sueperb pages

Jan 24, 2011

Pagi ku yang panjang…



warghhh... ngantok nya saya..



Anda mungkin selalu rasa mengantuk dan tak bersemangat bila bngun pagi2.. kalau tak selalu pon mesti pernah sekali dua.. lepas tu kena pegi kerja pulak tu.. rasa macam tak mau lepas je bantal tu…  kalau tak kerja nak makan apa pulak kan.. memikirkan hutang rumah yg 20 tahun lagi nak settle, hutang kereta, bil eletrik, bil hp, terpaksa anda gagahkan juga diri untuk bangun… mandi sampaikan sambil pejam mata.. baju pon cari yang tak payah gosok..  Breakfast nak kunyah roti pon sampai tak terlarat.. macam mana nak settle kan masalah ni ?

Disebabkan hari ni Isnin, mood nak pergi kerja tu lain sikit.. dah 2 hari cuti memang la pon.. rasa macam tak cukup je.. rasa nk extent sampai seminggu lagi je…
Pagi tadi macam biasa keluar rumah pukul 7.30 ( harini terlewat sikit = 7.45)… dengan langkah yang perlahan menuju ke LRT.. touch n go..  naik escalator… dah nak sampai atas tempat nak naik train, nampak train masih lagi terbuka pintunya.. oleh kerana sangat malas nak berlari aku jalan dengan slow saje buat2 tak nampak train yang macam memanggil-manggil melambai lambai suruh aku masuk.. ah.. malas aku nak berlari pagi2 ni.. tak pasal2 kalau terjatuh mana nak letak muka… dengan langkah yang lemah longlai, aku duduk  dulu  sementara tunggu next train.. macam tak sampai seminit train lagi satu datang.. oh train 2 koc je.. kontot sangat.. tak nak la naik ( memilih pulak dia! Padahal dah pukul berapa ni..)


train 2 koc... kontot je...


Dengan berlagak angkuh dan sombong nya… aku pon tunggu la next train… tak sampai seminit tunggu, sampai lagi satu train.. wokeyh 4 koc… aku pon naik… 4 koc pon tak ada tempat duduk jugak… so aku pon macam biasa berdiri sebelah pintu.. nak tengok pemandangan la konon nye.. nak sampaikan ke dang wangi tu lebih kurang 30 minit jugak la.. setiap stesen berganti stesen, orang semakin rmai.. okeyh aku dah tersepit di sebelah pintu.. rilex2.. kat kl sentral ramai keluar ramai jugak yang masuk… okeyh.. biasa la tu.. cepat la pintu tutup jangan bagi orang masuk lagi.. lepastu pintu dah nak tutup ada jugak orang lari nak masuk.. dah tersepit sikit kat pntu.. nasib baik la dia tersepit sikit je.. dah biasa kot.. padan muka.. tunggu la train lain.. ( hehe.. jahat pulak aku nih)..


train 4 koc... baru la syiok nak naik.. hihi


Oh I need space.. dah dalam tanah takda pemandangan nak tengok, aku pandang dinding saja la.. sambil memejam mata yg kenapa payah sangat nak bukak ni, aku rilex.. dah sampai stesyen aku keluar dengan slumber.. ok nak ke kanan ke kiri? Kiri ada escalator, kanan kena naik tangga.. nak ke kiri macam jauh sikit.. takpa la aku naik tangga je la.. orang kat depan ni naik tangga slow macam kura2 pulak… aku pon terpaksa slow kan diri jugak la.. (alasan je tu.. hehe)..
Ok.. nak keluar pon kena beratur panjang ke.. “Touch n Go” punya tagline ‘life in the fast lane’… oh begini ke tahap  “fast” nya tu.. ok rilex ar.. macam aku laju sangat je kan.. ehehe.. beratur macam nak naik bas UiTM je aku rasa (naik bas UiTM lagi mencabar kot).. huhu.. langkah masih slow.. keluar dari stesen menuju ke luar.. nak naik jambatan pulak menuju ke tempat lintas.. rilex.. biar lambat asalkan selamat.. nak turun tangga jambatan tu lampu melintas dah berbunyi tanda boleh melintas.. 20 saat untuk melintas.. ok macam biasa aku malas nak berlari kejar.. tunggu the next cross light..


Dah melintas dengan selamat maka berjalan la aku ke menara itu.. tempat aku berpraktikal… rilex.. belum pukul 8.30 lagi.. aku masuk dengan slumber.. sambil tu terfikir nak amik “The Sun” free ke tak nak? Tak apa la… aku jalan terus je.. kalau nak ‘The Sun’ kena belok kanan.. my heart says "go straight dont belok2".. (bukan jauh sangat nak ambil… haisy)..  tak apa la.. aku bukan baca sangat pon.. terus je ke lif… ok.. lif ni sekejap je dah bukak.. aku masuk dengan orang2 yang macam sungguh bersemangat nak kerja.. siap bawak nasi lemak beli kat kedai bawah.. tingkat 10 dah ada org tekan.. so aku terus ke bahagian belakang lif.. tingkat 5, seorang turun.. Next tingkat aku pulak turun.. sorang tu kat depan pintu… aku kat belakang.. so kena la “excuse me, excuse mua”… semua gelabah kesian.. bagi la laluan kat budak ni..  sampai kat pintu nak keluar.. pap!(aku tak tau camana nak buat bunyi nya) Bunyi apa tu? (dalam hati) okeyh.. aku telah dihimpit pintu lif.. boleh pulak aku blurr.. haisy.. terdengar suara2 diblakang.. (adoi… arghh.. sakitnye..kesian sakit. adeh)… ehh??.. siapa yang kena himpit pintu sebenarnya ni? Dengan tak pandang belakang aku control jalan straight… sebelum tu aku rasa ada cleaner nampk kejadian ni.. dia nak naik lif sekali kot.. ok aku tak pandang siapa2 dah.. keluar terus dari lif.. eh.. tingkt berapa pulak ni? Eh mana pulak kafe? Selalu tingkat 10 ada kafe.. macam library pulak ni.. (dalam hati berkata)… aku tak kisah… yang penting aku belok kiri pergi ke toilet.. kat toilet baru aku rasa tersdar diri sikit… adoi.. tulang bahu aku.. sakit nya (serious lambat nya reseptor aku bagi effect)… like daa..


argh... tersepit... nak keluar... tolong saya!


Tengok jam.. eh dah nak dekat pukul 8.30.. keluar balik nak pastikan aku kat tingkat berapa ni.. oh tingkat 7.. aku pergi kat lif nampak cleaner indon tu pandang aku tersenyum senyum… eh kenapa senyum2 ni? Nak balas snyum ke? maybe dia nampak kejadian tadi.. Hmm.. buat muka slumber je laa.. tunggu la kat lift tu.. nak naik tangga macam malas pulak sampai ke tingkat 10 pulak tu..  ok… tunggu saja la.. cleaner ni tak habis pandang2 aku..  haisy.. lambat pulak lif ni…………    the end…


ai.. saya pemalu.. pakai macam ni boleh?

oleh kerana kejadian itu, aku tak ngantuk dah pagi2.. hehe.. iyo yo 'o' je.. Cerita ni pendek dah jadi panjang.. heheh.. pengajarannya, bersemangat la di pagi hari… peace semua..
  \`\(*_^) /`/ 

Jan 21, 2011

C.N Blue - I'm A Loner MV

Untuk suke suki kali ni aku nak review lagu korea pulak... kalau korean fans mesti tau lagu ni...
"oetorya" dari CN BLUE.. Yong Hwa tu korang mesti kenal... alaa.. yang berlakon you are beautiful tu... tak kan tak kenal?









lagu ni best... suka sangat... dan menjadi lagu alarm clock hp ku.. heheh... dan mesti korean fans tau cerita "we get married" yang ada Yong Hwa dengan Seo Hyun dari kumpulan SNSD... aku tau benda2 ni pon sebab roomate aku sem lepas yang agak fanatik dengan korea ni.. and thanx to my old friend Muhd Shafiq because sudi berkongsi cerita2 korea dengan aku... dah penuh hard disk aku ni dengan cerita.. dan banyak yang tak sempat nak tengok.. tak lupa kepada kak lyn yang selalu supply cerita2 kat aku, dan my ex roomate... ain, nurul, kak ain aimal, ira, emmy dan siapa2 yang telah menyumbang.. hehe.. ni nak review lagu ke nak buat ucapan ni? haisy..


sedikit info kalau nak tahu pasal CN Blue..


Members:
New Leader
Name: Jung Yong Hwa
Birthdate: 06/22/1989 (21)
Blood Type: A

Previous leader
Name:Lee Jong Hyun
Birthdate: 05/15/1990 (20)
Blood Type: O

Name: Kang Min Hyuk
Birthdate: 06/28/1991 (18)
Blood Type: A

Name: Lee Jung Shin
Birthdate:09/15/1991 (18)
Blood Type: A





Yong Hwa same age dengan aku la... hehe... muda2 la band members CN Blue ni..
video kat atas ni siap ada translation lagi.. siapa2 nak belajar bahasa korea sikit2 boleh la tengok..


ok la.. itu je kot.. nak review lebih2 aku tak expert sangat... enjoy.. *_*

Jan 19, 2011

Kenapa saya tak macam dia??


Kasha mengadu nasib dengan suaminya Joned. Dia selalu merendah dirinya dan kurang yakin pada diri sendiri. Semasa bersama-sama menikmati minum petang, dia megadu nasib dengan Joned setelah begitu lama dipendamkan..

Joned : Kenapa muram sayangku Kasha ?

Kasha : Hmmm... Tengah berfikir.. kenapa saya tak macam Sally tu.

Joned : Maksud awak?

Kasha : Ye la.. Kenapa saya tak tinggi mcm Sally tu?... kaki dia cantik betul.. kalau pakai skirt boleh nampak kakinya yang cantik tu.. memang layak la dia jadi model... berjalan pon penuh confident.. dengan kasut tinggi dia memang nampak elegan la..

Kenapa la sy tk mcm Sally tu... tak pandai make up cantik2.. tak pandai bergaya.. Sally selalu up to date dengan fesyen-fesyen terkini.. berjalan pon dah macam model.. kalah artis-artis barat tu..  Rambut dia cantik sangat.. selalu berwarna macam aktres... glamour sungguh... Setiap kali dia lalu mesti ada je mata yang memandang...

Kenapa ye sy tak boleh jadi macam Sally tu  ye? untung gazali dapat "girlfren" macam Sally tu.. selalu saya nampak mereka berdua... romantis sungguh.. makan berdua, shoping berdua, joging berdua, pergi balik kerja pon berdua.. bulan lepas diorang melancong berdua kat bandung, rapat sungguh la mereka tu..

Kenapa sy tak berbakat macam Sally tu.. Malam diner haritu sedap sungguh dia menyanyi.. menjerit macam celine dion.. menari pun bukan main rancak lagi... memang pandai sungguh dia hiburkan orang2 yang datang.. dah tu ramai pulak yang bersorak untuk dia..

Bukan tu je...  Sally tu dah la pandai, rajin pulak tu cari duit. Siang kerja ofis, malam menyanyi di kelab...ada rumah besar, kereta pon mewah.. pakaian semua branded2 je.. kenapa la saya tak kaya mcm dia ye ?

Joned : Awak tak tau ke knapa ?

Kasha: ???

Joned : Sebab dia tak macam awak. Awak pandai menjaga maruah diri.. Awak tak pakai pakaian ketat2, seksi2 menunjukkan susuk tubuh.. Awak menutup aurat dengan sempurna... awak tak semurah dia...

Dia tak secantik awak.. awak cantik bertudung.. awak menjaga mahkota awak dengan sebaik-baiknya. Awak tak menonjolkan kecantikan awak melainkan untuk sy.

Dia tak kaya macam awak... Awak kaya dengan budi bahasa... sopan santun.. Selalu menjaga batas pergaulan

Suara dia tak semerdu suara awak..  Suara awak sungguh merdu bila mengalunkan ayat-ayat Al-Quran..  alunan bacaan yang boleh menusuk jiwa dan menjadi renungan orang yg beriman..

Dia tak semulia awak.. dia bukan berdua dengan boyfren dia.. sebenarnya bertiga... apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan maka terdapat lah org ketiga iaitu syaitan..

Jadi awak dah tau kan jawapan nya.. Awak tak macam dia sebab dia tak macam awak...
Bersyukur la dengan nikmat yang Allah telah berikan dan jaga lah sebaik mungkin..
Nikmat di dunia hanya sementara... nikmat di akhirat itu yang akan kekal selama-lamanya... 


..................