sueperb pages

Feb 16, 2015

Melissa Shoes Kini Di Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Harap semua sihat la ye. Kali ini saya nak kongsi cerita tentang kasut. Saya memang seorang yang suka dan selalu sangat berjalan. Pergi kerja balik kerja, perjalanan agak jauh dan saya memang sangat mementingkan keselesaan bila berjalan. Mesti la.. Kalau jalan jauh-jauh sampai sakit kaki, tak berbaloi la kan walaupun kasut tu cantik.

Di sini saya nak kongsi dengan korang satu jenama kasut yang berkualiti dengan rekaan yang sentiasa up to date iaitu ‘Melissa Jelly Shoes’. Kalau dulu kasut ni hanya di luar Negara, sekarang korang dah tak perlu fly Negara luar dah. Di Malaysia pun boleh dapat Melissa jelly shoes ni tau.

Di bawah ni antara design Melissa jelly shoes yang sangat cantik.


Bukan flat shoes sahaja, yang heels pun ada tau
 
 
Semua kaum wanita mesti nak kan kasut yang cantik, selesa dan bergaya. Bila kasut selesa dipakai, kita pun rasa lebih yakin untuk berjalan. Kenapa saya kata kasut ni selesa? Melissa jelly shoes ni diperbuat daripada material plastic. Dan untuk pengetahuan korang, Melissa jelly shoes ni juga pernah menang beberapa anugerah untuk rekaan yang kreatif dan inovatif. Tak hairan lah selebriti terkenal pun suka pakai kasut ni.
Antara selebriti yang memakai Melissa jelly shoes

 

So, korang tak teringin ke nak bergaya dengan Melissa Jelly Shoes ni? Ada banyak lagi tau design yang cantik-cantik. Korang boleh cari Melissa jelly shoes ni di The Gardens Mall. Kalau nak beli secara online pon boleh. Korang boleh beli koleksi Melissa shoes online di ZALORA Malaysia. Laman fesyen atas talian yang terbesar ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda. Selamat bergaya dengan Melissa Jelly Shoes ye.

 
http://www.zalora.com.my/women/melissa/
 

0 komen SUEPERBS...: