Jan 18, 2013

Jom Baca Buku dalam LRT.. khas untuk peminat karya Ramlee Awang Mursyid...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Suka baca buku? Selalu naik LRT? Minat karya Ramlee Awang Mursyid? Ni ada satu event ni.. memang special.. tarikh pada 19 Januari 2013..

Baca @ LRT anjuran RAMFC

Antara aktivitinya 

10.00 pagi - berkumpul stesen masing-masing. Kenali, tegur dan ikut ejen BACA@LRT di stesen anda.

10.30 pagi - Kumpulan Terminal Putra akan mula bergerak dari stesen. Ejen dalam tren akan sms ejen di setiap stesen sebelum tren dari Terminal Putra tiba di stesen berikutnya.

11.30 pagi - Tiba di Stesen Kelana Jaya. Sesi mengambil gambar kenangan.

12.00 tghari – Naik semula tren untuk ke LRT Taman Jaya dan berkumpul sebuah taman berhampiran stesyen yang juga bernama 'Taman Jaya' untuk Sesi Tandatangan bersama Tuan Ramlee Awang Murshid dan juga sesi sampingan perkongsian pengalaman dan ramah mesra anjuran RAMFC.

Dijangka bersurai jam 2.30 petang.



Antara yang menarik..

Menanti di Taman Jaya - Akademi RAMtasia, Mangala Menganas, Pangilan Zonan & banyak lagi.

Juga boleh dapatkan edisi terhad cenderamata RAMFC 'Aku Bercerita' dan Stok Terhad novel 'Aku Bercerita' ...


Novel Aku Bercerita..




credit to RAMFC... info lanjut klik SINI



ps: aku nak pergi sangat tapi macam tak ada kawan je sudi teman.. jom la .. bukan selalu...




1 komen SUEPERBS...: