sueperb pages

Showing posts with label sue nak bagitau. Show all posts
Showing posts with label sue nak bagitau. Show all posts

Jun 17, 2012

Semak Keputusan Peperiksaan SPA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada siapa-siapa yang ambil pepriksaan PTD Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 12 May 2012 hari tu? dah cek keputusan.

Sebenarnya aku baru cek tadi.. terlupa nak cek.. bagi siapa-siapa yang belum cek tak tahu macam mana nak cek boleh pergi link ni..--> SEMAK KEPUTUSAN

Nanti dia akan keluar macam kat bawah ni




LULUS? Tahniah kepada yang lulus. Yang gagal jangan berputus asa. Cuba lagi ye..



suesay : sangat2 tak sangka sebenarnya boleh lulus. Alhamdulillah...



Apr 14, 2012

PIKOM PC FAIR..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Korang tahu tak sekarang ni dari 13 hingga 15 April 2012 ada PIKOM PC Fair kat 3 lokasi? kat Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Persada Johor International Convention Centre dan Village Mall Sungai Petani.. 



Memang dah lama plan nak usha-usha Pikom Pc Fair kat KLCC ni.. tapi... hmmm.. mugkin terpaksa berkorban.. sebab ada hal keluarga pulak hari minggu ni... apa-apa pun, family is first... yeah... 
Kepada yang pergi tu, cerita-cerita la sikit kalau ada apa-apa offer yang best... hehe

selamat bercuti semua...








Jan 15, 2012

Encik Mimpi.. Seniman Jalanan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Korang tahu tak Encik mimpi? sebenarnya masa aku youtube walking tadi aku terjumpa lagu price tag versi Melayu ni.. 100% guna google translate kot... ahaha.. macam u pun ada ke.. tak caye? dengar ni..







Macam biasa lah, kalau ada benda-benda yang menarik minat, aku mesti nak explore lagi.. so aku tengok lah video-video lain dari Encik Mimpi ni... memandangkan tenet boleh tahan laju..

Ni lagu lelaki seperti aku versi Encik Mimpi yang memang terlebih perasan punya..






Ada lagi lagu perasan.. ni pulak lagu Just the way you are versi Encik Mimpi yang perasan.. haha..





Ohh.. ini pulak lagu Putus di Twitter.. ending lagu cinta muka buku?? haih.. layan je la..






Banyak lagi lagu-lagu dari Encik MImpi ni... Aku pun baru jumpa blog Encik Mimpi ni... tapi Encik Mimpi ni  tak pernah tunjuk muka dalam video-video nya.. misteri jugak en mimpi ni... ENcik Mimpi the mysterious man...






Jan 2, 2012

Aku dan Buku..

Dulu masa sekolah rendah, aku memang suka sangat baca buku.. buku siri penyisatan.. aku suka yang ada tajuk-tajuk misteri-misteri.. kalau korang ingat, dulu-dulu ada buku cerita bersiri ni.. Siri Salma, Hardy Boys, Nancy Drew ( eh betul ke ni? aku ingat-ingat lupa je ni.. ).. aku minat buku-buku misteri penyiasatan ni sebab bila baca je ada rasa macam suspen gitu.. benda-benda yang 'unexpected'..  sampaikan pernah aku dengan sorang kawan kelas ( yang mempunyai hobi sama) terikut-ikut dengan watak dalam buku tu.. tahu tak.. kitorang pernah cuba nak menyiasat kes conteng didnding kat toilet.. macam-macam yang kitorang fikir.. haha.. tersenyum sendiri bila teringat balik.. last-last kes tu tak selesai pun.. beriya je lebih kitorang ni..

antara buku-buku siri penyisatan..


bila dah masuk sekolah menengah aku dah beralih arah pulak.. buku misteri-misteri masih minat tapi aku lebih minat buku novel.. bermula form 2, masa tu kawan-kawan sibuk nak pinjam novel lah, nak pinjam kena take turn.. so, aku pun terjebak jugak lah.. ada la satu novel ni aku baca.. aku dah lupa tajuk apa.. lepas aku baca novel tu, aku teringin nak beli novel sendiri.. aku pun pergi lah kedai buku Popular.. nak cari satu novel.. aku tertarik dengan cover novel buku Cinta Marissa ni.. baca sinopsis sikit-sikit.. lepas tu terus beli... 

