sueperb pages

Feb 1, 2012

Skizofrenia, Sinestesia..

Ni buku pertama tulisan Ramlee Awang Murshid yang aku baca.. Ungu Karmila.. best memang best.. aku suka cerita-cerita thriller.. misteri.. unexpected.. gaya tulisan pun senang faham.. buku yang membuatkan aku tak nak skip mana-mana mukasurat.. nak tahu semua..

tak sabar rasanya nak baca buku-buku hasil tulisan Ramlee Awng Murshid yang lain... banyak lagi buku karya beliau.. (nyesal pulak tak beli banyak-banyak masa karnival buku haritu.. boleh jugak dapat diskaun ,, hehe )

Ungu Karmila..


Chop!!

Kenapa tajuk entri ni Skizofrenia, Sinestesia?? Suka sangat lari tajuk kan.. isyh isyh isyh.. 

Okeyh.. Sebenarnya Skizofrenia dan Sinestesia ni ada kaitan dengan cerita dalam buku Ungu Karmila ni.. 

Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental yang deisebabkan oleh ketidakseimbangan sistem saraf dalam otak. Puncanya mungkin kerana proses pembesaran saraf atau otak yang tidak mengikut sistem yang ditentukan. Punca sebenar belum diketahui. Gejala-gejala skizofrenia biasanya muncul pada usia 15 ke 35 tahun. Risiko menghidap penyakit ini sama bagi wanita dan lelaki tetapi lebih cepat muncul pada lelaki. Risiko untuk pesakit Skizofrenia membunuh diri adalah lebih tinggi berbanding orang lain. 

Sinestesia pula ialah deria seseorang - rasa, penglihatan,pendengaran,sentuhan dan bau campur aduk di antara satu sama lain lalu membentuk satu deria yang berkecamuk. Contohnya rasa makanan yang manis  atau pahit kelihatan corak-corak yang tersendiri, alunan muzik kelihatan berwarna-warni. Menurut pakar neuorologi, Dr. Richard Cytowic, sinestesia menjadikan manusia agak puitis tentang kehidupan mereka. Dari segi sains, otak mereka sebenarnya didawaikan secara berlainan.


Ok? Faham tak.. aku pun susah jugak nak faham istilah-istilah sains ni.. (dulu sekolah menegah amil aliran sastera je.. ) Tak minat nak jadi doktor.. takut tengok bedah-bedah, luka-luka dan seangkatan dengan nya..ngeri.. heehee

maklumat ni di ambil dari dalam buku RAM ni.. Dalam segmen ilmu.. 



10 komen SUEPERBS...:

Anonymous said...[Re perbs]

buku Ramlee Awang Murshid best2 kan
^^,
yg ni pun best jugak..

unknown said...[Re perbs]

Clara cme bce 1 je bku ramlee awang.. 9 Nyawa.. gila best!

Jay Saja said...[Re perbs]

suka!!! buku dia kebanyakannya best. orang ada buku dia yang latest jugak. fiksyen 302. ;) su kalau nak pinjam pun tak apa. buku RAM hampir lengkap...tapi ada 2-3 yang tak ada. ;)

Unknown said...[Re perbs]

same lah...ungu karmila first novel ramli awang murshid yg kite bace...diorang berbunujan sesme sendiri sebab kan bunga tu je kan...bunga yang jahat.eh...T__T

emy|farid said...[Re perbs]

yo! emy dah baca gak. seram.
kalau baca kan, mcm kita plak gila. terikut2 watak. tol x?

kesian kita yg baca, jdi pelbagai watak. hehe apa pon superb!

sue perbs.. said...[Re perbs]

@iMahha'ah.. memg best

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Clara yeke.. nak bace jugak

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Najmah A. M wah.. kite ade 2 je buku die.. lain kali nak beli lagi nak buat koleksi

sue perbs.. said...[Re perbs]

@anem ahia hehe.. same la kite ye

sue perbs.. said...[Re perbs]

@emy|farid yo yo! betul tu.. memg superb la