sueperb pages

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Jan 20, 2013

Usha-usha Program baca di LRT bersama Ramlee Awang Mursyid..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

19 Januari 2013 yang lepas telah berlangsung satu program mebaca di LRT di mana program ini di anjurkan khas untuk peminat karya-karya Ramlee Awang Mursyid.. Program bermula dari Stesen LRT Gombak sehingga Stesen LRT Kelana Jaya.. Mula nya aku agak serba salah jugak sama ada nak join ke tak memandangkan kawan-kawan yang aku ajak semua tak dapat nak join. Lagi pun ni first time aku join aktiviti-aktiviti macam ni.. Malu jugak rasa nya nak jumpa dengan orang-orang yang aku tak kenal.. Tapi akhir nya aku join jugak.. 

Bergambar kenangan di LRT Kelana Jaya.. bersama ejen-ejen RAMFC yang cool dan peramah..


Di LRT Kelana Jaya, kami berkumpul dan bergambar kenangan.. Seronok jugak dapat berkenalan dengan kawan baru yang mempunyai hobi yang sama.. Tak kira jantina, bangsa mahupun latar belakang keluarga dan kerjaya.. Lepas bergambar kenangan dan beramah mesra, kami naik semula LRT ke Taman Jaya.. Di situ lah  Tuan Ramlee Awang Mursyid akan bersama kami. Sambil tu, sempat baca lagi dalam LRT... (nama pun program baca @ LRT kan? hehe)..


Rajinnya gadis-gadis ni baca buku.. ni betul-betul baca ke posing je ? hehe

Sampai di Taman Jaya kami berjalan menuju ke Tasik Taman Jaya.. Kat situ ada jual cenderahati dari RAMFC.. Boleh jugak beli karya baru RAM novel "Aku Bercerita"..

Acara bermula dengan ucapan dari RAM. Antara kata-kata yang aku ingat "Kita perlu banyakkan membaca sebab ia dapat mengelakkan penyakit alzheimer (nyanyuk).," (lebih kurang macam tu la ).. so, korang rajin-rajin lah membaca.. tak rugi menambah dan berkongsi ilmu pengetahuan ni.. dan paling penting dah ada ilmu yang baik tu, amal-amal kan lah ye..

Sepatah dua tiga kata dari RAM..

Lepas tu, kami di jamu dengan makanan yang disediakan khas.. Memang kenyang.. Dah makan tu ada aktiviti menarik untuk mereka yang hadir.. Selain tu, kami berpeluang untuk bertanya dan beramah mesra dengan RAM. Aku sempat jugak minta RAM tandatangan kat buku novel yang aku bawak dan beli.. 

Beramah mesra.. Mesra tak? Mesra tak? wahaha..

Memandangkan aku ada hal lain tengah hari tu, aku tak dapat tunggu lama.. tak sempat pon nak join game dengan diorang.. Apa-apa pun, aku seronok dapat join aktiviti ni... Kalau ada lagi aktiviti macam ni, harap-harap dapat lah join..


Bergambar kenagan di Tasik Taman Jaya.. 


Well, ni antara barang-barang yang aku dapat dan beli...



T-Shirt, Novel, Penanda Buku, Majalah dan Button Badge..




Ps: Tak sabar nak baca "Aku Bercerita"..

May 26, 2012

Review Smile...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

'Smile represents thousand words'.. Betul tak? Kalau tak silap ni la tajuk karangan yang aku buat untuk Peperiksaan PTD untuk SPA hari tu.. hehe.. Bukan susah pun nak senyum kan...  Tapi kalau asyik senyum je pun masalah jugak tu.. 

Smile yang aku nak review ni sebenarnya sebuah buku. Sebelum ni aku ada cerita yang aku beli buku SMILE ni kat Pesta Buku PWTC. Buku SMILE ni hasil karya pertama Irma Hasmie. Sebelum ni kita tengok Irma Hasmie berlakon kan.. tak sangka pulak Irma Hasmie tulis buku. Buku motivasi pulak tu. 

Best dapat jumpa Irma Hasmie kat Pesta Buku haritu.. Yang lagi best nya bila Irma Hasmie masuk blog ni.  . hehe.. aku dapat tahu pon bila tengok facebook Irma Hasmie.. 


screen shot from wall FB Irma Hasmie.. refer enty ni


Buku SMILE ni aku dah habis baca dah. Overall memang bagus buku ni.. banyak tips-tips yang ada dalam buku SMILE ni. Ada 16 kisah dalam buku ni. Cerita-cerita yang di tunjukkan dalam buku ni memang terselit banyak pengajaran dan boleh dijadikan inspirasi.

