sueperb pages

Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Jan 20, 2013

Usha-usha Program baca di LRT bersama Ramlee Awang Mursyid..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

19 Januari 2013 yang lepas telah berlangsung satu program mebaca di LRT di mana program ini di anjurkan khas untuk peminat karya-karya Ramlee Awang Mursyid.. Program bermula dari Stesen LRT Gombak sehingga Stesen LRT Kelana Jaya.. Mula nya aku agak serba salah jugak sama ada nak join ke tak memandangkan kawan-kawan yang aku ajak semua tak dapat nak join. Lagi pun ni first time aku join aktiviti-aktiviti macam ni.. Malu jugak rasa nya nak jumpa dengan orang-orang yang aku tak kenal.. Tapi akhir nya aku join jugak.. 

Bergambar kenangan di LRT Kelana Jaya.. bersama ejen-ejen RAMFC yang cool dan peramah..


Di LRT Kelana Jaya, kami berkumpul dan bergambar kenangan.. Seronok jugak dapat berkenalan dengan kawan baru yang mempunyai hobi yang sama.. Tak kira jantina, bangsa mahupun latar belakang keluarga dan kerjaya.. Lepas bergambar kenangan dan beramah mesra, kami naik semula LRT ke Taman Jaya.. Di situ lah  Tuan Ramlee Awang Mursyid akan bersama kami. Sambil tu, sempat baca lagi dalam LRT... (nama pun program baca @ LRT kan? hehe)..


Rajinnya gadis-gadis ni baca buku.. ni betul-betul baca ke posing je ? hehe

Sampai di Taman Jaya kami berjalan menuju ke Tasik Taman Jaya.. Kat situ ada jual cenderahati dari RAMFC.. Boleh jugak beli karya baru RAM novel "Aku Bercerita"..

Acara bermula dengan ucapan dari RAM. Antara kata-kata yang aku ingat "Kita perlu banyakkan membaca sebab ia dapat mengelakkan penyakit alzheimer (nyanyuk).," (lebih kurang macam tu la ).. so, korang rajin-rajin lah membaca.. tak rugi menambah dan berkongsi ilmu pengetahuan ni.. dan paling penting dah ada ilmu yang baik tu, amal-amal kan lah ye..

Sepatah dua tiga kata dari RAM..

Lepas tu, kami di jamu dengan makanan yang disediakan khas.. Memang kenyang.. Dah makan tu ada aktiviti menarik untuk mereka yang hadir.. Selain tu, kami berpeluang untuk bertanya dan beramah mesra dengan RAM. Aku sempat jugak minta RAM tandatangan kat buku novel yang aku bawak dan beli.. 

Beramah mesra.. Mesra tak? Mesra tak? wahaha..

Memandangkan aku ada hal lain tengah hari tu, aku tak dapat tunggu lama.. tak sempat pon nak join game dengan diorang.. Apa-apa pun, aku seronok dapat join aktiviti ni... Kalau ada lagi aktiviti macam ni, harap-harap dapat lah join..


Bergambar kenagan di Tasik Taman Jaya.. 


Well, ni antara barang-barang yang aku dapat dan beli...



T-Shirt, Novel, Penanda Buku, Majalah dan Button Badge..




Ps: Tak sabar nak baca "Aku Bercerita"..

Jul 15, 2012

Cerr Try - Rock Climbing di Damai Batu Caves..


Assalamualaikum dan  salam sejahtera..

Pegi mana cuti minggu ni? Sogo sale? haha.. Nasib baik lah aku bukan kaki Sale.. Jalan jem panjang kat KL tadi.. nak pergi Sogo lettew.. 

Sebenarnya niat asal aku hari ni nak pergi Pikom Pc Fair kat KLCC.. Pikom PC Fair start 13 hingga 15 Julai.. Nak survey tenet yang best dan berbaloi.. Tapi belum sempat nak gerak, kawan aku kol ajak pergi Rock Climbing.. Serius aku tak pernah panjat batu (rock climbing la) sebelum ni... Memandangkan kawan aku dah ajak, aku cancel la niat nak pergi KLCC tu..

Jom panjat batu... sebelum panjat pergi singgah makan dulu.. Tempat rock climbing tu kat Batu Caves.. Yang mencabar nya rock climbing ni bukan dalam bangunan.. bukan dinding yang dah siap batu tu.. ni natural punya.. hehe.. 

Batu asli... Ada berani? 

Bila tengok batu-batu tu dah mula rasa cuak dah.. tapi hati tetap rasa teringin nak cuba panjat.. memandangkan kitorang first time nak panjat, so sebelum apa-apa kitorang di beri penerangan tentang alat-alat dan asas-asas rock climbing ni.. (ok.. banyak yang aku dah lupa apa yang instuctor tu terangkan tadi.. hehe )

Sebelum kitorang panjat, Abe Nasa selaku instructor kitorang tunjuk demo macam mana cara panjat yang betul.. memang senang lah dia panjat... 

orang Pro panjat.. 

Lepas demo, kawan aku panjat dulu.. dia pernah panjat dinding yang kat dalam bangunan tu.. so tak ada masalah sangat la nak naik.. lepas tu aku pulak.. lepas aku kawan aku lagi sorang pulak.. (kitorang bertiga je)

Budak ni dah tak sabar nak panjat.. 

mulakan dengan Bismillah ye..

Tadaa.... Dah sampai... hehe...

Menggigil jugak la kat atas tu bila tak dapat grip batu betul-betul.. lagi pun aku tak pakai kasut khas untuk climbing.. Abe Nasa cakap kasut untuk panjat batu ni paling murah dalam RM300.. okeyh.. kasut sukan biasa susah nak lentur.. tu yang senang tergelincir tu...

Rasa lenguh jugak tangan ni.. tapi bila dah sampai atas memang seronok.. (bukan atas gunung.. hehe..) buat first timer jangan berangan la nak panjat sampai atas.. tinggi woo... mau kejang tangan kat atas tu.. bak kata abe Nasa, ''kalau jatuh dari atas tu, tulang tak patah , MATI...'' errkkk... apa pun jangan la risau, diorang semua dah pro... tak kan suka-suka nak bagi korang jatuh pulak.. heh.. ada rasa nak cuba tak? Cerr try, cerr try...

Merah tak tangan lepas 2 kali panjat?.. 





ps: Teringin nak buat flying fox, daki gunung, bungee jumping... 

May 26, 2012

Review Smile...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

'Smile represents thousand words'.. Betul tak? Kalau tak silap ni la tajuk karangan yang aku buat untuk Peperiksaan PTD untuk SPA hari tu.. hehe.. Bukan susah pun nak senyum kan...  Tapi kalau asyik senyum je pun masalah jugak tu.. 

Smile yang aku nak review ni sebenarnya sebuah buku. Sebelum ni aku ada cerita yang aku beli buku SMILE ni kat Pesta Buku PWTC. Buku SMILE ni hasil karya pertama Irma Hasmie. Sebelum ni kita tengok Irma Hasmie berlakon kan.. tak sangka pulak Irma Hasmie tulis buku. Buku motivasi pulak tu. 

Best dapat jumpa Irma Hasmie kat Pesta Buku haritu.. Yang lagi best nya bila Irma Hasmie masuk blog ni.  . hehe.. aku dapat tahu pon bila tengok facebook Irma Hasmie.. 


screen shot from wall FB Irma Hasmie.. refer enty ni


Buku SMILE ni aku dah habis baca dah. Overall memang bagus buku ni.. banyak tips-tips yang ada dalam buku SMILE ni. Ada 16 kisah dalam buku ni. Cerita-cerita yang di tunjukkan dalam buku ni memang terselit banyak pengajaran dan boleh dijadikan inspirasi.

