Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Harap semua
sihat la ye. Kali ini saya nak kongsi cerita tentang kasut. Saya memang seorang
yang suka dan selalu sangat berjalan. Pergi kerja balik kerja, perjalanan agak
jauh dan saya memang sangat mementingkan keselesaan bila berjalan. Mesti la..
Kalau jalan jauh-jauh sampai sakit kaki, tak berbaloi la kan walaupun kasut tu
cantik.
Di sini saya nak
kongsi dengan korang satu jenama kasut yang berkualiti dengan rekaan yang sentiasa
up to date iaitu ‘Melissa Jelly Shoes’.
Kalau dulu kasut ni hanya di luar Negara, sekarang korang dah tak perlu fly
Negara luar dah. Di Malaysia pun boleh dapat Melissa jelly shoes ni tau.
Di bawah ni
antara design Melissa jelly shoes
yang sangat cantik.
Bukan flat shoes
sahaja, yang heels pun ada tau

Semua kaum
wanita mesti nak kan kasut yang cantik, selesa dan bergaya. Bila kasut
selesa dipakai, kita pun rasa lebih yakin untuk berjalan. Kenapa saya kata
kasut ni selesa? Melissa jelly shoes ni diperbuat daripada material plastic.
Dan untuk pengetahuan korang, Melissa jelly shoes ni juga pernah menang
beberapa anugerah untuk rekaan yang kreatif dan inovatif. Tak hairan lah
selebriti terkenal pun suka pakai kasut ni.
Antara selebriti yang memakai Melissa jelly shoes
So, korang tak
teringin ke nak bergaya dengan Melissa Jelly Shoes ni? Ada banyak lagi tau
design yang cantik-cantik. Korang boleh cari Melissa jelly shoes ni di The Gardens Mall. Kalau nak beli secara
online pon boleh. Korang boleh beli koleksi Melissa shoes online di ZALORA
Malaysia. Laman fesyen atas talian yang terbesar ini juga menawarkan
perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda. Selamat bergaya
dengan Melissa Jelly Shoes ye.