sueperb pages

Jan 24, 2011

Pagi ku yang panjang…



warghhh... ngantok nya saya..



Anda mungkin selalu rasa mengantuk dan tak bersemangat bila bngun pagi2.. kalau tak selalu pon mesti pernah sekali dua.. lepas tu kena pegi kerja pulak tu.. rasa macam tak mau lepas je bantal tu…  kalau tak kerja nak makan apa pulak kan.. memikirkan hutang rumah yg 20 tahun lagi nak settle, hutang kereta, bil eletrik, bil hp, terpaksa anda gagahkan juga diri untuk bangun… mandi sampaikan sambil pejam mata.. baju pon cari yang tak payah gosok..  Breakfast nak kunyah roti pon sampai tak terlarat.. macam mana nak settle kan masalah ni ?

Disebabkan hari ni Isnin, mood nak pergi kerja tu lain sikit.. dah 2 hari cuti memang la pon.. rasa macam tak cukup je.. rasa nk extent sampai seminggu lagi je…
Pagi tadi macam biasa keluar rumah pukul 7.30 ( harini terlewat sikit = 7.45)… dengan langkah yang perlahan menuju ke LRT.. touch n go..  naik escalator… dah nak sampai atas tempat nak naik train, nampak train masih lagi terbuka pintunya.. oleh kerana sangat malas nak berlari aku jalan dengan slow saje buat2 tak nampak train yang macam memanggil-manggil melambai lambai suruh aku masuk.. ah.. malas aku nak berlari pagi2 ni.. tak pasal2 kalau terjatuh mana nak letak muka… dengan langkah yang lemah longlai, aku duduk  dulu  sementara tunggu next train.. macam tak sampai seminit train lagi satu datang.. oh train 2 koc je.. kontot sangat.. tak nak la naik ( memilih pulak dia! Padahal dah pukul berapa ni..)


train 2 koc... kontot je...


Dengan berlagak angkuh dan sombong nya… aku pon tunggu la next train… tak sampai seminit tunggu, sampai lagi satu train.. wokeyh 4 koc… aku pon naik… 4 koc pon tak ada tempat duduk jugak… so aku pon macam biasa berdiri sebelah pintu.. nak tengok pemandangan la konon nye.. nak sampaikan ke dang wangi tu lebih kurang 30 minit jugak la.. setiap stesen berganti stesen, orang semakin rmai.. okeyh aku dah tersepit di sebelah pintu.. rilex2.. kat kl sentral ramai keluar ramai jugak yang masuk… okeyh.. biasa la tu.. cepat la pintu tutup jangan bagi orang masuk lagi.. lepastu pintu dah nak tutup ada jugak orang lari nak masuk.. dah tersepit sikit kat pntu.. nasib baik la dia tersepit sikit je.. dah biasa kot.. padan muka.. tunggu la train lain.. ( hehe.. jahat pulak aku nih)..


train 4 koc... baru la syiok nak naik.. hihi


Oh I need space.. dah dalam tanah takda pemandangan nak tengok, aku pandang dinding saja la.. sambil memejam mata yg kenapa payah sangat nak bukak ni, aku rilex.. dah sampai stesyen aku keluar dengan slumber.. ok nak ke kanan ke kiri? Kiri ada escalator, kanan kena naik tangga.. nak ke kiri macam jauh sikit.. takpa la aku naik tangga je la.. orang kat depan ni naik tangga slow macam kura2 pulak… aku pon terpaksa slow kan diri jugak la.. (alasan je tu.. hehe)..
Ok.. nak keluar pon kena beratur panjang ke.. “Touch n Go” punya tagline ‘life in the fast lane’… oh begini ke tahap  “fast” nya tu.. ok rilex ar.. macam aku laju sangat je kan.. ehehe.. beratur macam nak naik bas UiTM je aku rasa (naik bas UiTM lagi mencabar kot).. huhu.. langkah masih slow.. keluar dari stesen menuju ke luar.. nak naik jambatan pulak menuju ke tempat lintas.. rilex.. biar lambat asalkan selamat.. nak turun tangga jambatan tu lampu melintas dah berbunyi tanda boleh melintas.. 20 saat untuk melintas.. ok macam biasa aku malas nak berlari kejar.. tunggu the next cross light..


Dah melintas dengan selamat maka berjalan la aku ke menara itu.. tempat aku berpraktikal… rilex.. belum pukul 8.30 lagi.. aku masuk dengan slumber.. sambil tu terfikir nak amik “The Sun” free ke tak nak? Tak apa la… aku jalan terus je.. kalau nak ‘The Sun’ kena belok kanan.. my heart says "go straight dont belok2".. (bukan jauh sangat nak ambil… haisy)..  tak apa la.. aku bukan baca sangat pon.. terus je ke lif… ok.. lif ni sekejap je dah bukak.. aku masuk dengan orang2 yang macam sungguh bersemangat nak kerja.. siap bawak nasi lemak beli kat kedai bawah.. tingkat 10 dah ada org tekan.. so aku terus ke bahagian belakang lif.. tingkat 5, seorang turun.. Next tingkat aku pulak turun.. sorang tu kat depan pintu… aku kat belakang.. so kena la “excuse me, excuse mua”… semua gelabah kesian.. bagi la laluan kat budak ni..  sampai kat pintu nak keluar.. pap!(aku tak tau camana nak buat bunyi nya) Bunyi apa tu? (dalam hati) okeyh.. aku telah dihimpit pintu lif.. boleh pulak aku blurr.. haisy.. terdengar suara2 diblakang.. (adoi… arghh.. sakitnye..kesian sakit. adeh)… ehh??.. siapa yang kena himpit pintu sebenarnya ni? Dengan tak pandang belakang aku control jalan straight… sebelum tu aku rasa ada cleaner nampk kejadian ni.. dia nak naik lif sekali kot.. ok aku tak pandang siapa2 dah.. keluar terus dari lif.. eh.. tingkt berapa pulak ni? Eh mana pulak kafe? Selalu tingkat 10 ada kafe.. macam library pulak ni.. (dalam hati berkata)… aku tak kisah… yang penting aku belok kiri pergi ke toilet.. kat toilet baru aku rasa tersdar diri sikit… adoi.. tulang bahu aku.. sakit nya (serious lambat nya reseptor aku bagi effect)… like daa..


argh... tersepit... nak keluar... tolong saya!


Tengok jam.. eh dah nak dekat pukul 8.30.. keluar balik nak pastikan aku kat tingkat berapa ni.. oh tingkat 7.. aku pergi kat lif nampak cleaner indon tu pandang aku tersenyum senyum… eh kenapa senyum2 ni? Nak balas snyum ke? maybe dia nampak kejadian tadi.. Hmm.. buat muka slumber je laa.. tunggu la kat lift tu.. nak naik tangga macam malas pulak sampai ke tingkat 10 pulak tu..  ok… tunggu saja la.. cleaner ni tak habis pandang2 aku..  haisy.. lambat pulak lif ni…………    the end…


ai.. saya pemalu.. pakai macam ni boleh?

oleh kerana kejadian itu, aku tak ngantuk dah pagi2.. hehe.. iyo yo 'o' je.. Cerita ni pendek dah jadi panjang.. heheh.. pengajarannya, bersemangat la di pagi hari… peace semua..
  \`\(*_^) /`/ 

2 komen SUEPERBS...:

TheIdealMuslimah said...[Re perbs]

babe~ hahahahah~ serious ni sngat pengalaman terbaek!~ hahah

sue perbs.. said...[Re perbs]

yeah.. panjang cerita ni... thanx babe u sanggup baca cerita I yang panjang ni