Tajuk SMILE adalah singkatan bagi perkataan Skil, Motivasi, Inspirasi, Luar biasa dan Elegan.


"Biar sedikit tetapi menjadi. Asal berbekas dalam hati. Skil di tangan, InsyaAllah menjadi. Motivasi menjadi pendorong diri. Oh, jangan lupa, pemberi Inspirasi! Itu adalah sebab adanya nabi. Luar biasa hidupmu selepas ini, kata orang, Elegan gayamu berbeza sekali" -petikan kata Irma dalam buku SMILE..



p/.s: smile sokmo ye..


May 5, 2012

Sunan Musafir Punya Pasal.. & Pesta Buku PWTC part 2..


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pesta Buku Part 2? wah.. siap ada part 2 lagi tu.. hehe.. ini kisah Usha-usha Pesta Buku kali ke 2.. Maksudnya aku pergi kali ke 2 la untuk pesta buku ni... emm

Pentas di tengah-tengah.. 


Hari ni aku cuti.. memang plan nak pergi PWTC lagi.. Aku pergi dalam pukul 11.. memang ramai orang.. tambah-tambahan lagi dengan rombongan-rombongan sekolah .. sampai-sampai je aku pergi kat bahagian pentas sebab aku dapat tahu yang Irma Hasmie ada pukul 11.45 dengan buku dia bertajuk SMILE..

SMILE .. karya Irma Hasmie dan Zamri Mohamad

Jadi dapatlah peluang tengok bicara bersama 4 orang penulis.. Selain Irma Hasmie, panel lain yang dijemput ialah Prof Dr Muhaya dengan karyanya 'Pelajar Bertanya Prof Dr. Muhaya menjawab',Bapak Parlindungan Marpaung, dari Indonesia dengan karyanya 'Hidupan Ini Pilihan', dan Tuan Zuhairi dengan iaitu penulis' Law of Universal Attraction',


Barisan Penulis..

Di akhir sesi, siapa yang bertuah dapat percuma buku beserta tandatangan penulis .. (Aku tak bertuah pon).. aku juga berpeluang beli buku 'SMILE' dengan harga RM 10 je.. dapat tandatangan dan bergambar sekali... 


Irma Hasmie yang cantik


Memandangkan masa first time aku pergi aku tak sempat usha semua booth, so kali ni memang aku explore sampai tingkat 3.. tingkat 3 kebanyakan buku bahasa Inggeris.. tingkat 2 pon banyak booth... dalam pukul 1 macam tu ada lagi acara kat pentas.. kali ni Chef Hanilieza pulak menunjukkan cara-cara masak kerabu ikan bilis sambil mempromosikan buku terbaru beliau untuk Siri Resipi Warisan.. 


Chef Hanilieza tunjuk demonstrasi masakan..

Di akhir sesi, siapa yang dapat jawab soalan dengan betul dapat hadiah dari PTS.. sekali lagi memang aku tak bertuah sebab banyak soalan yang aku tak tahu nak jawab.. wahaha.. lagi pun aku tak tengok demo tu dari mula... apa pun yang penting penonton jugak berpeluang dapat merasa masakan Chef Hanilieza ni..  

Jemput rasa ye..

Aku dapat tahu yang dalam pukul 3 buku Sunan Musafir akan mula dijual. Aku pun terus la pergi ke booth Karangkraf.. Jalan-jalan tengok-tengok buku kat situ.. Aku beli lagi buku-buku Ramlee Awang Mursyid yang aku masih belum ada. Masa tengah leka belek-belek buku, ada announcement yang Ramlee Awang Mursyid dah ada kat meja penulis dan buku Sunan Musafir edisi kulit keras pun dah nak habis. Aku pun terus ke depan nak cari buku Sunan Musafir tu. Tinggal satu buku je lagi.. Aku pun berlari la nak dapatkan buku tu.. fuhh.. nasib baik sempat dapat.

Sunan Musafir edisi kulit keras..

