Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tanggal 20 July 2016, tiba-tiba perasaan membuak-buak nak update blog. Setelah hampir setahun tak update.. haritu pun update sebab dapat tawaran 'collaboration' untuk promote produk.
Kalau nak ikutkan hati memang lah hari-hari nak update blog ni tapi apakan daya ... idea tak ada.. malas pun ia jugak.. ye la kan.. balik kerja dah penat.. kadang-kadang banyak sangat aktiviti.. cuma mampu upload gambar kat instagram dan facebook je.. senang.. tak perlu edit sangat.. (<--- banyak alasan)
Untuk hari ni aku nak update pasal running event yang aku join ahad lepas.. TM Fan Run 2016.. Memang ramai yang join.. Dan special nya bagi aku kali ni ialah.. ini pertama kali aku cuba untuk masuk kategori 10 km... selalu aku join 5 km je.. yang paling jauh 7 km...(merentas desa masa sekolah tu tak yah cerita eh).. so bila masuk 10 km ni rasa nervous dia lain macam.. sebelum ni ada jugak register untuk 10 km untuk SCMKL 2015, tapi event tu dah cancel last minit disebabkan cuaca jerebu teruk... so tak dapat la nak lari 10km..
Aku bukan la runner tegar.. nak joging pun ikut mood.. untuk running event kali ni, memang tak ada practice apa pun.. cuma berharap mampu habiskan je larian tu..
Memandangkan TM Fan Run ni start pagi, aku fikir tak nak la gerak dari rumah.. takut terlambat bangun dan takut lambat sampai.. so mula-mulanya nak tidur hotel kongsi-kongsi dengan kawan. (bajet kaya pulak kan ).. tapi Alhamdulillah ada kawan offer bagi tumpang tidur rumah dia.. dekat sikit nak pergi Putrajaya tu.. terima kasih la banyak-banyak tuan rumah..
Al-kisahnya kami terlambat sikit keluar rumah atas masalah-masalah yang tak disengajakan.. sampai sana je terus parking tepi jalan.. pakai kasut sukan.. lepas tu perut aku rasa penuh air pulak.. terpaksa la pergi membuang dekat jamban awam... masa tu panik kejap paip tak ada.. macam mana nak basuh ni.. tisu pun tak ada nak istinjak.. aduiii... belek punya belek, nasib baik aku ternampak ada button kat bawah.. kena pijak button rupanya baru keluar air.. (lupa.. padahal bukan tak pernah guna jamban awam).. dah selesai membuang terus pergi ke starting line.. 10 km semua dah berlepas.. memang aku lambat la cerita dia.. start-start terus bukak aplikasi 'STRAVA' untuk kira masa larian.. (runner cakap nak kira 'phase').. dan pasang lah playlist lagu 'Meghan Trainor' untuk kasi semangat... (Ermmm no.. my name is no.. Untouchable.. Untouchable..)
Well, memang aku pancit la kan.. lemak ketupat rendang hari semalam masih sebati lagi.. hihi.. tu la.. degil.. tak nak training... kali ni memang banyak sangat berjalan.. lari sikit pastu jalan.. dan setiap water station aku singgah minum air.. cuaca panas pulak tu.. Dan kaki pulak mula krem lepas 6km.. apa pun aku terus kan jugak.. tengok pakcik-pakcik tua gagah je lari.. aku yang muda lagi ni tak kan tak mampu pulak.. dan akhirnya habis jugak 10km dengan masa yang tak seberapa..
Alhamdulillah... apa yang penting ialah semangat untuk habis kan larian.. dan set kan minda.. "You Can Do It'... Jangan cepat putus asa.. kuatkan semangat..
Tahniah.. Berjaya Tamatkan..
Bersama team Anonymous Runners
1, 2 , 3 LOMPAT!
Panas oi..
Tengah Jalan Raya pun boleh..
Balik-balik dah rasa krem dah kaki.. hari isnin pergi kerja jalan slow-slow je.. ofismate pun perasan aku jalan dah macam orang tua.. haha.. hari ni rasa dah ok sikit.. boleh la jalan laju..
p/s : lepas ni rasa nak try 10km je..
3 komen SUEPERBS...:
tuuudiaa lps ni xmau dh 5km heheheheheh
tahniah sueperb ����
-woshie-
kenangan...kalau kita tinggalkan tanpa catatan...akan hilang dari ingatan.
I took part in this run, Best Giler! Great memories! Haha
Selling my pair of running shoes if anybody is interested. It's still in great condition! :P
https://www.imsold.com/ad/QVqipLsIg7/mens-fashion/shoes/running-shoes/gokila318
Post a Comment