sueperb pages

May 27, 2012

Anak Kampung..





Best dengar lagu ni.. masa Raja Lawak 6 akhir kumpulan Zero ada nyanyi lagu ni.. Terbaru ni One Nation Emcees pulak berduet dengan Jimmy Palikat untuk lagu Anak Kmapung ni.. Dengar banyak kali pun tak pe.. Usha-usha lagu ni kat youtube. ada banyak versi orang buat..  aku suka yang original punya..

saje nak cari kod lagu anak Kampung ni.. cuba-cuba belajar main gitar... layann...



Kord Lagu Jimmy Palikat - Anak Kampung

Intro A E D A E A

A E
memang aku ini anak orang miskin
E D
tiada apa-apa yg dapatku berikan
A E
engkau memang cantik memang tidak padan
A
dan tidak sepadan

E

A E
aku anak kampung tiada pelajaran
E D
kuli kuli sahaja memang tidak padan
A E
cantik baa kau itu banyak yang tergoda
A
lagi orang kaya

Chorus
D E
tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
C#m F#m
rumahku pun tiada ada pun bapak punya
D E
apalagi belanja mahu bayar berlian
A
kawin sama kamu

D E
bukannya ku tidak suka sama kamu
C#m F#m
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
D
karna aku cinta
E
aku lepaskan kau sama
A
orang lain

E

A E
engkau masih muda cantik lagi menawan
E D
janganlah kau cari lelaki macam saya
A
engkau memang cantik
E A
nanti kau menyesal tiadalah guna




p/s:  ada kod lain share-share la.. hehe..

May 26, 2012

Review Smile...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

'Smile represents thousand words'.. Betul tak? Kalau tak silap ni la tajuk karangan yang aku buat untuk Peperiksaan PTD untuk SPA hari tu.. hehe.. Bukan susah pun nak senyum kan...  Tapi kalau asyik senyum je pun masalah jugak tu.. 

Smile yang aku nak review ni sebenarnya sebuah buku. Sebelum ni aku ada cerita yang aku beli buku SMILE ni kat Pesta Buku PWTC. Buku SMILE ni hasil karya pertama Irma Hasmie. Sebelum ni kita tengok Irma Hasmie berlakon kan.. tak sangka pulak Irma Hasmie tulis buku. Buku motivasi pulak tu. 

Best dapat jumpa Irma Hasmie kat Pesta Buku haritu.. Yang lagi best nya bila Irma Hasmie masuk blog ni.  . hehe.. aku dapat tahu pon bila tengok facebook Irma Hasmie.. 


screen shot from wall FB Irma Hasmie.. refer enty ni


Buku SMILE ni aku dah habis baca dah. Overall memang bagus buku ni.. banyak tips-tips yang ada dalam buku SMILE ni. Ada 16 kisah dalam buku ni. Cerita-cerita yang di tunjukkan dalam buku ni memang terselit banyak pengajaran dan boleh dijadikan inspirasi.

Tajuk SMILE adalah singkatan bagi perkataan Skil, Motivasi, Inspirasi, Luar biasa dan Elegan.


"Biar sedikit tetapi menjadi. Asal berbekas dalam hati. Skil di tangan, InsyaAllah menjadi. Motivasi menjadi pendorong diri. Oh, jangan lupa, pemberi Inspirasi! Itu adalah sebab adanya nabi. Luar biasa hidupmu selepas ini, kata orang, Elegan gayamu berbeza sekali" -petikan kata Irma dalam buku SMILE..



p/.s: smile sokmo ye..


May 24, 2012

Sueperbs Pagi 24 May 2012..