cover dia simple dan unik..

kebetulan masa tu memang tengah final exam, aku terpaksa menahan untuk baca novel tu.. bila habis je exam baru aku baca puas-puas.. khusyuk habis sampai aku menangis okeyh.. dan kalau aku baca berapa kali pun lepas tu aku akan tetap nangis.. hehe

lepas dari tu aku tak berapa sure apa yang berlaku.. aku dah tak minat sangat nak baca novel.. bukan tak baca langsung, cuma aku dah tak seobses dulu.. kalau baca pun kadang-kadang sampai 5 bab dah terstop.. lepas tu tinggal macam tu je.. 

minggu lepas aku kemas-kemas barang, terjumpa lah satu novel ni.. memang aku punya.. aku beli masa kat UiTM dulu kot.. penanda buku tu masih lagi kat bab 4.. maksud nya aku tak habis lagi baca la tu.. so, aku berharap la aku dapat habiskan novel tu.. apa guna beli tapi tak baca sampai habis.. heh

tak ku sangka-sangka, dalam masa 3 hari habis jugak aku baca novel tu.. 3 hari tu kira lama jugak kan.. aku rasa kalau yang gila novel, satu hari pun dah boleh habis.. ye lah, aku sebenarnya jenis yang baca sikit  tertido.. hehe...boleh bayangkan tak?? sama lah macam baca buku teks dan nota-nota slides zaman muda mudi dulu.. oh well,  at least boleh habis lah jugak...


Khilaf Kasih.. 

Aku dapat rasakan puasnya bila berjaya habiskan satu buku tu.. ceirta dia biasa je.. aku rasa cerita Cinta Marisaa tu lagi best.. dan aku rasa macam nak bergiat aktif balik lah dalam mambaca novel ni.. lagi pun kan, kat rumah ni ada satu rak buku penuh dengan novel.. semuanya kak ipar punya.. boleh la pinjam sementara kan... kan...



sebahagian koleksi novel...





Dec 17, 2011

Cat cat cat..


Mengikut kamus Oxford BI-BM, Cat bermaksud kucing.. Kucing ialah seekor haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w. Kucing suka makan ikan.. Whiskas dan Friskies adalah antara produk makanan kucing yang sangat popular.. So?

So, bukan Kucing yang aku maksudkan di sini.. hmm.. Cuba baca cat dengan ejaan Melayu.. (pandai eja? baguss.. ehehe ).. Jadi faham tak cat tu apa? Cat itu adalah sejenis cecair berwarna yang digunakan untuk mewarnakan sesuatu ruang itu mengikut warna yang disukai.. Ada faham? 

Yeah.. aku tahu semua yang tengah baca ni pandai-pandai belaka.. Jadi memang itu lah yang aku maksudkan.. mengecat rumah.. 

Cerita nya macam ni.. Ayah aku ada menguruskan sebuah rumah kepunyaan ahli keluarga.. Rumah  tu disewa.. sebelum ni ada sebuah keluarga menyewa rumah ni.. Bulan November lepas, keluarga ni pindah sewa ke rumah lain.. jadi, rumah ni sekarang dah kosong la.. dan boleh di sewa kepada orang lain.. 

Lepas penyewa tu pindah dan keluar barang-barang dia, kami datang la melihat keadaan rumah.. tahu tak betapa menguji kesabarannya bila tengok rumah yang dulunya dalam keadaan elok dah jadi teruk.. Dengan jamban tersumbat, pintu belakang hancur, lampu rosak, pam air rosak, pintu bilik dah hilang tombol pintunya, shower patah, mangkuk jamban pecah, paip singki patah, suis rosak, cermin tingkap ada yang pecah, dinding berconteng, grill dah tak boleh kunci.. (fuhh.. macam2) keadaannya ibarat kau bagi pinjam satu barang kat orang yang sangat betul-betul memerlukan barang tu, tapi bila pulang balik, barang tu dah rosak hampir-hampir tak boleh guna... bengang tak rasa?

Orang ni nak menyewa rumah ke nak menjahanamkan rumah? Tu lah yang kami rasa.. entah apa yang penyewa tu buat.. habis rosak rumah.. bila tanya ada apa-apa masalah tak dengan rumah, penyewa tu kata tak ada masalah..  sekurang-kurangnya bagi la tahu kalau tak nak betulkan pun..

Ingatkan lepas dia keluar bolehla terus sewa kat orang lain.. tapi, semakin bertambah beban pulak.. dah la tak dapat duit sewa bulan ni sebab tak boleh sewakan rumah lagi.. lepas tu, kena keluar duit lagi nak baiki semua yang rosak.. terpaksa lah beli pintu baru lagi.. lepastu kena panggil orang betulkan suis-suis yang rosak pulak.. sampaikan orang wyering tu pun mengeluh panjang tengok keadaan rumah tu.. dia cakap orang yang menyewa tu pandai-pandai buat wyering sendiri sampai orang wyering tu pun susah nak detect wayar mana satu yang betul.. orang wyering tu sampai terkena renjatan elektrik kot.. nasib baik sempat elak.. 

So, wyering dah settle.. Kes jamban pulak.. masa orang sewa tu keluar rumah dia ada cakap jamban tersumbat.. tahu tak apa yang kami jumpa dalam lubang jamban tu? berus jamban tahu.. berus jamban yang ada tangkai panjang tu.. uwekk.. ahaha.. ter uwekk- uwekk abang aku dengan kawan dia (yang tolong betulkan rumah) masa nak keluarkan berus yang dah bercampur dengan najis-najis yang tah berapa bulan punya.. ( adoih,,, kembang rasa tekak ni ).. 

Next ialah cat semula.. Mungkin pasal penyewa rumah sebelum ni ada anak kecik yang berjiwa seni, berbakat melukis dan menconteng, so dinding rumah pun menjadi tempat menghasilkan contengan berseni.. ohoho.. maaflah terpaksa memadam semula hasil-hasil seni di dinding tu.. jadi, kami mengambil keputusan untuk cat semula seluruh rumah.. dah 2 hari mengecat tapi masih tak siap lagi.. kami bajet, sebelum 2012 ni, semua akan settle.. 



Usaha mengecat semula rumah.. 


So, sekarang ni rumah open untuk di sewa pada bulan Januari 2012.. Jenis rumah ialah rumah teres 2 tingkat .. Tingkat bawah ada ruang tamu, dapur dan tandas.. tingkat atas ada dua bilik dan sebuah tandas.. Lokasi rumah di Ampang.. ada stesen bas Rapid berdekatan.. ada sesiapa ke nak sewa rumah untuk Januari 2012 ni? aku rasa masih ada kosong lagi... kalau berminat boleh la tanya abang aku sebab abang aku yang uruskan hal sewa-menyewa ni.. aku tolong promote aje.. ^_* 


p/s: cat cat cat.. tak settle lagi..


Dec 15, 2011

Menjawab soalan Putera..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. wah..  di tag ... Putera pulak yang tag tu.. bukan calang-calang.. putera raja tu.. hehe..  Name tuan blog Prince Ayri.. ni jawapan kepada soalan-soalan tuan putera.. 


1. Apakah tujuan korang ber-blogging?
Tujuan asal nak menulis diari kehidupan kot.. dulu semangat je nak tulis diari tiap-tiap malam lah konon.. tapi hampeh.. hehe.. 

2. Namakan satu tempat di Malaysia yang korang suka serta sebabnya?
Sebenarnya jarang melancong.. tapi kalau tempat yang teringin nak pergi tepi sawah kot... macam tenang je suasana kat tepi sawah tu..

3. Apakah pendapat korang mengenai sistem pembelajaran di Malaysia?
Sistem pembelajaran di Malaysia.. emm.. masih ada banyak yang perlu diperbaiki.. cabaran utama nak mempersiapkan pelajar bersedia untuk menempuh alam pekerjaan sebenar.. diharap dapat megurangkan masalah pengangguran dikalangan pelajar-pelajar lepasan universiti.. 

