Oct 10, 2015

Usha-usha Graphic Tablet Wacom..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
8 bulan dah tak update.. Nampak sangat malas nak menaip. Hehe.. Busy sikit la..
 
Ok sebenarnya nak bagitahu sue baru beli graphic tablet. Ala yang tablet selalu designer guna tu untuk lukis-lukis. Walaupun sue ni bukan la designer, asas design lagi la tak tahu..  tapi dah lama rasa teringin sangat nak guna graphic tablet ni.. nak jugak try lukis-lukis dan design sendiri kan..
 
Sue beli online je kat LAZADA. Sebelum ni dah banyak la survey graphic tablet ni.. kebanyakannya guna brand 'WACOM'.. Antara brand lain yang ada kat Lazada tu macam 'Huion',Gaomon,Genius dan banyak lagi.. Korang search je graphic tablet kat web Lazada tu. Selain Lazada kat LELONG pun ada. tapi sue beli kat Lazada sebab kat situ ada banyak promo baucer. Ada banyak diskaun dia tawarkan.
 
Setelah survey punya survey, dan mempertimbangkan bajet yang ada, akhirnya sue pilih untuk beli Wacom Intuos Pen & Touch Graphics Tablet CTH480/S2..  
 
Korang kena rajin la scroll down kat web tu, cari kalau-kalau ada harga offer yang lebih murah.. Macam sue, memang dah banyak kali usha-usha brand ni dah, memang yang ni la yang termurah boleh dapat. so, dapat gaji barulah mampu untuk beli.. Sue memang dah ada akaun dengan Lazada ni, so senang la nak beli.. Kebetulan Lazada ada offer 15% diskaun kalau beli guna mobile apps.. banyak tu boleh jimat.. so apa lagi.. download la..

Jimat RM 56.85.. Hihi..
 
Bila dah bayar semua, dia akan bagi la mesej status barang tu.. dalam masa 2 hari je barang tu dah dapat.. kat Lazada tu boleh jugak bayar masa dapat barang... tapi sue terus bayar je senang..

Sampai dalam masa 2 hari

tengok kotak pun dah smart..

barang yang ada dalam kotak

Korang akan kena install cd dalam tu, baru graphic tablet ni boleh digunakan. lepas tu korang perlulah register produk ni.. korang pun boleh install software yang Wacom provide untuk produk yang korang beli.. Macam sue, dah download 2 software..

Artrage..

Autodesk Sketchbook Express..


Sue pun baru je nak mencuba guna graphic tablet ni. seronok jugak sebab sebelum ni nak guna mouse memang susah.. lenguh tangan.. kalau korang nak beli, ikut la mana yang korang suka dan yang korang mampu..


Oh ye.. kalau ada instgram follow la saya di @sueperbs_art..




 

4 komen SUEPERBS...:

Fara Ada said...[Re perbs]

purpose sue beli ni mmg sue minat sketch ke sue?
eh mcm dah murah juga ye
rasanya dlu dok survey mcm beribu jugak 1 set..hmm menarik2..hehe

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Fara Ada nak kata minat sketch tu memang minat.. tujuan sebenar nak guna untuk design2.oh yeke.. maybe yg awk survey tu memang power punya kot.. sy beli yang paling murah je.. he3

Izz Latif said...[Re perbs]

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

Izz Latif said...[Re perbs]

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!