Lepas bayar, aku terus beratur untuk dapatkan tandatangan Ramlee Awang Mursyid. Ada jugak yang baru datang nak cari buku tu tapi kecewa sebab dah habis.. Aku pun sebenarnya nak beli lagi sebab kawan aku pun dah tempah awal-awal dah.. Orang Karangkraf tu bagitahu yang esoknya akan ada lagi tapi kena datang awal la dalam pukul 10. Aku memang tak boleh nak datang esok pagi.. 200 buku habis dalam setengah jam je..

Masa tengah beratur tu, ada announcement lagi yang satu kotak Buku Hard Cover Sunan Musafir baru dikeluarkan. Masa tu lagi dua orang je kat depan nak dapatkan tandatangan RAM. Aku dengar je announcement, aku terus lari kat tempat buku tu takut buku tu habis lagi.. Alhamdulillah dapat jugak buku tu... 

Bayar lagi dan lepas tu beratur panjang lagi.. Orang Karangkraf pun boleh gelak kat aku sebab beli dan beratur sampai dua kali. Tak kisah la.. Yang penting aku dapat buku yang aku nak. Beratur dua kali pun tak apa lah yang penting aku nak autograf dari RAM.

Ramlee Awang Mursyid di Pesta Buku PWTC

Hari ni memang last la aku pergi Pesta PWTC ni.. Cukup la dua kali je. Yang penting aku puas sebab aku dah dapat apa yang aku nak. Banyak jugak buku yang aku beli sampai sakit sakit bahu ni nak sampai ke rumah.. 


Buku-buku yang aku beli kali ke dua ni..

Buku yang aku nak sangat. suka nya ..



Kepada korang yang nak beli Sunan Musafir ni datang la awal-awal. Dengar cerita hari sabtu ada pelancaran buku ni.. Pesta Buku ni sampai 6 Mei je. Datang la cepat-cepat ye. 










Apr 30, 2012

Usha-usha Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ..PWTC 27 April - 6 Mei 2012...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tadi sempat jugak singgah PWTC usha-usha pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur kat situ.. memandangkan aku pergi hari ahad, tentu-tentulah ramai orang kat sana.. aku pergi pun dah petang sangat..

Memang banyak sangat booth kat sana.. aku tak sempat usha semua... yang sempat usha ialah booth Karangkraf, Ana Muslim, Popular, MPH, PTS, Galeri Ilmu dan booth-booth yang berdekatan je.. memang tak sempat usha semua.. balik pun dah malam.. diorang siap-siap nak tutup booth dah..

Booth yang paling lama aku usha ialah Karangkraf.. Dewan tu memang penuh la dengan buku... fuhhh.. rambang mata aku nengok buku-buku yang banyak tu.. 



Booth Ana Muslim


Kat sini memang rambang mata.. semua koleksi Ramlee Awang Mursyid weyh..


Promosi-promosi... mari-mari beli..


Bahagian Buku RM 10.00.. pilih-pilih...



Jalan-jalan punya jalan perut pun lapar.. memandangkan mall depan PWTC tu pun macam dah nak tutup, kitorang singgah KFC je la.. KFC kat Jalan TAR sebelah Patama ... masa ni, Sogo pun nak tutup dah... alhamdulillah selamat makan... walaupun semalam kecoh dengan perhimpunan 'CLEAN' dekat KL.. yeahh.. selesai makan, balik lah.. nak merayap mana lagi malam-malam ni... esok kerja ye.. jangan ngada-ngada nak MC.. huhu... 


Ni je la yang sempat aku beli tadi... 



p/s: sory la kualiti gambar tk berapa bagus.. tak mampu weh nak beli DSLR.. heheh


Apr 28, 2012

Sunan Musafir..





Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Peminat-peminat karya Ramlee Awang Mursyid mesti dah tak sabar-sabar nak baca karya terbaru beliau selepas Fiksyen 302 kan?? 

Aku pun sebenarnya tak sempat habis lagi baca Fiksyen 302 tu, tapi tetap nak beli jugak buku Sunan Musafir ni.. hehehe

Mengikut Fan page RAMFC, buku Sunan Musafir ni akan ada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC nanti dengan cetakan khas dalam edisi kulit keras... terhad 1000 naskhah je dengan harga RM 33.00...  huisyh.. memang la aku nak edisi khas ni.. harap-harap dapat la..

Tuan Ramlee Awang Mursyid akan berada di Pesta Buku untuk sesi temu mesra penulis pada 1,4,5 & 6 Mei nanti...untuk makluman lanjut boleh usha-usha la page RAMFC ye... 




p/s: bila nak pergi Pesta Buku kat PWTC ni?