4. Siapakah artis yang korang suka dan nyatakan sebabnya?
Emm.. kalau penyanyi , Azlan ( Typewriter) sebab suara dia wow... boleh meremang kot dengar suara dia .. kalau pelakon, Adi Putra kot.. sebab pada pandangan aku dia seorang yang berkarisma.. 
Kalau perempuan, Wardina sebab kagum dengan penghijrahan dia dan personaliti dia...

5. Dalam hidup korang apakah kejayaan yang masih belum tercapai dan bilakah akan tercapai?
FUhh.. banyak lagi benda yang tak tercapai kot.. untuk masa yang terdekat ni, aku nak menge 'P' kan lesen L ku yang dah berapa bulan tertangguh... mungkin akan tercapai dalam bulan depan..

6. Di dalam dunia ini siapa yang korang rasa paling pandai dalam teknologi, nyatakan sebab untuk jawapan korang tu?
Siapa ek? Steve Job kot.. sebab dia yang banyak mencipta produk-produk teknologi canggih yang tak pernah kita terfikir..

7. Pengalaman pahit yang korang susah nak lupakan?
Melanggar lampu merah masa ujian JPJ dan gagal serta merta.. huhu.. tiap kali teringat muka pegawai JPJ yang bawak kereta tu mesti aku akan rasa arghhhhh!!...  tension.. apasal hang pi laggar lampu merah tu? huhu

8. Siapakah orang yang paling korang sayang selepas ibu dan ayah?
ahli keluarga lain.. abang, kakak, saudara mara... family first..

9. Kalau korang nak sambung belajar tahap paling tinggi ialah dengan memiliki apa? Diploma, Degree, Master, PhD …etc
Master... 

10. Subjek apa yang paling korang suka masa di tingkatan 3? Sebabnya?
Kemahiran Hidup.. sebab dapat belajar memasak, menukang, menjahit dan banyak kemahiran lagi.. Subjek yang agak senag nak skor kot... 


11. Tempat yang paling best yang korang rasa dalam dunia ni? Cerita sikit :)
Makkah.. tempat semua umat Islam berhimpun menunaikan perintah Allah swt..






Dec 2, 2011

Event baru Hari Tanpa Lapar..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 

Warga-warga KL atau siapa-siapa je lah yang nak jadi sukarelawan Hari Tanpa Lapar, sabtu ni 3 Disember 2011 ada satu lagi event untuk pembahagian makanan minuman kepada Homeless.. 

Kalau ada siapa-siapa nak join kerja amal ni boleh la email nama dan nombor telefon ke zarith.naquiah@gmail.com.. apa kata Like page Hari Tanpa Lapar ni..







p/s: sy bukan admin .. sekadar berkongsi benda-benda yang baik ni...




Nov 18, 2011

Usha-usha BN Youth Job Fair di PWTC



Cerita pasal Job Fair lagi! Kali ni BN Youth Job Fair pulak.. BN Youth Job Fair di PWTC baru start harini.. 18 - 20 November... Aku pergi hari ni sebab sabtu ahad aku tak ada di sini.. Aku akan balik kampung lagi.. ada majlis kenduri sepupu Ahad ni.. Orang-orang Batu Pahat semua, I'm coming !! huhu.. 


Ok lah, macam tak lengkap pulak rasanya kalau tak letak gambar.. Ni antara gambar yang sempat aku snap.. 

Selamat datang ke BN Youth Job Fair..


penyelam ni sesat sampai ke PWTC.. hehe


kalau nak try naik motor ni pun boleh.. 


selain BN Youth Job Fair, kat situ pun tengah di buat Malaysian Food Festival.. 



4 gambar je cukup tak? hmm.. pun boleh la ye.. ni je la yang sempat.. lagipun tak berapa sihat la hari ni.. hidung ni asyik meleleh je.. tanda-tanda nak demam la ni.. huhu.. harap-harap dapat melawan penyakit ni..

^_*


senarai company yang terlibat klik SINI




Oct 21, 2011

Program Latihan 1 Malaysia di Kolej Komuniti..

Kolej Komuniti Shah Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Korang tahu tak pasal Program Latihan 1 Malaysia? Program ni adalah ilham YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2011 bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat melalui Latihan 1 Malaysia.



Objektif Program

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat setempat
  • Membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
  • Mengurangkan masalah sosial belia
  • Memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran
  • Memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan

Syarat Kelayakan

  • Warganegara MALAYSIA
  • Boleh membaca dan menulis
  • (Pesara kerajaan/Warga Emas/Belia/Lulusan Universiti/Lepasan Sekolah)
  • Pekerja yang sedang bekerja
  • Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon
  • Kursus dijalankan pada selepas waktu pejabat (hari bekerja) dan hujung minggu:
  • Masa 6.00 petang hingga 10.00 malam (hari bekerja)
  • Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang (hujung minggu)
  • Program Kemahiran Bahasa - RM10.00 / Kursus (Pakej)
  • Program Kemahiran Lain - RM 1.00 sejam (Bayaran Dicaj Mengikut Jam Kursus)

Kalau nak daftar, korang kena lah pergi kat mana-mana kolej Komuniti yang ada tawarkan program ni..  Aku sebenarnya dah join satu kursus iaitu kursus bahasa Mandarin.. RM10 je tau.. untuk 32 jam.. setakat ni aku dah datang untuk 2 kelas. kelas bahasa diadakan sebelah malam.. malam ni pun ada lagi kelas.. seronok jugak belajar bahasa mandarin ni.. 'Zhen de ma?'

Untuk pengetahuan korang, banyak lagi kursus yang ditawarkan di bawah program Latihan 1 Malaysia ni.. Untungnya kalau korang daftar untuk program ni, yuran dia murah je.. dan kalau korang ambil kursus kemahiran seperti -memasak, jahitan, solekan dan lain-lain, korang cuma bayar yuran je.. barang-barang semua pihak kolej komuniti yang akan sediakan.. 

Antara kursus yang ada kat Kolej Komuniti Shah Alam untuk bulan Oktober-November

BAHASA DAN MUZIK

  • Kursus Bahasa ( RM 10 setiap bahasa)
  • Kursus Muzik ( RM 10 setiap muzik)
  • Kursus Tarian ( RM 10 setiap tarian)

Kemahiran (RM 20)
SAJIAN DAN KATERING

  • Kursus kuih-muih tradisional
  • Kursus pembuatan coklat
  • Kursus masakan barat
  • Kursus Roti dan kek
  • Kursus Pembuatan coklat

FESYEN DAN PAKAIAN

  • Kursus Jahitan Kreatif (Baju)
  • Kursus Jahitan Kreatif ( Langsir)
  • Kursus Jahitan Kreatif (Tudung)

GRAFIK DAN MULTIMEDIA

  • Kursus Fotografi Kreatif
  • Kursus Adobe Illustrator Photoshop

SOLEKAN

  • Kursus Solekan dan Andaman
  • Kursus Kecantikan

ART & Craft

  • Kursus Silk Printing
  • Kursus Felt Craft
  • Kursus Clay Animation
  • Kursus Frame Craft



P/s : Kalau boleh memang nak join semua.. hehe .. untuk apply online dan tengok senarai kursus boleh klik SINI



INFO




Oct 17, 2011

Sukarelawan diperlukan.. Hari Tanpa Lapar..


Aku teringin nak jadi sukarelawan.. tapi tak tau macam mana.. pagi tadi aku ada tengok MHI di TV3.. tetamu jemputannya ialah pengasas Hari Tanpa Lapar Malaysia.. Zarith Naquiah Binti Zahari penerima dana dari 1MDB dan peserta Sejuta Impian TV3... kalau yang suka tengok Sejuta Impian mesti tahu pasal ni.. 



status update Hari Tanpa Lapar



Objektif Hari Tanpa Lapar..
• Memberi makanan dan minuman berkhasiat kepada rakyat Malaysia yang kelaparan dan kurang berkemampuan.

