sueperb pages

Sep 4, 2012

Pengalaman PTD Asessment Centre (PAC ) 2012...


Assalamualaikum salam sejahtera..

Selamat hari raya yang ke.... berapa ye? tolong kira kan.. hehe

Sabtu dan Ahad hari tu, aku pergi ujian PAC.. Apa tu ujian PAC? Okey, mari aku terangkan sikit.. korang ada tak apply online untuk jawatan sektor awam di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam? Atau lebih senang faham, kerja kerajaan la.. Kalau baru nak apply, ni ha LINK dia.. 

Aku tak ingat bila aku apply, tapi yang pasti, bulan 5 hari tu aku dipanggil untuk ujian bertulis bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di UM... Alhamdulillah, first time pergi, aku lulus. Selepas lulus ujian tu, ada lagi satu ujian lagi sebelum layak dipanggil untuk temuduga. Dan ujian itu dinamakan PAC.. <boleh faham kan?? kan??> 

Kalau sebelum ni, aku dah banyak jengah blog-blog sebab nak tau macam mana PAC tu. kali ni, aku pulak nak kongsi pengalaman... harap-harap dapat la membantu bagi mereka yang nak pergi PAC pada masa akan datang.. Selepas 2 hari pergi untuk PAC ni, bagi aku la, memang agak sukar jugak sebab aku bukan la seorang yang banyak bercakap.. Mungkin bagi mereka yang banyak bercakap dan dah biasa berdebat ni, mesti tak ada masalah sangat..

Hari pertama pukul 8 dah kena daftar.. Borang-borang dah siap isi dengan gambar sekali.. Mula-mula nak daftar dah kena timbang berat dan ukur tinggi.. Lepas tu ambil nombor badan dan kena tangkap gambar dengan nombor-nombor badan tu sekali.. lepas tu ambil kunci dan letak barang-barang dalam bilik.. aku dapat bilik untuk 3 orang.. ada yang 2 orang satu bilik.. malang jugak la hari tu, sebab lif rosak, terpaksa la angkat beg berat tu naik tangga sampai ke bilik di tingkat 4... 

Lepas letak barang tu, kena turun untuk dengar taklimat.. lepas tu bersedia untuk Modul 1.. kitorang dibahagi kepada 10 orang dalam 1 kumpulan... Modul 1 ada 2 aktiviti.. untuk aktiviti pertama, kami kena berbincang dalam satu kumpulan berdasarkan kes dan soalan yang diberikan.. kes yang kami dapat tentang satu syarikat Pengeluar bahan binaan.. macam mana strategi-strategi untuk membangunkan syarikat tu.. Aktiviti ke dua pula perbincangan dalam bahasa inggeris.. kes dia berkaitan "leadership style".. style mana yang sesuai diguna pakai dalam sesuatu organisasi.. 

Selepas tu, berehat untuk makan tengah hari dan solat zohor.. dalam pukul 2 bersiap untuk modul 2 dan 3.. Dalam modul 2, kami dalam satu kumpulan kena merancang satu  projek.. projek Sukan Roller Blade Antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur.. disamping menggalakkan industri pelancongan.. Kami perlu merancang secara terperinci termasuk lah dari segi belanjawan, hadiah, aktiviti, lokasi, jalan-jalan yang akan dilalui dan yang berkaitan. Masa perbincangan ni, kami di uji di mana selepas selesai buat keputusan jalan-jalan yang nak digunakan, ,kami dimaklumkan jalan-jalan tu akan ditutup kerana ada rusuhan atau perhimpunan.. jadi lokasi di tukar kepada Putrajaya.. Jadi, kitorang kena bincang semula untuk program ni.. selain tu, kitorang diuji juga dengan masalah-masalah lain.. contohnya kalau tiba-tiba hari hujan, macam mana kami nak teruskan program tu..  untuk modul kali ni peserta-peserta di uji kebolehan menyelesaikan masalah.. siapa yang dapat menyumbang idea-idea bernas dan siapa yang mampu mengawal sesuatu keadaan dengan baik..

