sueperb pages

Jun 15, 2014

Usha-usha Pesta Bunga - Floria Putrajaya 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau korang suka tengok bunga.. tengok keindahan alam.. apa kata pergi jenguk pesta bunga di Putrajaya akan berlangung dari 14-22 June 2014.. 

Memang banyak betul bunga. Aku sendiri pon 'terpesona' lah dengan bunga-bunga kat situ.. Kalau malam lagi cantik la sebab ada lampu-lampu warna warni. Banyak tempat-tempat cantik yang anda akan rasa macam nak tangkap gambar kat semua tempat. Aku sendiri pon tak sempat nak jalan semua tempat. Besar dan banyak sangat pameran bunga yang anda boleh tengok.

Oh ye.. tiket nak masuk untuk orang dewasa cuma RM 3 sehari. So kalau korang nak keluar dan masuk semula pon boleh.

Ni antara gambar-gambar yang sempat aku snap. 





Bunga tahi ayam.. kenapa tak macam tahi? he3





Yang ni gambar masa dah malam..



Hasil kreatif pelajar-pelajar sekolah. Guna kacang-kacang, beras pon boleh jadi cantik ok.Apsal korang kreatif sangat ha? huhu





Ni pulak boleh jugak kalau korang nak cari idea buat gubahan hantaran ke.. cantik jugak gabungan-gabungan warna dia.











 Dan bawah ni cuba teka design sape?


Ni UiTM Shah Alam punya... emmm.. kenapa macam simple sangat ye. Sebagai ex student UiTM Shah Alam, rasa macam sedih pulak tengok design yang terlampau simple ni kalau nak banding dengan yang lain. Apa pun mungkin diorang ada sebab tersendiri untuk buat design macam ni. Mungkin?




FLORIA Putrajaya open to public from 9am to 10.30pm (Monday to Thursday) and from 9am to 12 midnight (Friday to Sunday).Info lanjut boleh tngk web FLORIA PUTRAJAYA

May 31, 2014

Hallo my blog.. Jalan-jalan KLCC..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Serius lama betul tak jenguk blog sendiri. Tiba-tiba hari ni terasa nak usha apa khabar blog ku yang dah bersarang ni.. hehe.. tak sangka pulak masih ada orang komen walaupun dari entry yang lama.

OK sekarang nak update la sikit. 

Sebenarnya aku agak baru tukar kerja selepas 2 tahun lebih kerja untuk sebuah international bank. Alhamdulillah banyak pengalaman yang dapat bekerja di situ. Sekarang dah tukar angin pulak ke international ins company. So far, memang banyak sangat perbezaan nya. Aku masih lagi sesuaikan diri di tempat baru ni. (Bahaya komen lebih-lebih.. ada yang memerhati.. hehehe)

Semalam kawan lama ajak jalan KLCC. Walaupun tempat kerja aku dekat sangat dengan KLCC, tapi tak pernah pon nak singgah situ. Ni la first time singgah KLCC setelah bekerja di tempat baru.

Kami makan di food court level 2. Makan spagheti je kat Milano.

Lasagna



 Spaghetti Carbonara (Lupa pulak nama betul dia)


Spaghetti Bolognese (pon aku lupa name betul dia)
 



Kitorang lepak dekat tempat air terjun tu lepas maghrib. Baru aku tahu ada persembahan lagu air pancut setiap pukul 8 dan 9 malam. Lain macam pulak bunyi nye persembahan lagu air pancut tu.. hehe.. alaa.. dia akan pasang lagu dan air pancut tu akan ikut rentak lagu.. cantik sangat.. colourfull dan creative.. 

Memandangkan bateri hp nak habis, aku tak dapat nak rakam .. dapat tangkap gambar je la. So next time jangan lupa kalau pergi KLCC malam-malam, dalam pukul 8 dan 9 malam keluar kejap kat tempat air pancut tu. Kawan aku cakap lagu Melayu , Cina , India semua ada. Yang time aku dengar tu macam muzik Cina kot.

Lebih kurang macam ni la air pancut nya.


Gambar kenang-kenangan..
 



Jan 16, 2014

100 Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur 
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit