sueperb pages

Showing posts with label sueperbs. Show all posts
Showing posts with label sueperbs. Show all posts

Oct 10, 2015

Usha-usha Graphic Tablet Wacom..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
8 bulan dah tak update.. Nampak sangat malas nak menaip. Hehe.. Busy sikit la..
 
Ok sebenarnya nak bagitahu sue baru beli graphic tablet. Ala yang tablet selalu designer guna tu untuk lukis-lukis. Walaupun sue ni bukan la designer, asas design lagi la tak tahu..  tapi dah lama rasa teringin sangat nak guna graphic tablet ni.. nak jugak try lukis-lukis dan design sendiri kan..
 
Sue beli online je kat LAZADA. Sebelum ni dah banyak la survey graphic tablet ni.. kebanyakannya guna brand 'WACOM'.. Antara brand lain yang ada kat Lazada tu macam 'Huion',Gaomon,Genius dan banyak lagi.. Korang search je graphic tablet kat web Lazada tu. Selain Lazada kat LELONG pun ada. tapi sue beli kat Lazada sebab kat situ ada banyak promo baucer. Ada banyak diskaun dia tawarkan.
 
Setelah survey punya survey, dan mempertimbangkan bajet yang ada, akhirnya sue pilih untuk beli Wacom Intuos Pen & Touch Graphics Tablet CTH480/S2..  
 
Korang kena rajin la scroll down kat web tu, cari kalau-kalau ada harga offer yang lebih murah.. Macam sue, memang dah banyak kali usha-usha brand ni dah, memang yang ni la yang termurah boleh dapat. so, dapat gaji barulah mampu untuk beli.. Sue memang dah ada akaun dengan Lazada ni, so senang la nak beli.. Kebetulan Lazada ada offer 15% diskaun kalau beli guna mobile apps.. banyak tu boleh jimat.. so apa lagi.. download la..

Jimat RM 56.85.. Hihi..
 
Bila dah bayar semua, dia akan bagi la mesej status barang tu.. dalam masa 2 hari je barang tu dah dapat.. kat Lazada tu boleh jugak bayar masa dapat barang... tapi sue terus bayar je senang..

Sampai dalam masa 2 hari

tengok kotak pun dah smart..

barang yang ada dalam kotak

Korang akan kena install cd dalam tu, baru graphic tablet ni boleh digunakan. lepas tu korang perlulah register produk ni.. korang pun boleh install software yang Wacom provide untuk produk yang korang beli.. Macam sue, dah download 2 software..

Artrage..

Autodesk Sketchbook Express..


Sue pun baru je nak mencuba guna graphic tablet ni. seronok jugak sebab sebelum ni nak guna mouse memang susah.. lenguh tangan.. kalau korang nak beli, ikut la mana yang korang suka dan yang korang mampu..


Oh ye.. kalau ada instgram follow la saya di @sueperbs_art..




 

Jan 16, 2014

100 Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur 
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

Dec 7, 2012

Sueperbs Pagi 7 Dec 2012..















Oct 14, 2012

Sueperbs Pagi 14 October 2012..

Jul 1, 2012

Oh Roti Canai..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa tak pernah makan roti canai? kamu? nampak sangat menipu.. hmmm...

Roti canai ialah makanan tradisi rakyat Malaysia. Siapa tak tau apa tu roti canai? Roti canai biasanya dimakan dengan cicah kuah kari atau kuah dal.. roti canai ada macam-macam jenis.. Favourite ku roti telur banjir.. kuah dal... perghhh... bunyi-bunyi pulak perut ni.. 

kalau hari-hari sarapan roti canai mesti perghhhh..... bertambah-tambah la berat badan ni kan.. hehe.. 

Buat roti canai bukan senang.. aku teringin nak tebar roti canai.. nak tebar roti canai kena ada skill tersendiri.. aku google punya google terjumpa banyak video-video tebar roti canai... bukan sekadar roti canai biasa.. roti canai terbang pun ada.. no ha tengok la skill dia



agak-agak orang yang makan pon boleh terbang tak??


hmm... dan yang ini pulak video Johan Raja Lawak yang buat roti canai.. Ni adalah denda sebab pasukan EURO pilihan Johan telah tewas awal berbanding pasukan pilihan Ray dan Hanif  untuk cabaran JOHARA Euro.. So Johan kena cipta sendiri satu resepi roti canai...Tengok lah





Nak rasa jugak roti canai Johan ni.. dah ada jual tak? hehe..





Jun 22, 2012

Sueperbs Pagi 22 June 2012...

Jun 8, 2012

..8..





Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

8? Tajuk entri yang paling pendek kot.. haha.. ada apa dengan 8? hari ni kan 8 haribulan.. so? hey hey.. hari ni tarikh lahir ku.. saje nak bagitau.. hehe.. maka harini genap lah umur ku dua puluh ehem ehem ... heheh... masih 20 an lagi ye...

Aku memang suka nombor 8.. salah satu sebab nya aku lahir 8 haribulan.. saiz kasut 8 ( yeah kaki aku memang panjang .. wahaha)... tinggi 168 cm... berat 888 (eh.. mana boleh bagitau).. lahir 198? .. kalau boleh kawen pon nak 8 haribulan la..haha...