• Memberi informasi dan kesedaran kepada rakyat Malaysia kewujudan Hari Tanpa Lapar dan kesan postif kepada Negara.


Golongan Sasaran..
• Warganegara Malaysia.

• Mereka yang kelaparan.

• Golongan kurang upaya.

• Golongan cacat penglihatan.

• Golongan kurang berkemampuan.

• Kanak-kanak yang terbiar.

• Hilang daya ingatan.



untuk info lebih lanjut LIKE lah Fanpage HARI TANPA LAPAR ni..









ps: macam teringin nak join tapi pukul 10 malam sampai pukul 1 pagi.. pergi boleh naik LRT.. balik sampai pukul 1 pagi nak naik apa pulak.. hmm.. kalau ada kawan boleh la pergi sekali.. siapa nak pergi??? jom..








Oct 7, 2011

Petang ni...



Petang ni ada dua siaran langsung yang diutnggu-tunggu.. belanjawan 2012 dan perlawanan persahabatan Malaysia vs Australia.. untuk belanjawan 2012 siaran boleh disaksikan di RTM dan TV3 bermula jam 4 petang.. Bertemakan “Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”... tengok je la ye nanti.. 


untuk perlawanan persahabatan Malaysia vs Australia , siaran langsung di Astro Arena 801 jam 5 petang.. all the best MAlaysia..

pic kredit to FB



FAnpage FOotball Malaysia Team


Ps: tak dapat la tngk sebab tak subscribe Astro Arena..





Sep 22, 2011

Istiadat konvokesyen UiTM ke 75 - cara cek denda dan saman..

Dah cek saman/denda ke belum?

Ramai pelajar UiTM dok tengah kecoh pasal saman dan denda .. ada yang kena saman sampai beribu-ribu.. kebanyakannya kes parking.. tempat parking memang tak cukup tambah-tambahan lagi kat kampus Shah Alam.. (kampus lain tak pasti pulak..) .tu lah siapa suruh bawak kereta .. lain kali naik bas je macam kami.. jimat pun jimat.. wahaha.. ( gurau aje.. ) 

Tapi kalau saman sampai beribu-ribu tu mau habis duit gaji berapa bulan.. kalau dah bekerja tak apa lagi.. kalau yang masih menganggur tak dapat kerja lagi tak ke payah tu.. kalau tak bayar saman, tak boleh konvo.. fuhh.. pandai-pandai la korang selesaikan saman atau denda ni ye... tak dapat den nak nolong..

Berbalik kepada tajuk utama.. macam mana nak tau ada denda ke saman?.. kalau nak cek boleh klik SINI..

Masukkan no kad pelajar dan IC.. kalau tak ada tunjuk apa-apa denda atau saman maksudnya korang bebas la dari apa-apa denda dan saman..


screen shot dari web konvokesyen UiTM


kalau korang tak ada saman/denda, dia akan keluar macam kat bawah ni

Alhamdulillah.. bebas dari saman..


Jangan lupa cek bil konvo ye... Yuran konvo pun kena settle jugak.. nak cek Bil boleh klik SINI





Sep 21, 2011

FB buat pembaharuan lagi... suka ke tak suka?



Siapa yang tengah online Facebook mesti perasan kelainan kat Facebook korang.. dulu masa dia buat pembaharuan kat bahagian chat, aku terus tak mau on chat dah.. aku akan hide bahagian chat tu.. macam serabut je chatbox dok kat tepi.. lagipun siapa la nak chat dengan aku ni ( hoho.. ayat sedih)

sebelum tu ada tak dapat email dari facebook macam ni..



yang ini aku suka.. Facebook akan hantar less email .. kalau dulu setiap kali ada notification, dia akan keluar kat email.. kali ni dia akan buat summary je.. dan sebab tu jugak inbox aku dah sampai 7000 lebih.. tu pun aku dah padam sikit-sikit.. dan iklan-iklan atau group update semua aku jadikan spam..  kalau tak memang penuh inbox dengan email dari Facebook..