Tajuk SMILE adalah singkatan bagi perkataan Skil, Motivasi, Inspirasi, Luar biasa dan Elegan.


"Biar sedikit tetapi menjadi. Asal berbekas dalam hati. Skil di tangan, InsyaAllah menjadi. Motivasi menjadi pendorong diri. Oh, jangan lupa, pemberi Inspirasi! Itu adalah sebab adanya nabi. Luar biasa hidupmu selepas ini, kata orang, Elegan gayamu berbeza sekali" -petikan kata Irma dalam buku SMILE..



p/.s: smile sokmo ye..


May 5, 2012

Sunan Musafir Punya Pasal.. & Pesta Buku PWTC part 2..


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pesta Buku Part 2? wah.. siap ada part 2 lagi tu.. hehe.. ini kisah Usha-usha Pesta Buku kali ke 2.. Maksudnya aku pergi kali ke 2 la untuk pesta buku ni... emm

Pentas di tengah-tengah.. 


Hari ni aku cuti.. memang plan nak pergi PWTC lagi.. Aku pergi dalam pukul 11.. memang ramai orang.. tambah-tambahan lagi dengan rombongan-rombongan sekolah .. sampai-sampai je aku pergi kat bahagian pentas sebab aku dapat tahu yang Irma Hasmie ada pukul 11.45 dengan buku dia bertajuk SMILE..

SMILE .. karya Irma Hasmie dan Zamri Mohamad

Jadi dapatlah peluang tengok bicara bersama 4 orang penulis.. Selain Irma Hasmie, panel lain yang dijemput ialah Prof Dr Muhaya dengan karyanya 'Pelajar Bertanya Prof Dr. Muhaya menjawab',Bapak Parlindungan Marpaung, dari Indonesia dengan karyanya 'Hidupan Ini Pilihan', dan Tuan Zuhairi dengan iaitu penulis' Law of Universal Attraction',


Barisan Penulis..

Di akhir sesi, siapa yang bertuah dapat percuma buku beserta tandatangan penulis .. (Aku tak bertuah pon).. aku juga berpeluang beli buku 'SMILE' dengan harga RM 10 je.. dapat tandatangan dan bergambar sekali... 


Irma Hasmie yang cantik


Memandangkan masa first time aku pergi aku tak sempat usha semua booth, so kali ni memang aku explore sampai tingkat 3.. tingkat 3 kebanyakan buku bahasa Inggeris.. tingkat 2 pon banyak booth... dalam pukul 1 macam tu ada lagi acara kat pentas.. kali ni Chef Hanilieza pulak menunjukkan cara-cara masak kerabu ikan bilis sambil mempromosikan buku terbaru beliau untuk Siri Resipi Warisan.. 


Chef Hanilieza tunjuk demonstrasi masakan..

Di akhir sesi, siapa yang dapat jawab soalan dengan betul dapat hadiah dari PTS.. sekali lagi memang aku tak bertuah sebab banyak soalan yang aku tak tahu nak jawab.. wahaha.. lagi pun aku tak tengok demo tu dari mula... apa pun yang penting penonton jugak berpeluang dapat merasa masakan Chef Hanilieza ni..  

Jemput rasa ye..

Aku dapat tahu yang dalam pukul 3 buku Sunan Musafir akan mula dijual. Aku pun terus la pergi ke booth Karangkraf.. Jalan-jalan tengok-tengok buku kat situ.. Aku beli lagi buku-buku Ramlee Awang Mursyid yang aku masih belum ada. Masa tengah leka belek-belek buku, ada announcement yang Ramlee Awang Mursyid dah ada kat meja penulis dan buku Sunan Musafir edisi kulit keras pun dah nak habis. Aku pun terus ke depan nak cari buku Sunan Musafir tu. Tinggal satu buku je lagi.. Aku pun berlari la nak dapatkan buku tu.. fuhh.. nasib baik sempat dapat.

Sunan Musafir edisi kulit keras..

