sueperb pages

Showing posts with label tribute to... Show all posts
Showing posts with label tribute to... Show all posts

Jul 14, 2011

...Acik Pembuat Banner...


Terima kasih banyak-banyak Acik sebab buat kan banner ... secara percuma pulak tu.. hehe.. ni ha banner yang cik buat..



Okey, segan lak tengok banner muka sendiri.. meow meow pulak tu.. haha..  Mesti Acik tak jumpa gambar lain dalam blog ni  kan.. sebenarnya ada, tapi memang susah nak jumpa pon.. 

Haha.. Acik ambil gambar profile.. gambar ni gambar tengah bosan kat ofis.. masa ni ngantuk tahap ekstreme .. bila dah ngantuk macam-macam la benda lain nak buat.. saje buat black and white ala ala zaman dulu-dulu.. oohh.. rupanya kena guna gambar berwarna baru boleh buat lip lap lip lap ye.. 

Wahai blogger-blogger sekalian, kalau korang nak bannerr free, korang mintak la Acik buat.. Acik buat free je tau.. korang berbuat baiklah dengan Acik ni... semakin baik semakin cantik banner yang Acik buatkan nanti.. hehehehe

Abis la Acik.. tak tido malam la nanti asyik buat banner je.. 

Untuk maklumat lebih lanjut, klik kat blog  ACIK..


Jun 8, 2011

Tragedi 8 JUN 1989..


Pagi hari 8 June 1989, Salbiah, seorang wanita yang sudah mempunyai 3 orang anak digegaskan ke hospital Muar Johor ditemani ibunya Amah dan adik lelakinya Mustafa manaiki teksi.. Setelah 9 bulan mengandung anak yang ke empat,  kini tiba masanya anak itu keluar dari perut ibunya untuk menempuh dunia luar..


Salbiah seorang ibu yang sangat tabah.. walaupun suami tiada di sisi demi mencari rezeki di Kuala Lumpur, Salbiah tetap berusaha bartarung nyawa melahirkan anak yang keempat itu seorang diri sementara ibunya Amah menunggu di luar bilik persalinan.. tepat jam 8.30 pagi, kedengaran suara jeritan bayi yang sangat kuat memecah kesunyian pagi di bilik pembedahan.. suara tangisan yang melegakan hati yang resah..


Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kasih sayang yang mendalam, Salbiah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.7kg yang normal dengan kaedah biasa tanpa sebarang pembedahan.. Sementara itu, suaminya Mukminin bergegas pulang ke kampung untuk menyambut kelahiran anak keempat mereka.. Sebaik tiba di hospital, Mukminin mendukung anak yang baru lahir itu sambil mengazankan di telinganya..


Sementara itu, Salbiah dan Mukminin masih mencari cari nama yang sesuai untuk anak ke empat mereka.. akhirnya anak itu di beri nama Suhaidah oleh atuknya Amah yang setia menemani Salbiah di hospital sepanjang beliau bertarung nyawa di dalam bilik persalinan..


budak kuat nangis yang selebet.. heh


Maka, hari ni 8 Jun 2011, genaplah 22 tahun umur anak perempuan bernama Suhaidah itu..Suhaidah amat bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang begitu tabah dan ayah yang begitu menyanyangi anak-anaknya disamping adik beradik yang lain.. Suhaidah berharap dapat membalas jasa mereka yang banyak berkorban untuknya..

Selamat hari lahir Suhaidah dan terima kasih ibu kerana melahirkan Suhaidah...



p/s: perasaan ketika menaip entri ini gembira+sedih... 

Jun 1, 2011

Anwar Hadi pulak buat aku nangis.. huuuuhuuuu




dulu Mat Lutfi buat aku nangis dengan video nya.. kali ni Anwar Hadi pulak.. walaupun hanya video ucapan tapi sebab melibatkan ibu, aku memang sangat la sensitif... 


keluarga paling utama dalam hidup aku.. siapa lagi yang lebih memahami dan menerima aku seadanya melainkan keluarga aku sendiri.. alhamdulillah walaupun aku bukan lah dari golongan kaya dengan harta benda, aku tetap bahagia mempunyai sebuah keluarga..


Thaks to mak,ayah, abang,akak dan ami.. keluarga ku.. (aku anak last tapi aku tak manja ye.. heh  ^_*  )

sayangi lah keluarga anda.. 

May 17, 2011

Entri Untuk Hackers..

As salamualaikum... entri ni saja ditaip untuk Hackers.. Dulu ada menang contest yang Hackers buat.. dan saya memang selalu singgah blog Hackers baca entri tapi sejak semalam kot, blog Hackers tak boleh masuk.. Malware detected..

macam ni la yang keluar..

so, tiada pilihan lain.. terpaksa back to safety... hmm.. bahaya ye Malware tu..  apa kesan nya ye? 
itu je lah nak bagitau.. 
takut jugak kalau blog saya pun kena macam tu... hmmmm



May 16, 2011

Terima Kasih cikgu.. Selamat Hari Guru

Hari ni 16 mei ... hari ni hari guru la..  kalau sekolah lagi, mesti dah sambut dah.. 
secara jujurnya aku bukan jenis yang selalu bagi hadiah masa hari guru.. aku rasa cikgu pun tak mengharapkan hadiah kot.. cukup lah sekadar aku jadi anak murid yang baik, dengar cakap cikgu, belajar rajin-rajin dan menjadi orang yang berguna..aceceh...


