sueperb pages

Jul 15, 2012

Cerr Try - Rock Climbing di Damai Batu Caves..


Assalamualaikum dan  salam sejahtera..

Pegi mana cuti minggu ni? Sogo sale? haha.. Nasib baik lah aku bukan kaki Sale.. Jalan jem panjang kat KL tadi.. nak pergi Sogo lettew.. 

Sebenarnya niat asal aku hari ni nak pergi Pikom Pc Fair kat KLCC.. Pikom PC Fair start 13 hingga 15 Julai.. Nak survey tenet yang best dan berbaloi.. Tapi belum sempat nak gerak, kawan aku kol ajak pergi Rock Climbing.. Serius aku tak pernah panjat batu (rock climbing la) sebelum ni... Memandangkan kawan aku dah ajak, aku cancel la niat nak pergi KLCC tu..

Jom panjat batu... sebelum panjat pergi singgah makan dulu.. Tempat rock climbing tu kat Batu Caves.. Yang mencabar nya rock climbing ni bukan dalam bangunan.. bukan dinding yang dah siap batu tu.. ni natural punya.. hehe.. 

Batu asli... Ada berani? 

Bila tengok batu-batu tu dah mula rasa cuak dah.. tapi hati tetap rasa teringin nak cuba panjat.. memandangkan kitorang first time nak panjat, so sebelum apa-apa kitorang di beri penerangan tentang alat-alat dan asas-asas rock climbing ni.. (ok.. banyak yang aku dah lupa apa yang instuctor tu terangkan tadi.. hehe )

Sebelum kitorang panjat, Abe Nasa selaku instructor kitorang tunjuk demo macam mana cara panjat yang betul.. memang senang lah dia panjat... 

orang Pro panjat.. 

Lepas demo, kawan aku panjat dulu.. dia pernah panjat dinding yang kat dalam bangunan tu.. so tak ada masalah sangat la nak naik.. lepas tu aku pulak.. lepas aku kawan aku lagi sorang pulak.. (kitorang bertiga je)

Budak ni dah tak sabar nak panjat.. 

mulakan dengan Bismillah ye..

Tadaa.... Dah sampai... hehe...

Menggigil jugak la kat atas tu bila tak dapat grip batu betul-betul.. lagi pun aku tak pakai kasut khas untuk climbing.. Abe Nasa cakap kasut untuk panjat batu ni paling murah dalam RM300.. okeyh.. kasut sukan biasa susah nak lentur.. tu yang senang tergelincir tu...

Rasa lenguh jugak tangan ni.. tapi bila dah sampai atas memang seronok.. (bukan atas gunung.. hehe..) buat first timer jangan berangan la nak panjat sampai atas.. tinggi woo... mau kejang tangan kat atas tu.. bak kata abe Nasa, ''kalau jatuh dari atas tu, tulang tak patah , MATI...'' errkkk... apa pun jangan la risau, diorang semua dah pro... tak kan suka-suka nak bagi korang jatuh pulak.. heh.. ada rasa nak cuba tak? Cerr try, cerr try...

Merah tak tangan lepas 2 kali panjat?.. 





ps: Teringin nak buat flying fox, daki gunung, bungee jumping... 

8 komen SUEPERBS...:

Anonymous said...[Re perbs]

best best,, nk g jugak lah.. da lame ngidam..

sue perbs.. said...[Re perbs]

@iMahmengidam jugak ke.. hehe.. try2.. memg best

cik ery said...[Re perbs]

bestnye!mahal tak?

sue perbs.. said...[Re perbs]

Cik ery.. Tk mhal mcm rock climbung dlm bngunan tu.. Murah je..

Rean said...[Re perbs]

bestnye aktvt outdoor mcm ni! hehe.. sekali panjat kena byr berape ni? mcm nk pergi satu hari nnt kalau ada kesempatan :)

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Bobobest.. yg sy pegi ni rm10 jer sorg.. suke ati nk pnjt brape kali..

Ini Mashi said...[Re perbs]

Ahh.. suke2... teringin nak rock climbing!! Sue, nanti ajak Najmah, kausar & lain2 gi nak?

sue perbs.. said...[Re perbs]

nk try ke? hehe.. boleh2.. diorg nk ke pnjt2 ni?