Real time update..

kalau yang ini nak kata suka tak jugak.. tak suka pun tak jugak.. sebab benda ni kecik je.. tak bagi impact sangat kat pemandangan facebook tu.. boleh tengok status dan komen kawan-kawan.. ok la kot.. 


gambar uploaded

kalau korang perasan, bila upload gambo dia akan susun satu-satu.. tapi yang ni susunan dia lain sikit... dan dia akan lebih fokus kepada muka.. fuhh.. ni yang aku segan nak upload gambo dah lepas ni.. (ahaha)..


pembaharuan memang perlu untuk penambahbaikan.. cuma sama ada pembaharuan tu boleh diterima atau tidak.. sama juga seperti manusia.. manusia juga boleh berubah kan.. 








Sep 14, 2011

MCTF dan Karnival Kerjaya..


Ada dua job fair hujung minggu ni.. siapa-siapa yang masih tak dapat-dapat lagi kerja, jom cuba nasib di Mid Valley dan PWTC ...

credit to Jobstreet.com

Malaysia Career Training Fair..

Tarikh : 16-18 September 2011
Masa : 10 pagi - 7 malam
Lokasi : Mid Valley Exhibition Kuala Lumpur




Karnival Kerjaya Sektor Pertanian

Tarikh : 17 -18 September 2011
Masa : 10 pagi - 7 malam
Lokasi : Dewan Tun Razak 4, PWTC Kuala Lumpur



Untuk maklumat lanjut mengenai MCTF klik SINI..



dah sedia ke nak pergi walk in interview? jom tengok tips temuduga dari amanwan ni.. hehe






Sep 8, 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia...


Walaupun Kedai Rakyat 1 Malaysia tu dekat je tapi serius sebelum ni aku tak pernah sampai situ lagi.. bila keluar kat tv dan baca blog yang cerita pasal Kedai Rakyat 1 Malaysia ni, rasa macam nak jugak tengok apa yang special sangat kedai 1 Malaysia ni.. 

Bila keluar kat TV dan dengar cerita dari orang lain, baru aku tahu yang kedai tu kat stesen LRT Kelana Jaya je.. lerrr.. macam mana aku boleh tak perasan kewujudan kedai tu.. haisyhh..

Baru hari ni rasa nak singgah situ... memandangkan aku pergi waktu orang tengah bekerja, tak ramai pun kat situ.. 2, 3 orang je.. dan mulanya aku ingat kedai dia besar macam supermarket.. rupanya macam minimarket je..

ni la kedai rakyat 1 Malaysia...


untuk pergi ke sana, bila keluar je dari tempat tiket LRT tu, belok ke kanan.. nampak Guardian, nampak tangga, turun bawah.. kat situ la kedai 1 Malaysia nya.. hehe.. 

pandangan dari atas.. tangga turun kat sebelah kanan..

mula-mula pusing-pusing dulu tengok barang apa yang ada.. ingatkan nak beli ikan ke sayur ke ayam ke.. boleh jugak masak ( pandai ke masak? haha).. barang-barang basah tu tak ada la kat kedai ni.. mengikut pemerhatian aku sendiri, barang yang jenama 1 Malaysia tak la banyak sangat.. barang jenama lain pun ada dijual kat situ.. ni antara barang-barang yang sempat aku snap gambar sementara memikir apa benda yang nak beli..

sos cili, sos tomato..

sardin, susu, fruit cocktail..

aiskrim...

gambar lain tak sempat nak tangkap.. mana boleh snap semua.. ni pun snap curi-curi ni.. heheh.. dan setelah pusing-pusing satu kedai berkali-kali, ni je lah yang aku mampu terbeli..

barang-barang dapur.. 

total barang-barang kat atas ni dalam RM22... rasa jimat tak? siapa-siapa nak berjimat boleh la beli barang-barang kat Kedai Rakyat 1 Malaysia ni... 


sekian laporan berita dari saya Suhaidah dari Sueperbs.blogspot.com.. hehe




Sep 6, 2011

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE 75.. (Oktober 2011) - Langkah Ke-2