Modul ke tiga pula adalah dalam bahasa Inggeris.. Kami diberi situasi di mana kami dalam keadaan darurat.. kami perlu memilih 5 orang dari 10 orang ahli kumpulan untuk terus hidup di sebuah 'bunker'.. jika tidak memilih 5 orang, kami hanya boleh hidup untuk 2 tahun sahaja kerana sumber yang ada adalah terhad...  masing-masing diberi watak dan bagaimana setiap orang mempertahankan diri masing-masing layak untuk terus hidup.. selepas tu, kami dalam satu kumpulan masing-masing berdebat siapa yang harus dipilih untuk keluar dari 'bunker' tersebut.. kali ni memang agak susah sebab masing-masing ada kepentingan.. secara peribadinya, memang aku nak semua hidup dalam bunker tu.. kau sanggup tak nak korban kan nyawa orang lain untuk kepentiungan diri sendiri? aku tak sanggup..

Selepas selesai modul 3, kami bersiap sedia tukar pakaian sukan untuk Modul 4.. Dalam modul 4 ni, kami diberi kumpulan yang baru.. kami dalam satu kumpulan perlu merancang step-step untuk senaman aerobik untuk 3 lagu.. selepas selesai aerobik, kami perlu lari 2.4 km.. memang memenatkan sebab kami bukan lari di trek yang mendatar,, kami kena melalui kawasan bukit yang agak tinggi jugak la.. aku dah lama tak bersukan, memang semput jugak la.. 

Lepas tu, semua balik ke bilik masing-masing.. dah melekit badan, haruslah mandi.. sebelah malam ada Modul 5 dan 6 pulak.. Pukul 8 dah kena berkumpul.. dalam modul 5 kami kena menjawab soalan untuk ujian psikologi/sahsiah.. nasib baik ada a, b,c... hehe.. dan kalau tak silap, ada la dalam 185 soalan... lenguh jugak la tangan nak jawab semua nya dalam masa lebih kurang sejam.. selepas tu, bersedia untuk Modul 6.. kami diberi tajuk dan di beri masa dalam sejam untuk siapkan power point.. satu  je slide.. aku dapat tajuk 'terrorism'.. untuk senang, diisarankan bawak la laptop siap-siap.. senang nak prepare power point tu.. tapi malam tu internet problem pulak.. dah la hp aku pon tertinggal kat bilik.. nak naik tangga memang tak sempat la.. broadband aku pon tak berfungsi.. nasib baik la ada sorang rakan ni baik hati bagi pinjam hp dia.. dapat la jugak definition 'terrorism' tu.. thankiu sangat.. power point tu sebenarnya  digunakan untuk presentation keesokan pagi nya.. so, tak kisah la nak tulis apa pun dalam slide tu.. yang penting kena present tajuk yang diberi dalam masa 7 minit.. 

Keesokan harinya, bersiap untuk Modul 7.. sebelum tu, sarapan dulu.. Dalam modul 7 ni, kami dalam satu kumpulan perlu melakukan satu wawancara.. Tajuk yang kami dapat, bagaimana mengatasi masalah golongan baru bekerja yang mempunyai perbelanjaan melebihi pendapatan.. Dan Modul 8 pula, masa nya untuk persentation tajuk yang di beri.. Aktiviti terakhir ialah taklimat dari SPA bagaimana persiapan untuk temuduga.. kalau layak la.. 

Untuk PAC ni aku rasa seronok sebab dapat berkenalan dengan kawan baru.. yang datang tu semua dari pelbagai latar belakang.. ada yang 10 tahun dah jadi cikgu.. lawyer pun ada.. aku? baru 8 bulan bekerja kot.. aku tak meletak harapan yang tinggi untuk lulus PAC ni.. apa yang penting adalah pengalaman.. ramai juga yang datang hari tu dah pernah pergi PAC sebelum ni..  kalau ada peluang pergi lagi, memang aku nak pergi.. kepada siapa yang baru nak pergi PAC, all the best.. dan kepada yang dah lulus tu, tahniah la...


p/s: sory tak ada gambar.. tk sempat nak snap..  aktiviti/modul PAC ni tak semestinya sama.. 



