sueperb pages

Apr 30, 2012

Usha-usha Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ..PWTC 27 April - 6 Mei 2012...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tadi sempat jugak singgah PWTC usha-usha pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur kat situ.. memandangkan aku pergi hari ahad, tentu-tentulah ramai orang kat sana.. aku pergi pun dah petang sangat..

Memang banyak sangat booth kat sana.. aku tak sempat usha semua... yang sempat usha ialah booth Karangkraf, Ana Muslim, Popular, MPH, PTS, Galeri Ilmu dan booth-booth yang berdekatan je.. memang tak sempat usha semua.. balik pun dah malam.. diorang siap-siap nak tutup booth dah..

Booth yang paling lama aku usha ialah Karangkraf.. Dewan tu memang penuh la dengan buku... fuhhh.. rambang mata aku nengok buku-buku yang banyak tu.. 



Booth Ana Muslim


Kat sini memang rambang mata.. semua koleksi Ramlee Awang Mursyid weyh..


Promosi-promosi... mari-mari beli..


Bahagian Buku RM 10.00.. pilih-pilih...



Jalan-jalan punya jalan perut pun lapar.. memandangkan mall depan PWTC tu pun macam dah nak tutup, kitorang singgah KFC je la.. KFC kat Jalan TAR sebelah Patama ... masa ni, Sogo pun nak tutup dah... alhamdulillah selamat makan... walaupun semalam kecoh dengan perhimpunan 'CLEAN' dekat KL.. yeahh.. selesai makan, balik lah.. nak merayap mana lagi malam-malam ni... esok kerja ye.. jangan ngada-ngada nak MC.. huhu... 


Ni je la yang sempat aku beli tadi... 



p/s: sory la kualiti gambar tk berapa bagus.. tak mampu weh nak beli DSLR.. heheh


Apr 28, 2012

Sunan Musafir..





Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Peminat-peminat karya Ramlee Awang Mursyid mesti dah tak sabar-sabar nak baca karya terbaru beliau selepas Fiksyen 302 kan?? 

Aku pun sebenarnya tak sempat habis lagi baca Fiksyen 302 tu, tapi tetap nak beli jugak buku Sunan Musafir ni.. hehehe

Mengikut Fan page RAMFC, buku Sunan Musafir ni akan ada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC nanti dengan cetakan khas dalam edisi kulit keras... terhad 1000 naskhah je dengan harga RM 33.00...  huisyh.. memang la aku nak edisi khas ni.. harap-harap dapat la..

Tuan Ramlee Awang Mursyid akan berada di Pesta Buku untuk sesi temu mesra penulis pada 1,4,5 & 6 Mei nanti...untuk makluman lanjut boleh usha-usha la page RAMFC ye... 




p/s: bila nak pergi Pesta Buku kat PWTC ni?

Apr 21, 2012

Pengaruh jangan terpengaruh...



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Korang jenis mudah terpengaruh ke tak? contohnya terpengaruh dengan iklan-iklan kat TV, terpengaruh dengan kawan dan pengaruh-pengaruh lain la... 

Ada pengaruh yang membawa kebaikan, ada pengaruh yang membawa keburukan.. Ini mungkin perkara biasa.. bila kawan pakai barang-barang cantik sikit, mulalah terpengaruh nak beli jugak.. bila kawan promote barang-barang ada je nak di beli nya... ye dak? (ok aku ngaku pon selalu terpengaruh jugak laa..)

Eh, sebenarnya aku nak cerita pasal terpengaruh lain laaa.. intro terpanjang pulak.. almaklumlah, lama dah tak menaip kat blog ni.. hehe.. 

Korang pernah tak rasa korang dah ok dengan sesuatu benda tu, tapi kawan korang selalu cerita-cerita benda yang buruk dan negatif je pasal benda tu.. sampaikan korang terfikir, teruk sangat ke benda tu? padahal korang ok je.. so, bila dah selalu sangat dengar kawan-kawan korang bercerita dan mengeluh  pasal benda tu, sedikit sebanyak minda korang ada terkesan sikit la .. hmmm... boleh faham tak ni? 

So, apa yang aku cuba nak sampaikan di sini ialah, jangan la mudah terpengaruh dengan benda-benda negatif ni.. kalau boleh elak kan terlalu rapat dengan mereka-mereka yang selalu je berfikiran negatif.. sebab kalau macam aku ni, memang la boleh berfikir mana baik dan mana buruk, tapi kalau dah selalu sangat negatif, susah jugak nak bagi positif.. ye dak?






Huhu... ok lah.. aku rasa macam aku berceramah sorang-sorang je ni.. sebelum tamat, aku nak cakap thanx la kepada yang masih sudi melawat blog ni.. seriously, aku memang sangat susah nak update sejak akhir-akhir ni.. Tapi bila tengok ada pelawat, rasa seronok sangat.. hehe.. bye-bye semua..





p/s: family day esok.. tak kemas barang lagi... heee.. ^_*