sueperb pages

Jul 15, 2012

Cerr Try - Rock Climbing di Damai Batu Caves..


Assalamualaikum dan  salam sejahtera..

Pegi mana cuti minggu ni? Sogo sale? haha.. Nasib baik lah aku bukan kaki Sale.. Jalan jem panjang kat KL tadi.. nak pergi Sogo lettew.. 

Sebenarnya niat asal aku hari ni nak pergi Pikom Pc Fair kat KLCC.. Pikom PC Fair start 13 hingga 15 Julai.. Nak survey tenet yang best dan berbaloi.. Tapi belum sempat nak gerak, kawan aku kol ajak pergi Rock Climbing.. Serius aku tak pernah panjat batu (rock climbing la) sebelum ni... Memandangkan kawan aku dah ajak, aku cancel la niat nak pergi KLCC tu..

Jom panjat batu... sebelum panjat pergi singgah makan dulu.. Tempat rock climbing tu kat Batu Caves.. Yang mencabar nya rock climbing ni bukan dalam bangunan.. bukan dinding yang dah siap batu tu.. ni natural punya.. hehe.. 

Batu asli... Ada berani? 

Bila tengok batu-batu tu dah mula rasa cuak dah.. tapi hati tetap rasa teringin nak cuba panjat.. memandangkan kitorang first time nak panjat, so sebelum apa-apa kitorang di beri penerangan tentang alat-alat dan asas-asas rock climbing ni.. (ok.. banyak yang aku dah lupa apa yang instuctor tu terangkan tadi.. hehe )

Sebelum kitorang panjat, Abe Nasa selaku instructor kitorang tunjuk demo macam mana cara panjat yang betul.. memang senang lah dia panjat... 

orang Pro panjat.. 

Lepas demo, kawan aku panjat dulu.. dia pernah panjat dinding yang kat dalam bangunan tu.. so tak ada masalah sangat la nak naik.. lepas tu aku pulak.. lepas aku kawan aku lagi sorang pulak.. (kitorang bertiga je)

Budak ni dah tak sabar nak panjat.. 

mulakan dengan Bismillah ye..

Tadaa.... Dah sampai... hehe...

Menggigil jugak la kat atas tu bila tak dapat grip batu betul-betul.. lagi pun aku tak pakai kasut khas untuk climbing.. Abe Nasa cakap kasut untuk panjat batu ni paling murah dalam RM300.. okeyh.. kasut sukan biasa susah nak lentur.. tu yang senang tergelincir tu...

Rasa lenguh jugak tangan ni.. tapi bila dah sampai atas memang seronok.. (bukan atas gunung.. hehe..) buat first timer jangan berangan la nak panjat sampai atas.. tinggi woo... mau kejang tangan kat atas tu.. bak kata abe Nasa, ''kalau jatuh dari atas tu, tulang tak patah , MATI...'' errkkk... apa pun jangan la risau, diorang semua dah pro... tak kan suka-suka nak bagi korang jatuh pulak.. heh.. ada rasa nak cuba tak? Cerr try, cerr try...

Merah tak tangan lepas 2 kali panjat?.. 





ps: Teringin nak buat flying fox, daki gunung, bungee jumping... 

Jul 12, 2012

Keje Shift atau Fix Hour..




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rindu nya nak menulis dalam blog ni.. Bukan la busy sangat.. cuma line tenet yang problem.. rasa macam nak tukar lain la.. emmmm

Berbalik kepada tajuk entri ni.. Keje shift? Ape beza nya shift dengan fix hour? sebenarnya sebelum ni aku memang keja fix hour..  sepatutnya 9 pagi  sampai 6 petang la.. kalau balik lambat tu sebab kerja banyak.. Tapi mula dari minggu ni, kami kena kerja ikut shift..waktu balik kena balik..  tak boleh balik lambat suka hati... 6 pagi sampai 2 petang dan 2 petang sampai 10 malam.. 

Aku dpat shift pagi sebab perempuan bahaya balik lewat.. kawasan tempat kerja aku tu pun ada banyak kes jenayah.. (harap dijauhkan benda-benda buruk tu)..  

So, lepas hampir seminggu kerja shift ni, bagi pendapat aku la, keje shift ni lagi best.. sebab nya pukul 2 dah balik dah.. so, boleh la buat benda lain... jalan-jalan ke... tapi nak bangun pagi tu la yang liat sikit.. ye lah kan.. tak biasa bangun pukul 5 pagi... hehehe... 

Setakat ni, boleh la bangun pagi,.. yang penting jangan tidur lewat sangat la... tapii.. kalau dapat shif petang tu yang tak best tu... balik pukul 10... kalau masa bulan Ramadhan? hmmmmm... 

Kesimpulan nya memang ada yang suka dan yang tak suka.. kerja shift ke tak yang penting jaga lah kesihatan diri anda ye... jangan sampai tak ada masa langsung nak diluangkan dengan keluarga... ^_*




ps: shif ke shift? belasah je la.. hehe


Jul 1, 2012

Oh Roti Canai..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa tak pernah makan roti canai? kamu? nampak sangat menipu.. hmmm...

Roti canai ialah makanan tradisi rakyat Malaysia. Siapa tak tau apa tu roti canai? Roti canai biasanya dimakan dengan cicah kuah kari atau kuah dal.. roti canai ada macam-macam jenis.. Favourite ku roti telur banjir.. kuah dal... perghhh... bunyi-bunyi pulak perut ni.. 

kalau hari-hari sarapan roti canai mesti perghhhh..... bertambah-tambah la berat badan ni kan.. hehe.. 

Buat roti canai bukan senang.. aku teringin nak tebar roti canai.. nak tebar roti canai kena ada skill tersendiri.. aku google punya google terjumpa banyak video-video tebar roti canai... bukan sekadar roti canai biasa.. roti canai terbang pun ada.. no ha tengok la skill dia



agak-agak orang yang makan pon boleh terbang tak??


hmm... dan yang ini pulak video Johan Raja Lawak yang buat roti canai.. Ni adalah denda sebab pasukan EURO pilihan Johan telah tewas awal berbanding pasukan pilihan Ray dan Hanif  untuk cabaran JOHARA Euro.. So Johan kena cipta sendiri satu resepi roti canai...Tengok lah





Nak rasa jugak roti canai Johan ni.. dah ada jual tak? hehe..