  

14 komen SUEPERBS...:

AINI CHE DIN said...[Re perbs]

pernah ada pengalaman tu dan tak lepas..haha...mmg agak mencabar..

Sha said...[Re perbs]

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi berkongsi maklumat tentang kursus PAC! Saya pernah dengar, bila timbang berat badan tu, pegawai sebutkan berat badan peserta kuat-kuat. Eh, betul ke? Ala, segannya! Semoga awak berjaya, ya! :)

sue perbs.. said...[Re perbs]

@AINI CHE DIN kan.. memg mencabar

sue perbs.. said...[Re perbs]

@Sha sama2..harap perkongsian ni mbantu.. sebut kuat2 tu sbb nk bgi org yg tulis tu dngr je.. hehe.. thanx ye

zul said...[Re perbs]

eloo..nk tny time pendaftaran tu lelaki da siap2 pkai baju kmeja dll ke?? tanx..

sue perbs.. said...[Re perbs]

Yup.. Pkai kemeja siap2.. Formal

ikileman said...[Re perbs]

Assalammualaikum, tq sangat for info..sy kna pg 18 n 19 ni dkt INTENGAH..mmg tengah blur n agak takut skrang..lol..;P..xboleh tidur mlm fikir pasal PAC ni..T_T...

sue perbs.. said...[Re perbs]

@ikileman wsalam..same2.. sy pon same mcm tu jugak.. lgipun first time pegi.. all the best utk awk ye..

Anonymous said...[Re perbs]

Saya pun baru balik PAC di INTURA.. modul yang saya dapat berlainan dari segi tajuk2 je la,. paling xbesh rolepay..di sana topiknya survival on moon so setiap sowang kena defend barang2 yang perlu ada di sana.. pemilihan PAC adalah berdasarkan sistem MERIT kata fasilitator, jadi tidak ada kuota bagi setiap pusat INTAN..berdoalah anda dapat group yang best, dan sebelum masuk ke bilik2 modul, berbincang lah dahulu dengan ahli kumpulan bagaimana strategi di dalam nanti.. ianya seumpama persembahan berkumpulan, mmg akan ada tikam2 belakang, dan panel akan melihat bagaimana reaksi anda.. tonjolkan kelebihan, semubunyikan kelemahan. antara yang perlu di beri perhatian, pakaian, makeup, cara berjalan, cara bercakap (jgn kuat sgt, jgn slow sgt), cara duduk, makan).. pendek kata, selagi anda tak masuk bilik, bawalah diri anda sebagai seorang pegawai profesional. jgn gelak2 sgt, gurau2 dgn rakan (sbb mmg ada nnt ramai yang sebaya).. so gud luck, all the best bagi batch seterusnya..

anumuchan said...[Re perbs]

goodluck ye.moga ada rezeki

Unknown said...[Re perbs]

sy pun attend PAC ni, kat INTENGAH 1-2 sept. tajuk semua sama :) anyway, tau tak bila agak2 result PAC ni keluar?

sue perbs.. said...[Re perbs]

eh ye ke? entah2 kite same group... emmm... sy pon tk sure .. ade kwn ckp maybe dlm 2 bulan bru tau result...

SuRuR MuHKaMaT said...[Re perbs]

SALAM. info yg sgt baik, trima ksih kongsi...sya akn hadiri PAC minggu depan....smoga berjaya sume..

Unknown said...[Re perbs]

Hai salam..mcm seronok je PAC ni...ramai gelagat manusia kita boleh tengok..so utk PAC ni kna stay sana la..semalam?