikmat di akhirat itu yang akan kekal selama-lamanya... 


..................

0 komen SUEPERBS...: