Jumpa mak mentua? bila? hehe.. bukan aku la.. Tadi aku tengok Wanita Hari Ini.. Topik yang dibincangkan tentang bila anak bawa bakal menantu pulang... ada penonoton ni telefon dia tak suka calon menantu yang anak dia bawak .. macam mana agaknya ye rasa bila nak bawak calon yang kita pilih jumpa ibu bapa? mesti debar-debar... macam-macam bermain dekat fikiran.. kalau mak ayah yang sporting, kurang la sikit rasa berdebar tu .. kalau mak ayah yang cerewet dan serius, hmmm... susah jugak tu nak memikat hati bakal ibubapa mentua ni.. tambah-tambah lagi kalau mak ayah dah ada calon pilihan hati.. mesti ada je yang tak digemar..
Aku memang tak ada pengalaman di bawa jumpa bakal mentua.. mahupun bawa calon pilihan jumpa mak ayah.. tapi kalau teman abang jumpa bakal mentua pernah la.. hehe.. walaupun hanya teman sahaja, tapi ada jugak la rasa takut .. (macam mentua aku pulak kan).. hehe.. aku respek dengan abang aku sebab dia berani pergi rumah kakak ipar aku walaupun baru berapa hari je kenal.. tak macam mereka yang bercinta bukan main lama tapi mak ayah pun tak pernah jumpa.. itu menunjukkan mereka mereka memang tak serius pon dalam perhubungan.. mereka hanya bercinta sebab nak suka-suka je.. betul tak? hmm..
so, korang yang belum kahwin tu dah sedia ke nak berjumpa bakal mentua.. atau korang memang dah kamcing dah dengan bakal mentua korang? hehe.. kalau suruh mak ayah carikan tak yah nak risau-risau kan? ok main-main je.. aku tak terfikir pun nak kahwin buat masa ni.. perjalanan masih jauh..
p/s: selamat bertunang kepada kawan seUniversiti yang dah nak bertunang bulan depan setelah 5 sem bercinta..Alhamdulillah..



