sueperb pages

Dec 28, 2010

Penjadualan dan penstrukturan....

Penjadualan dan penstrukturan semula (Reschedule and restructure) ..


Penjadualan dan penstrukturan semula dilakukan atas sebab syarikat yang membuat pembiayaan dengan bank tidak mampu membayar secara tetap installment yang telah ditetapkan monthly atas sebab-sebab tertentu. Ini untuk mengelakkan syarikat daripada menanggung kerugian akibat daripada pembayaran installment kepada bank itu. Dengan itu bank melakukan penjadualan atau penstrukturan semula bagi mengelakkan syarikat menanggung rugi.


Penjadualan semula
Contoh penjadualan semula..
Jumlah pembiayaan : RM300 000
Tempoh pembiayaan: 5 tahun
Monthly installment: RM 5 000








Syarikat Ebby Healthcare mendapat pembiayaan dari bank bagi modal kerja iaitu membeli bahan mentah seperti ubat-ubatan, alat-alatan seperti picagari dan sebagainya. Tempoh pembiayaan ialah 5 tahun. Sepanjang tempoh 36 bulan, Ebby Healthcare bayar kpd bank tepat pada masa tanpa sebarang masalah. Tetapi bulan berikutnya syarikat menghadapi masalah kerana sebuah hospital kerajaan baru dibina tidak jauh dari premis mrk. Oleh itu pesakit lebih prefer pergi ke hospital kerajaan kerana kos yang lebih rendah. Ini memberi effect kepada keuntungan Ebby healthcare. Oleh itu syarikat memohon untuk mlakukan penjadualan semula bagi mengurangkan monthly installment supaya dapat menanggung kos-kos lain disamping mengelakkan kerugian kepada syarikat.


Jadi.. dalam tempoh (a), Ebby Healthcare membayar monthly installment kepada bank sebanyak RM 5 000 sbulan. Setelah penjadualan semula, monthly installment berkurang kepada RM 3 000 sebulan untuk tempoh (b). Tetapi pada akhir tempoh pembiayaan, syarikat perlu membayar baki pembiayaan yang belum langsai secara ‘bullet payment’ yang bermksud bayar semua. Tempoh pembayaran balik pembiayaan boleh juga di panjangkan tapi Bank tidak boleh mengecas keuntungan selepas tempoh asal pembiayaan. Sebabnya, kalau Bank kenakan kadar keuntungan, harga jualan tentunya akan berubah dan ini akan menyebabkan akad terbatal.


Contoh simple pengiraan:
1-36 bulan = RM 5 000 x 36 bulan
= RM 180 000
37-60 bulan = RM 3000 x 24 bulan
= RM 72 000
Baki pembiayaan = RM 300 000 – (RM 180 000 + RM 72 000)
= RM 48 000
*RM 48 000 perlu dibayar secara terus atau ‘bullet payment’.




Tapi macam mana pula kalau syarikat tak dapat nak bayar baki pembiayaan itu secara ‘bullet payment’? Di sini penstrukturan akan dilakukan bagi membiayai semula Ebby Healthcare.


Penstrukturan semula
Penstrukturan berbeza dengan penjadualan di mana penstrukturan melibtkan perubahan akad kerana harga jualan boleh berubah akibat daripada perubahan kadar keuntungan dan syarat-syarat lain . Dalam rukun jual beli terdapat 5 prkra iaitu penjual, pembeli, barang yang di jual, harga, dan akad. Kalau dalam penjadualn, akad berubah.. kenapa? Sebab salah satu rukun jual bli iaitu harga akan berubah dalam kaedah penstrukturan ini.


Nak lagi nampak bezanya.. macam ni ye.. kalau dalam penjadualan semula, walaupun monthly repayment berkurg tapi di akhir tempoh iaitu di bulan ke 60, Ebby Healthcare perlu bayar semua baki, jadi harganya akan sama dengan harga seperti dalam akad iaitu RM 300 000.. dan klau tempoh dilanjutkan sekali pun, bank tak boleh mengenakan kadar keuntungan.. bank tak menggalakkn kaedah panjangkan tempoh ni sebab tentu la bank akan rugi. Tapi dalam penstrukturan, harga jualan akan berubah kerana dalam penstrukturan akad berubah di mana perubahan kadar keuntungan akan mengubah harga jualan.
Secara umumnya, penstrukturan semula bermaksud tutup akaun lama dan buka akaun baru. Kalau dalam penjadualan semula, akad tak berubah tapi dalam penstrukturan semula, semua berubah melibtkan harga jualan, tempoh pembayaran, jenis dana, keuntungan, dan lain2.


Sekian simple explanation dari saya…
Special thanx to En Amran and the gang… ^_*…

0 komen SUEPERBS...: