Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Malam semalam kelas terakhir untuk kursus bahasa Mandarin di Kolej Komuniti Shah Alam.. Di bawah program 1 Malaysia.. Sekejap je rasa nya 32 jam tu.. Alhamdulillah, tamat sudah.. So, boleh lah ye bercakap dalam bahasa Mandarin lepas ni... ahaha.. baru belajar 32 jam jangan nak berlagak sangat lah ye.. banyak lagi yang kena belajar.. sikit-sikit cakap boleh la.. lepas ni kalau boleh nak teruskan untuk bahasa Mandarin tahap lebih advance pulak..
Xian zai wo yao (Sekarang saya nak) kongsi gambar-gambar masa di kolej Komuniti Shah Alam..
Ni gambar masa kelas pertama.. ada lah dalam 20 orang..
Ini lah Ms Susan.. Wo de Lao Shi (My teacher) .. Wo de Lao shi hen mei he ke ai... (hehe.. cerr la translate ).. saje tulis guna bahasa Mandarin sikit-sikit.. praktis.. kata dah tamat kelas ye dak?! hehehe
Yang ini masa kelas terakhir.. 10 orang je tinggal.. yang lain? ada yang tak dapat datang atas sebab-sebab yang munasabah..
3 orang je student perempuan.. yang lain semua lelaki yang gagah lagi perkasa (gagah ke???). heheh
bila lelaki lagi ramai macam ni la jadinye..
yeah.. amoi-amoi.. wo men hen hao..
ucapan untuk Lao shi..
penyampaian hamper kepada Lao shi..
mendengar sepatah dua ribu kata dari Pengarah Kolej..
Muka over eksaited dapat sijil..
yeah dapat sijil..
Muka-muka happy dengan sijil.. mak ayah ! kami dapat sijil !
candid yang tak berapa nak candid.. peace yo..
1 Malaysia..
berat hati rasa nak tinggalkan kolej.. sebelum turun lif pun sempat tangkap gambar lagi.. huhu
tu je lah gambar yang dapat dikongsi.. actually ada 8 orang dalam kelas ni adik beradik.. ada yang sepupu.. masing-masing ada hubungan keluarga la kiranya.. sebab tu lah gambar-gambar ni nampak macam meriah je..
banyak lagi jenis kursus yang ada selain kursus bahasa ni.. yuran pun tak mahal sangat.. kursus nya pun jangka pendek.. ada yang dua hari je.. anda akan dapat sijil dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tau.. rugi tau kalau tak join.. (aiceceh promote lebih pulak..) benda baik kena kongsi.. kan? kan? ^_*