Ok lah... sebenarnya banyak lagi no 8 yang berkaitan dangan hidup aku... tapi tak kan nak bagi tahu semua.. ye dak??... dan harini aku cuti.. saje je ambil cuti.. nak jalan-jalan pada 8 haribulan ni.. ^_*




Sueperbs Pagi 8 Jun 2012...















May 30, 2012

Sueperbs Pagi 30 Mei 2012...

Oct 24, 2011

Sueperbs pagi 24 okt 2011..







Oct 23, 2011

Sueperbs pagi 23 okt 2011..





Oct 22, 2011

Sueperbs pagi 22 okt 2011..






Oct 21, 2011

Sueperbs pagi 21 okt 2011..






Oct 20, 2011

Sueperbs pagi 20 okt 2011.. (spontaneous thursday)





Oct 19, 2011

Sueperbs pagi 19 okt 2011..







Oct 18, 2011

Sueperbs pagi 18 okt 2011..







Oct 17, 2011

Sueperbs pagi 17 okt 2011








Oct 11, 2011

Perubahan yang baik..


"Aku dah berubah.. "

Pernah tak dengar perkataan macam tu? manusia boleh berubah.. sebab tu aku kurang percaya bila tengok drama-drama atau cerita wayang dengan skrip "cinta ku tidak akan berubah sehingga ke akhir hayat ".. hmm.. mungkin ada.. tapi percayalah manusia memang boleh berubah.. cuma samada berubah ke arah positif atau negatif..

aku mempunyai seorang sahabat baik yang aku kenal sejak dari sekolah ... dia seorang yang bijak dan aku lebih selesa berkongsi masalah dengan dia.. cuma aku agak risau dengan gaya hidup dia.. dia memang selalu berkongsi cerita tentang aktiviti harian dia.. dia pernah cerita tentang dia dengan "sugar dady" yang dia kenal entah dari mana.. dia suka bila dibelanja makan dan dibelikan dengan barang-barang mahal.. di sekolah memang dia bertudung.. tapi di luar kadang-kadang dia tak bertudung pun.. aku bukan tak nak menasihati tapi kadang-kadang aku takut kata-kata aku boleh menyebabkan kami berselisihan faham.. lagipun masa tu kami masih bersekolah...

dia kadang-kadang terlampau terikut dengan kehidupan barat.. dia suka mencuba tetapi kadang-kadang mencuba sesuatu yang salah.. dia pernah bercerita yang dia pernah buat "french kiss" dengan BF dia.. aku risau kalau-kalau dia terjerumus ke lembah zina.. entah la.. aku rasa bersalah tak dapat menasihati sahabat baik aku sendiri.. 

Tapi sekarang dia dah berubah.. aku memang sangat kagum dengan dia bila melihat dia bertudung labuh.. aku bersyukur sangat.. sampaikan aku rasa lagi jahil tentang agama daripada dia.. perwatakan dia sekarang memang jauh lebih baik daripada yang dulu.. Alhamdulillah.. semoga perubahan yang baik itu akan berkekalan.. amin..

ps : tak ada niat mengaibkan sesiapa.. kepada sahabatku andai terbaca, niat ku hanya untuk berkongsi cerita sebagai pengajaran bersama.. ^_*


suka tengok gambar-gambar  kat bawah ni.. cantik je.. sejuk mata memandang? betul tak?


Wardina dan Diana Amer

Farah Diyana AF

Nur Fazura

Wardina dan Irma Hasmie

Nur Fathia


Nora Danish

Nur Fathia

Ekin

Lisa Surihani

Siti Nordiana

Diana Amer

Fara Fauzana, anne hotfm, FBI







Jul 27, 2011

Bila dua vlogger bergabung..


Selepas menang 3 kategori dalam anugerah Digi Wow Awards, Anwar Hadi buat pembaharuan dalam video nya.. kali ni bergabung dengan seorang vlogger bernama Aiman Azlan.. bagus jugak kan kalau vlogger-vlogger Malaysia ni bergabung..


yang ini versi Anwar Hadi.


yang ini versi Aiman Azlan


Video kali ni tentang bulan Ramadhan.. wah, lagi beberapa hari je nak puasa.. jom tengok video ni jom.. banyak mesej-mesej terdapat dalam video ni..


Macam mana agaknya kalau Mat Lutfi dan Anwar Hadi bergabung? 


Jun 23, 2011

..22222..





Kalau sebelum ni, aku ada buat entri pasal 11111.. kali ni pasal 22222 pulak.. Sebenarnya nak buat semalam, tapi sebab tak berapa sihat, aku buat hari ni je la.. huhuhu..

Jumlah pengunjung di blog Sueperbs.blogspot.com semalam lebih kurang pukul 1 tengah hari mencecah 22222 pengunjung.. cantik number 22222 tu kan.. hehehe

ye lah baru 22222 pengunjung nak kecoh kan .. tak setanding ngan blog korang-korang kan?

apa pun, alhamdulillah walaupun blog aku ni bukan lah blog informasi sangat, tapi ada jugak yang sudi singgah.. kebanyakan yang aku taip benda-benda yang aku suka je.. sory lah kalau minat kita tak sama.. biasa la tu kan... masing-masing ada citarasa sendiri..

itu je lah kot.. terima kasih semua...