Apr 3, 2012

Buku lagi..


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Buku lagi? hehe.. haritu aku jalan-jalan kat Jalan TAR.. masuk kedai buku sebab kakak aku nak guna baucer buku 1 Malaysia yang dia dapat.. (time aku pelajar, ak tk de plak dapat baucer tu.. huh..)

Masuk Pustaka Mukmin, Minerva.. belek-belek la buku... mula nya tak ada niat nak beli buku pun.. sekali tengok bahagian novel Melayu ada diskaun la... 20% tu.. Novel Ramlee Awang Mursyid pun ada.. akhirnya aku beli jugak la novel kat situ..

Novel Ramlee Awang Mursyid.. ((Adam,Mikhail, Satu Janji)

Ingat nak beli semua, tapi memandangkan bajet tak cukup, beli 3 dulu lah.. hehe.. harap-harap lain kali ada lagi diskaun ni..

Oh ye.. 27 April hingga 6 Mei nanti ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.. Tak sabar rasa nak serbu.. Lokasi Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2012 di Dewan Tun Hussein Onn PWTC.. Jom datang jom..




PTS ada buat peraduan tau.. untung-untung boleh dapat baucer RM 1000, RM 800 dan RM 500... nak  tau lebih lanjut boleh klik <SINI>.






Feb 19, 2012

Hadapi dengan senyuman... ^_*


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum esok bermula, ni nak update blog kejap.. ye lah.. esok dah kerja balik.. mungkin tak sempat nak jenguk blog ni..

Oh ye.. aku baru habis baca novel Mandatori yang aku beli masa MPH book fair haritu.. aku  rasa dua minggu kot masa yang aku ambil untuk habiskan buku ni... cerita dia best.. cuma, nak curi masa tu payah sikit.. ada je benda lain nak buat.. dan mungkin sebab aku suka baca time sebelum nak tidur.. konfirm-konfirm la aku tidur kalau dah kepala atas bantal.. hohoh

Mandatori.. Ramlee Awang Mursyid..

Cerita ni berkisar pasal dendam... dan macam mana bila orang yang tak bersalah dihukum bersalah kerana dianiaya orang lain.. memang kena baca sampai habis la...

Alrite.. tidur awal... esok nak kerja... nanti tersengguk-sengguk pulak kat tempat kerja tu.. yang masih belajar lagi pun sama jugak ye.. selamat malam...

semoga hari esok lebih baik dari hari ini... hadapi hari-hari anda dengan penuh senyuman...

enjoy lagu ni.. dari encik mimpi..








Feb 1, 2012

Skizofrenia, Sinestesia..

Ni buku pertama tulisan Ramlee Awang Murshid yang aku baca.. Ungu Karmila.. best memang best.. aku suka cerita-cerita thriller.. misteri.. unexpected.. gaya tulisan pun senang faham.. buku yang membuatkan aku tak nak skip mana-mana mukasurat.. nak tahu semua..

tak sabar rasanya nak baca buku-buku hasil tulisan Ramlee Awng Murshid yang lain... banyak lagi buku karya beliau.. (nyesal pulak tak beli banyak-banyak masa karnival buku haritu.. boleh jugak dapat diskaun ,, hehe )

Ungu Karmila..


Chop!!

Kenapa tajuk entri ni Skizofrenia, Sinestesia?? Suka sangat lari tajuk kan.. isyh isyh isyh.. 

Okeyh.. Sebenarnya Skizofrenia dan Sinestesia ni ada kaitan dengan cerita dalam buku Ungu Karmila ni.. 

Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental yang deisebabkan oleh ketidakseimbangan sistem saraf dalam otak. Puncanya mungkin kerana proses pembesaran saraf atau otak yang tidak mengikut sistem yang ditentukan. Punca sebenar belum diketahui. Gejala-gejala skizofrenia biasanya muncul pada usia 15 ke 35 tahun. Risiko menghidap penyakit ini sama bagi wanita dan lelaki tetapi lebih cepat muncul pada lelaki. Risiko untuk pesakit Skizofrenia membunuh diri adalah lebih tinggi berbanding orang lain. 