kalau nak senaraikan satu persatu nama cikgu yang pernah mengajar aku memang la aku tak ingat.. sorry cikgu, bukan saja nak lupa cikgu tapi kalau tengok wajah cikgu mesti saya ingat lagi.. apa-apa pun di sini saya nak berusaha mengingat semula nama-nama cikgu yang telah mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar sampai la saya menjadi apa yang saya jadi sekarang.. (sekarang jadi apa ek? penganggur kot.. hehe.. baru habis belajar la.. rilex dulu.. )


SK(1) Alam Shah


Mrs Sheila - cikgu kelas darjah 1
Pn Saiza Baharom - cikgu bahasa Melayu
En Nasir - cikgu muzik
Ustazah Asmah - cikgu agama Islam
Encik Murugan - cikgu kelas darjah 3 
Encik Assokan - cikgu bahasa Inggeris
Encik Mahendran - cikgu bahasa Inggeris
Ustaz Nasarruddin - cikgu agama Islam, cikgu displin 
Pn Yusnita - cikgu matematik, sains dan cikgu kelas darjah 6
En Zaidi - cikgu bahasa Inggeris, cikgu displin dan cikgu olahraga



SMK (P) Sri Aman


Mrs. Jill - cikgu Bahasa Inggeris
Pn Laila - cikgu Bahasa Melayu
Mr Cheah - cikgu Matematik
Ms Tan - cikgu Sejarah
Pn Hamimah - cikgu kelas tingkatatan 4
Pn Nor Khasimah - cikgu bahasa Melayu
Pn Norshilah - cikgu pendidikan Seni
Pn Chua - cikgu Bahasa Inggeris
Pn Munjiah - cikgu Akaun
Pn Nura Ab Rahman - cikgu Pendidikan Islam
Pn Khalijah Bidin - cikgu Kemahiran Hidup ERT (ajar masak chicken chop, nasi goreng... hee)
Pn Amalina - cikgu kemahiran Hidup jugak (ajar masak rendang, spaghetti)
Pn Santira - cikgu geografi
Pn Christina Chan - cikgu PJK
Pn Sharifah Paizah - cikgu Matematik Tambahan




SMK Pendamaran Jaya


Pn Murni - cikgu kelas tingkatan 5 Amanah, cikgu bahasa Melayu 2 (karangan)
Pn Zainah - cikgu Matematik moden
Pn Suriani - cikgu Akaun ( rajin buat kelas tambahan hari minggu)
Pn Zamiah - cikgu Bahasa Melayu 1
Encik Zainal - cikgu sejarah ( cikgu yang selalu panggil nama aku Mukminin.. tersedak ayah kat rumah)
Mr Siva - cikgu matematik tambahan 
Ustazah Sabariah - cikgu pendidikan Islam
Mrs Gucci- Cikgu bahasa Inggeris


Matrikulasi Perlis


En Syakirin - pensyarah pengurusan peniagaan
Pn Rodzila - pensyarah Matematik
Pn Marina - pensyarah Akaun
Pn Siti Fatimah - pensyarah Ekonomi
Cik Yusni Yusoff - pensyarah Bahasa Inggeris
Ustazah Wardah - pensyarah Pendidikan Islam


UiTM


Pn Aminah Mohd Abbas - KP ISBA, advisor project paper
Encik Ibrahim - ex KP ISBA, pensyarah Islamic Financial Planning
Mrs Thevy - pensyarah BEL 
Encik Mohd Faizal  -  pensyarah Takaful, Islamic Banking and Financial Services
Encik Mohd Nizam Jaafar - pensyarah Fiqh Muamalat 
Encik Amirul Afif - pensyarah finance, philosophy of Islamic Banking
Puan Hajjah Laily - pensyarah Financial Statement Analysis
Ustaz Salehuddin, Ustaz Abd Halim, Ustaz Ibrahim - pensyarah Bahasa Arab
Profesor Maznah - pensyarah Marketing
Puan Ainul - pensyarah Risk Management
Encik Basri Anas Yaakob - pensyarah ekonomi
Profesor Mohd Zaidi - pensyarah Strategic Management
Professof Ismail Ahmad - pensyarah Research Methodology
Puan NorZehan - Pensyarah International Business
Ustazah Azizah - pensyarah CITU
Professor Ghafarullahuddin Din - pensyarah Islamic Economic
Puan Nor Laila - Pensyarah Advanced Fiqh Muamalat


wahhh... ramai nya cikgu.. serius aku tak mampu nak ingat semua nya...nama-nama yang aku senaraikan pun mungkin salah ejaan nya.. nama penuh pun tak ingat..  aku memang salute la siapa yang boleh ingat dan senaraikan nama cikgu-cikgu dia satu persatu..

SELAMAT HARI GURU buat semua guru di seluruh dunia... Jasa anda memang sangat bernilai dan tak mampu dibalas..




p/s: nanti akan ku update bila aku ingat lagi
p/s: aku ada cek nama cikgu kat majalah sekolah jugak ... main tipu haa (sikit je.. hehe)