Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah dah masuk 4 Ramadhan dah... Setakat ni puasa ok ke? ada lagi ke yang puasa 'yang yang yok pagi-pagi bukak periuk?' jangan la curi-curi makan ye.. orang lain mungkin tak nampak tapi Allah swt sentiasa nampak...
Hari minggu lepas aku sempat jugak la bersahur dan berbuka kat kampung dengan keluarga.. dah lama jugak tak balik.. Rindu nak makan masakan mak.. hehe.. Selain meluangkan masa dengan keluarga, tujuan aku balik sebenarnya nak kemas barang-barang aku yang bertimbun.. aku pun tak tahu la apa yang aku simpan sampai penuh bilik tu.. buku-buku la kot yang banyak.. So, lepas dah kenyang sahur dan subuh, bermula lah 'ops buang kasi bersih'...
Bila aku punggah-pungah, patut la pun banyak barang.. Buku sekolah menengah dari Form 1 pun aku simpan lagi... SAYANG kot nak buang... buku teks form 1 sejarah pun ada lagi.. bila aku belek-belek, hmmmm... boleh guna lagi ni... banyak kisah-kisah sejarah.. lepas tu jumpa pulak set kertas ujian sekolah menengah.. siap jawapan dengan markah lagi... set kertas SPM pun ada jugak.. bila aku belek .. hmmm.... 'SAYANG pulak nak buang.. siap ada jawapan lagi'... Fuhhh... tak cerita pasal nota-nota masa belajar UiTM lagi... tapi... kalau aku asyik SAYANG je, macam mana nak kasi bersih?
semak dengan buku..
Pening jugak bila nak buat keputusan mana satu nak buang.. Cuba korang bayang kann..... korang nak exam.. korang beli buku nota, pen warna warni.. korang sanggup stay up nak tulis nota tu.. sampai habis dakwat.. korang tulis cantik-cantik.. siap warna-warna lagi... pastu compile.. filing cantik-cantik.. dan sekarang, korang kena buang nota tu sebab bilik dah penuh.. SAYANG wo.. ni tak termasuk barang-barang lain lagi..
Tu la problem utama aku bila nak kemas barang ni.. Terlalu SAYANG kan barang.. dan suka menyimpan.. walaupun barang tu aku dah memang tak guna, tapi sebab aku SAYANG, aku sanggup simpan sampai sekarang..
So, lepas membuang sikit perasaan SAYANG tu, ini je la yang aku mampu buang... yang lain tu, sambung lain kali la ek...
Untuk dibuang/recycle
ps: bubur lambuk kampung baru sedap..
5 komen SUEPERBS...:
banyaknya buku
semuanya sayang..apa yg nak dibuang?? :)
sedekah la buku tu..
nadia pun ada rasa syg nak buang.
So,amik inisiatif sedekah kat org lain yg memerlukannya. :)
jangan buang ..simpan buat khazanah.. hehe
Post a Comment