Sinestesia pula ialah deria seseorang - rasa, penglihatan,pendengaran,sentuhan dan bau campur aduk di antara satu sama lain lalu membentuk satu deria yang berkecamuk. Contohnya rasa makanan yang manis  atau pahit kelihatan corak-corak yang tersendiri, alunan muzik kelihatan berwarna-warni. Menurut pakar neuorologi, Dr. Richard Cytowic, sinestesia menjadikan manusia agak puitis tentang kehidupan mereka. Dari segi sains, otak mereka sebenarnya didawaikan secara berlainan.


Ok? Faham tak.. aku pun susah jugak nak faham istilah-istilah sains ni.. (dulu sekolah menegah amil aliran sastera je.. ) Tak minat nak jadi doktor.. takut tengok bedah-bedah, luka-luka dan seangkatan dengan nya..ngeri.. heehee

maklumat ni di ambil dari dalam buku RAM ni.. Dalam segmen ilmu.. 



Jan 14, 2012

Usha-usha Karnival BUKU.. beli-beli...


Kepada penggemar-penggemar buku.. mungkin ada yang dah tahu... start 7 Januari hari tu ada karnival buku kat KL Sentral.. naik je eskalator ke level 2, korang dah boleh nampak dah lokasi dia..


Book Fair MPH..

Well, aku tahu pun sebab aku memang pergi balik kerja lalu kat KL Sentral.. alang-alang lalu, tak kan tak nak singgah.. ye dak?? hehe.. dah 2 kali aku dok usha book fair tu.. memang banyak buku.. diskaun lagi tu.. kalau boleh nak je beli semua.. tapi tengah tengah-tengah bulan ni kena tahan nafsu la.. gaji tak masuk lagi.. kena bertahan sampai hujung bulan... 

Tapi aku beli jugak buku kat situ... tak apa la kan... bukan selalu.. aku beli 3 buku je setakat ni..  setakat akan datang tak tau la kan.. karnival buku ni sampai 20 Januari.. so, keberangkalian aku beli lagi buku agak tinggi...hehe..  tengok lah macam mana...


3 buku je aku beli..

Semua buku yang aku beli tu diskaun 10%.. kalau buku-buku novel english ada jugak diskaun 25%.. diskaun 70% tu mungkin untuk buku-buku lama.. emm.. nak tau pergi la usha sana.. 

Harap-harap aku baca lah buku-buku ni... jangan tau beli je sekadar buat koleksi.. buku Ramlee Awang Murshid tu di 'rekeman' oleh kawan-kawan blogger.. aku tak pernah baca penulisan Ramlee Awang Murshid ni lagi... ni baru nak baca.. ^_*


p/s: mood membaca kembali...



Jul 3, 2011

Renungan bersama 1

Petikan dari Buku karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.. 

Kemukakan soalan-soalan berikut kepada diri sendiri dan jawablah dengan bijaksana..

  1. Tahukah anda bahawa anda akan melakukan perjalanan yang tidak kembali lagi (akhirat)? Apakah  anda sudah mempersiapkan bekal yang cukup untuk perjalanan itu?
  2. Sudahkah anda membekali diri dengan amal soleh sebagai penenang gelisahmu di kubur?
  3. Sudah berapa lama anda hidup dan berapa lama lagi anda akan hidup? Sedarkah anda bahawa setiap permulaan itu akan ada akhirnya, dan akhir dari segalanya adalah syurga atau neraka?
  4. Pernahkah anda mengkhayalkan ketika malaikat turun dari langit untuk mencabut rohmu, dan ketika itu anda sedang tidak sedar?
  5. Pernahkah anda mengkhayalkan hari itu, ketika hari terakhir dalam hidupmu, ketika anda berpisah dari keluarga, anak-anak kekasih dan para kerabat? Itulah kematian dengan masa-masa sukar menjelang kedatangannya berserta penderitaannya.. Itulah kematian..itulah kematian!
Apabila anda telah mati, anda pun dibawa ke tempat pemandian jenazah untuk dimandikan, kemudian dibungkus dengan kain kafan. Selepas itu anda di bawa ke masjid untuk disembahyangkan. Selanjutnya anda di usung ke kuburan, tempat persinggahan pertama alam akhirat. Boleh jadi kuburan itu merupakan taman di antara taman-taman syurga, atau sebuah lubang di antara lubang-lubang neraka..


Buku yang sudah sebulan dibeli.. masih cuba untuk menghabiskan buku yang bermanfaat ini.. Insyaallah..