Lepas bayar, aku terus beratur untuk dapatkan tandatangan Ramlee Awang Mursyid. Ada jugak yang baru datang nak cari buku tu tapi kecewa sebab dah habis.. Aku pun sebenarnya nak beli lagi sebab kawan aku pun dah tempah awal-awal dah.. Orang Karangkraf tu bagitahu yang esoknya akan ada lagi tapi kena datang awal la dalam pukul 10. Aku memang tak boleh nak datang esok pagi.. 200 buku habis dalam setengah jam je..

Masa tengah beratur tu, ada announcement lagi yang satu kotak Buku Hard Cover Sunan Musafir baru dikeluarkan. Masa tu lagi dua orang je kat depan nak dapatkan tandatangan RAM. Aku dengar je announcement, aku terus lari kat tempat buku tu takut buku tu habis lagi.. Alhamdulillah dapat jugak buku tu... 

Bayar lagi dan lepas tu beratur panjang lagi.. Orang Karangkraf pun boleh gelak kat aku sebab beli dan beratur sampai dua kali. Tak kisah la.. Yang penting aku dapat buku yang aku nak. Beratur dua kali pun tak apa lah yang penting aku nak autograf dari RAM.

Ramlee Awang Mursyid di Pesta Buku PWTC

Hari ni memang last la aku pergi Pesta PWTC ni.. Cukup la dua kali je. Yang penting aku puas sebab aku dah dapat apa yang aku nak. Banyak jugak buku yang aku beli sampai sakit sakit bahu ni nak sampai ke rumah.. 


Buku-buku yang aku beli kali ke dua ni..

Buku yang aku nak sangat. suka nya ..



Kepada korang yang nak beli Sunan Musafir ni datang la awal-awal. Dengar cerita hari sabtu ada pelancaran buku ni.. Pesta Buku ni sampai 6 Mei je. Datang la cepat-cepat ye. 










Apr 28, 2012

Sunan Musafir..





Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Peminat-peminat karya Ramlee Awang Mursyid mesti dah tak sabar-sabar nak baca karya terbaru beliau selepas Fiksyen 302 kan?? 

Aku pun sebenarnya tak sempat habis lagi baca Fiksyen 302 tu, tapi tetap nak beli jugak buku Sunan Musafir ni.. hehehe

Mengikut Fan page RAMFC, buku Sunan Musafir ni akan ada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC nanti dengan cetakan khas dalam edisi kulit keras... terhad 1000 naskhah je dengan harga RM 33.00...  huisyh.. memang la aku nak edisi khas ni.. harap-harap dapat la..

Tuan Ramlee Awang Mursyid akan berada di Pesta Buku untuk sesi temu mesra penulis pada 1,4,5 & 6 Mei nanti...untuk makluman lanjut boleh usha-usha la page RAMFC ye... 




p/s: bila nak pergi Pesta Buku kat PWTC ni?

Apr 3, 2012

Buku lagi..


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Buku lagi? hehe.. haritu aku jalan-jalan kat Jalan TAR.. masuk kedai buku sebab kakak aku nak guna baucer buku 1 Malaysia yang dia dapat.. (time aku pelajar, ak tk de plak dapat baucer tu.. huh..)

Masuk Pustaka Mukmin, Minerva.. belek-belek la buku... mula nya tak ada niat nak beli buku pun.. sekali tengok bahagian novel Melayu ada diskaun la... 20% tu.. Novel Ramlee Awang Mursyid pun ada.. akhirnya aku beli jugak la novel kat situ..

Novel Ramlee Awang Mursyid.. ((Adam,Mikhail, Satu Janji)

Ingat nak beli semua, tapi memandangkan bajet tak cukup, beli 3 dulu lah.. hehe.. harap-harap lain kali ada lagi diskaun ni..

Oh ye.. 27 April hingga 6 Mei nanti ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.. Tak sabar rasa nak serbu.. Lokasi Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2012 di Dewan Tun Hussein Onn PWTC.. Jom datang jom..




PTS ada buat peraduan tau.. untung-untung boleh dapat baucer RM 1000, RM 800 dan RM 500... nak  tau lebih lanjut boleh klik <SINI>.






Mar 31, 2012

Bersukan.. Futsal..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni dengan eksaited nya aku nak bagitau yang aku join futsal.. haha.. kecoh la.. baru main sekali dah kecoh.. sebenarnya dah banyak kali dah kawan aku ajak join futsal ni.. training nya malam-malam.. dua kali seminggu.. baru semalam aku dapat join..

Yeah.. memang dah lama sangat tak bersukan.. dah kerja ni lagi la tak ter 'SUKAN'.. memandangkan hujung-hujung bulan ni kerja dah semakin kurang, so dapatlah join training dengan diorang.. mulanya segan jugak lah nak join,, first time kot.. entah boleh ke tak tendang bola.. huhu

Penat weh.. tapi best.. lawak pun ada jugak.. ada sorang ni dia dah biasa main bola jaring.. main futsal ni pun dia buat macam bola jaring.. ada pulak tangkap bola pakai tangan .. wahaha.. aku ni pulak asyik tercabut je kasut.. tu lah pakai kasut longgar lagi.. tak ada tali pulak tu nak ikat.. padahnye asyik tersungkur je la kat court tu... sampai berlobang seluar aku kat lutut.. luka dah lutut ni.. dah la pedih bila kena air.. pergi kerja pun terencut encut (betul ke aku eja ni? huh)

Tapi yang aku perasan, esok nya nak pergi kerja memang badan rasa lebih segar .. kalau dah kerja dok aircond hari-hari mana tak lemah badan.. so, rajin-rajin kan lah diri anda bersukan... joging ke, main badminton ke, futsal ke... apa-apa je lah yang boleh keluarkan peluh.. bersenam untuk kesihatan..

Eh jap... aku ada beli jersi secara online.. memang teringin sangat nak beli baju jersi dengan nama sendiri.. akhirnya, dapat jugak satu.. hehe.. jangan jeles..



SUEPERBS


oh ye, kalau ada berminat nak buat jersi dengan nama sendiri boleh order kat Kedai Jersi Online ni.. banyak dah orang beli.. kalau nak order jersi untuk satu team pun boleh..




Mar 3, 2012

Kosong... kosong..

Assalamalaikum dan salam sejahtera..

Dah berapa hari blog ni kosong je tak update-update.. kesian dia.. terbiar je.. hehe..

Ni ha lagu kosong dari Najwa Latif.. macam best jugak muzik lagu ni... kord lagu dia pun macam senang je... layan...






Kord Lagu KOSONG - Najwa Latif


Am
Kau melihat diriku
Dm
Seperti sesuatu
G
Yang mencabar dirimu,
C                 E
Akal dan mindamu
Am
Kau mendustaiku 
Dm
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
C                             E
Sedangkan kau juga begitu 


Am
Segala kata cacian 
Dm
Yang telah engkau berikan
G
Membuatku rasa
C           E
kosong .. kosong .. 


Am
Setiap detik diperhatikan
Dm
Kau cari cara putar belitkan
G
Kau jadikan diriku 
C             E
Kosong .. kosong ..

Reff

Am
Kini aku bangkit 
Dm
Membuktikan yang ku tak sakit
G   
Dengan segala perit 
C                  E
yang kau berikan

Am
Kini aku pantas berjalan
Dm
Bergerak ke hadapan 
G
Dan akan ku buktikan
C                              E
Siapa diriku yang sebenar 

Am    Dm     G
Ooo.. Ooo..woo~

 C            E
Kosong .. kosong..

Am
Segala kata cacian 
Dm
Yang telah engkau berikan
G 
Membuatku rasa
C                E 
kosong .. kosong ..

Am
Setiap detik diperhatikan
Dm
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
C               E 
Kosong .. kosong ..