Langkah pertama dah tamat.. langkah ke dua pulak... Langkah ke dua ni graduan perlu menyemak maklumat berkaitan bendahari, denda tertunggak dan status bayaran..

seperti yang tertera di atas tu, sistem hanya akan dibuka bermula 19 September 2011... harap maklum..


p/s: aku rasa aku tak pernah lagi kena denda.. ( harap-harap lah tak ada)


Ni pulak tarikh-tarikh untuk konvokesyen megikut kampus bagi setiap program/kos

Kampus UiTM Shah Alam

Kampus UiTM Perak

Kampus UiTM Perlis

Kampus UiTM Sarawak

Kampus Terengganu


Alhamdulillah kos perbankan Islam tarikh konvo nya 24 Oktober 2011..  waktunya petang...


semua info ni ada kat SINI..





Aug 5, 2011

Maklumat untuk semua BAKAL GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE 75..


Kepada pelajar yang akan menghadiri konvokesyen UiTM ke 75.. Sila ambil tahu pasal tarikh-tarikh ni..



LANGKAH PERTAMA GRADUAN 
(29/7/2011 sehingga 15/8/2011)
1) Semak nama graduan dan kemaskini maklumat terkini (klik disini)
(Kepada pelajar Tebus Tampal/Intersesi/Sarjana/PhD yang belum disahkan oleh Mesyuarat Senat UiTM, nama tuan/puan hanya boleh disemak melalui sistem ini bermula 11/8/2011)
LANGKAH KEDUA GRADUAN
(1/9/2011 sehingga 30/9/2011)
2) Semak maklumat berkaitan bendahari,denda tertunggak dan status bayaran (Denda Perpustakaan,Keselamatan dan Hal Ehwal Pelajar)
LANGKAH TERAKHIR GRADUAN
(1/10/2011 sehingga 14/10/2011)
1) Sahkan kehadiran
2) Cetak Borang Jubah
3) Cetak Panduan Istiadat Konvokesyen
4) Cetak Bil Konvokesyen



untuk maklumat lanjut klik kat SINI


Jul 17, 2011

Ops Buang..

Rasa tak puas hati pulak dengan blog sendiri.. walaupun belum ada orang yang komen atau tegur pasal blog ni, tapi bagi aku sebagai tuan blog ni rasa macam semak bila tengok blog sendiri.. hehe.. sedangkan tuan blog tengok blog sendiri pun dah semak, macam mana lah dengan orang-orang yang berkunjung ke blog ni? huhu

dan sebab itu jugak, aku buat renovation sikit dekat blog ni... mungkin korang tak perasan, tapi sebenarnya banyak jugak benda-benda yang aku dah buang dalam blog ni.. dan susun atur blog ni pun dah berubah.. 

antara yang aku dah ubah dalam blog ni..

  1. Bloglist.. dulu tamak sangat sampai ada 5 bloglist .. sekarang dah kurangkan jadi 2 je..
  2. Scroll.. dulu aku tak buat scroll ni.. sekarang bloglist dan blog archive aku dah letak scroll untuk mengelakkan list yang panjang.. 
  3. Reply.. untuk komen dah ada button reply.. so tak yah susah-susah nak tulis balik nama2 pengomen bila membalas komen mereka.. terima kasih yang rajin komen.. ^_*
  4. Susun atur.. kalau ada yang perasan, aku dah ubah sikit-sikit susun atur widget-widget dalam blog ni.. supaya nampak lagi menarik..
  5. Widget-widget.. ada beberapa widget yang aku dah buang.. walaupun sebenarnya aku suka sangat dengan widget tu.. tapi demi kebaikan blog ini, aku dengan berat hati buang jugak widget-widget tu... 

dan itu je la kot perubahan yang aku dah buat kali ni.. dan bila analyze blog sueperbs.blogspot.com ni, keputusan yang aku dapat..




dah tak tau apa nak ubah lagi.. ini je la yang termampu setakat ni..

korang rasa nak check speed blog korang jugak? cuba test kat SINI

credit to Mr Nasz untuk info pasal page speed grade ni..