sueperb pages

Dec 28, 2012

Renungan bersama.. Salam Jumaat..

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Wahai anak Adam, Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkanNya dan para malaikat dan yang mempunyai ilmu (turut menyaksikan ) bahawa Ia mendirikan keadilan. Tiada Tuhan melainkan-Nya yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam, barang siapa yang menuntut agama selain daripada agama Islam, tidak sekali-kali diterima daripadanya dan di akhirat ia akan termasuk dalam golongan orang yang rugi.
Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barang siapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaati-Nya , berjayalah dia.

Barang siapa yang tahu tentang syaitan  dan mengingkarinya selamatlah dia

Barang siapa yang mengetahui kebenaran lantas menurutinya amanlah dia.

Barang siapa yang mengetahui kebatilan lalu menghindarinya, berjayalah dia.

Barang siapa yang mengenali syaitan dan dunia kemudian mengingkarinya, bahagialah dia.

Barang siapa yang mengetahui akhirat kemudian menuntutnya, dia akan diberi hidayah. Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada siapa yang Ia kehendaki dan kepada-Nya kamu semua akan  dikembalikan.

Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?

Bilamana Allah telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?

Bilamana Allah telahh menyediakqn gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?

Bilamana Iblis ialah musuh bagi Allah, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?

Bilamana balasan nanti ialah neraka, mengapakah kamu istirehat?

Bilamana ganjaran Allah itu ialah syurga mengapakah kamu melakukan maksiat?

Bilamana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuan-Ku, mngapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?

Agar kamu tidak kecewa atas apa-apa yang hilang daipadamu, janganlah lupa diri saat gembira ketika ia datang kepadamu.

Dan Allah tidak mengasihi setiap yang dusta dan yang bemegah.

(petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

Sumber buku U-Turn ke jalan lurus.

4 komen SUEPERBS...:

Anum said...[Re perbs]

salam petang jumaat
singgah ptg :)

Salina Mat Isa said...[Re perbs]

Terima kasih..renungan bersama..

aksarafendi said...[Re perbs]

sgt mnarik dan slh satu ilmu utk dikgsikan..tq

Syazana Zainn said...[Re perbs]

thanks utk renungan kite bersama :)