Am
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
G
Membuatku rasa
C                E 
kosong .. kosong ..


Ooo..woo~





Feb 1, 2012

Skizofrenia, Sinestesia..

Ni buku pertama tulisan Ramlee Awang Murshid yang aku baca.. Ungu Karmila.. best memang best.. aku suka cerita-cerita thriller.. misteri.. unexpected.. gaya tulisan pun senang faham.. buku yang membuatkan aku tak nak skip mana-mana mukasurat.. nak tahu semua..

tak sabar rasanya nak baca buku-buku hasil tulisan Ramlee Awng Murshid yang lain... banyak lagi buku karya beliau.. (nyesal pulak tak beli banyak-banyak masa karnival buku haritu.. boleh jugak dapat diskaun ,, hehe )

Ungu Karmila..


Chop!!

Kenapa tajuk entri ni Skizofrenia, Sinestesia?? Suka sangat lari tajuk kan.. isyh isyh isyh.. 

Okeyh.. Sebenarnya Skizofrenia dan Sinestesia ni ada kaitan dengan cerita dalam buku Ungu Karmila ni.. 

Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental yang deisebabkan oleh ketidakseimbangan sistem saraf dalam otak. Puncanya mungkin kerana proses pembesaran saraf atau otak yang tidak mengikut sistem yang ditentukan. Punca sebenar belum diketahui. Gejala-gejala skizofrenia biasanya muncul pada usia 15 ke 35 tahun. Risiko menghidap penyakit ini sama bagi wanita dan lelaki tetapi lebih cepat muncul pada lelaki. Risiko untuk pesakit Skizofrenia membunuh diri adalah lebih tinggi berbanding orang lain. 

Sinestesia pula ialah deria seseorang - rasa, penglihatan,pendengaran,sentuhan dan bau campur aduk di antara satu sama lain lalu membentuk satu deria yang berkecamuk. Contohnya rasa makanan yang manis  atau pahit kelihatan corak-corak yang tersendiri, alunan muzik kelihatan berwarna-warni. Menurut pakar neuorologi, Dr. Richard Cytowic, sinestesia menjadikan manusia agak puitis tentang kehidupan mereka. Dari segi sains, otak mereka sebenarnya didawaikan secara berlainan.


Ok? Faham tak.. aku pun susah jugak nak faham istilah-istilah sains ni.. (dulu sekolah menegah amil aliran sastera je.. ) Tak minat nak jadi doktor.. takut tengok bedah-bedah, luka-luka dan seangkatan dengan nya..ngeri.. heehee

maklumat ni di ambil dari dalam buku RAM ni.. Dalam segmen ilmu.. 



Jan 9, 2012

Yang Masam Manis..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Ada pepatah kata kalau sayang tinggal-tinggalkan.. ( ada kan pepatah tu?? ).. tu pasal la aku tinggalkan blog ni tak update-update.. hehe ( alasan kukuh.. ).. 

Seperti yang korang tau dan ada yang tak ambil tau pon, aku telh terminat balik nak baca novel.. sebelum ni, aku tak pandang pon novel-novel tu.. entah macam mana boleh minat tu datang balik.. 

Okeyh, novel seterusnyanya yang aku baca ialah novel Sweet Sour ditulis oleh Nasz.. Nama Nasz tu macam familiar je.. Nasz ni adalah seorang blogger.. (ni blog Nasz )... Well, cerita nya boleh tahan.. best jugak.. sampai waktu tidur aku pun terganggu jugak lah baca novel ni.. bayangkan la bila terbangun je, aku cari novel ni dulu.. ayat-ayat dalam novel ni pun senang nak faham.. tak ada lah ayat perumpamaan bunga-bunga melampau... so, overall memang boleh tahan...


Novel Sweet sour


Lepas ni mungkin kena stop dulu baca novel sebab minggu ni ada test PCE.. TEst untuk melayakkan sesorang tu menjadi ejen insurans.. dah lama tak masuk kelas kot.. esok kembali masuk kelas macam zaman student dulu.. harap-harap lulus la test PCE tu...


P/s : TEst PCE tu kena bayar RM80.. kalau tak lulus kena bayar lagi... tak mo tak mo...



Jan 2, 2012

Aku dan Buku..

Dulu masa sekolah rendah, aku memang suka sangat baca buku.. buku siri penyisatan.. aku suka yang ada tajuk-tajuk misteri-misteri.. kalau korang ingat, dulu-dulu ada buku cerita bersiri ni.. Siri Salma, Hardy Boys, Nancy Drew ( eh betul ke ni? aku ingat-ingat lupa je ni.. ).. aku minat buku-buku misteri penyiasatan ni sebab bila baca je ada rasa macam suspen gitu.. benda-benda yang 'unexpected'..  sampaikan pernah aku dengan sorang kawan kelas ( yang mempunyai hobi sama) terikut-ikut dengan watak dalam buku tu.. tahu tak.. kitorang pernah cuba nak menyiasat kes conteng didnding kat toilet.. macam-macam yang kitorang fikir.. haha.. tersenyum sendiri bila teringat balik.. last-last kes tu tak selesai pun.. beriya je lebih kitorang ni..

antara buku-buku siri penyisatan..


bila dah masuk sekolah menengah aku dah beralih arah pulak.. buku misteri-misteri masih minat tapi aku lebih minat buku novel.. bermula form 2, masa tu kawan-kawan sibuk nak pinjam novel lah, nak pinjam kena take turn.. so, aku pun terjebak jugak lah.. ada la satu novel ni aku baca.. aku dah lupa tajuk apa.. lepas aku baca novel tu, aku teringin nak beli novel sendiri.. aku pun pergi lah kedai buku Popular.. nak cari satu novel.. aku tertarik dengan cover novel buku Cinta Marissa ni.. baca sinopsis sikit-sikit.. lepas tu terus beli... 

cover dia simple dan unik..

kebetulan masa tu memang tengah final exam, aku terpaksa menahan untuk baca novel tu.. bila habis je exam baru aku baca puas-puas.. khusyuk habis sampai aku menangis okeyh.. dan kalau aku baca berapa kali pun lepas tu aku akan tetap nangis.. hehe

lepas dari tu aku tak berapa sure apa yang berlaku.. aku dah tak minat sangat nak baca novel.. bukan tak baca langsung, cuma aku dah tak seobses dulu.. kalau baca pun kadang-kadang sampai 5 bab dah terstop.. lepas tu tinggal macam tu je.. 

minggu lepas aku kemas-kemas barang, terjumpa lah satu novel ni.. memang aku punya.. aku beli masa kat UiTM dulu kot.. penanda buku tu masih lagi kat bab 4.. maksud nya aku tak habis lagi baca la tu.. so, aku berharap la aku dapat habiskan novel tu.. apa guna beli tapi tak baca sampai habis.. heh

tak ku sangka-sangka, dalam masa 3 hari habis jugak aku baca novel tu.. 3 hari tu kira lama jugak kan.. aku rasa kalau yang gila novel, satu hari pun dah boleh habis.. ye lah, aku sebenarnya jenis yang baca sikit  tertido.. hehe...boleh bayangkan tak?? sama lah macam baca buku teks dan nota-nota slides zaman muda mudi dulu.. oh well,  at least boleh habis lah jugak...


Khilaf Kasih.. 

Aku dapat rasakan puasnya bila berjaya habiskan satu buku tu.. ceirta dia biasa je.. aku rasa cerita Cinta Marisaa tu lagi best.. dan aku rasa macam nak bergiat aktif balik lah dalam mambaca novel ni.. lagi pun kan, kat rumah ni ada satu rak buku penuh dengan novel.. semuanya kak ipar punya.. boleh la pinjam sementara kan... kan...



sebahagian koleksi novel...