sueperb pages

Jul 24, 2012

Tak payah SAYANG sangat la..


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah dah masuk 4 Ramadhan dah... Setakat ni puasa ok ke? ada lagi ke yang puasa 'yang yang yok pagi-pagi bukak periuk?' jangan la curi-curi makan ye.. orang lain mungkin tak nampak tapi Allah swt sentiasa nampak... 

Hari minggu lepas aku sempat jugak la bersahur dan berbuka kat kampung dengan keluarga.. dah lama jugak tak balik.. Rindu nak makan masakan mak.. hehe.. Selain meluangkan masa dengan keluarga, tujuan aku balik sebenarnya nak kemas barang-barang aku yang bertimbun.. aku pun tak tahu la apa yang aku simpan sampai penuh bilik tu.. buku-buku la kot yang banyak.. So, lepas dah kenyang sahur dan subuh, bermula lah 'ops buang kasi bersih'...

Bila aku punggah-pungah, patut la pun banyak barang.. Buku sekolah menengah dari Form 1 pun aku simpan lagi... SAYANG kot nak buang... buku teks form 1 sejarah pun ada lagi.. bila aku belek-belek, hmmmm... boleh guna lagi ni... banyak kisah-kisah sejarah.. lepas tu jumpa pulak set kertas ujian sekolah menengah.. siap jawapan dengan markah lagi... set kertas SPM pun ada jugak.. bila aku belek .. hmmm.... 'SAYANG pulak nak buang.. siap ada jawapan lagi'... Fuhhh... tak cerita pasal nota-nota masa belajar UiTM lagi... tapi... kalau aku asyik SAYANG je, macam mana nak kasi bersih? 

semak dengan buku..

Pening jugak bila nak buat keputusan mana satu nak buang.. Cuba korang bayang kann..... korang nak exam.. korang beli buku nota, pen warna warni.. korang sanggup stay up nak tulis nota tu.. sampai habis dakwat.. korang tulis cantik-cantik.. siap warna-warna lagi... pastu compile.. filing cantik-cantik..  dan sekarang, korang kena buang nota tu sebab bilik dah penuh.. SAYANG wo.. ni tak termasuk barang-barang lain lagi.. 

Tu la problem utama aku bila nak kemas barang ni.. Terlalu SAYANG kan barang.. dan suka menyimpan.. walaupun barang tu aku dah memang tak guna, tapi sebab aku SAYANG, aku sanggup simpan sampai sekarang.. 

So, lepas membuang sikit perasaan SAYANG tu, ini je la yang aku mampu buang... yang lain tu, sambung lain kali la ek...

Untuk dibuang/recycle


ps: bubur lambuk kampung baru sedap..

Jul 21, 2012

Salam Ramadhan...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Tengah sahur ke? waktu sahur lagi ke ni? hehe..hari ni first day Ramadhan.. Bulan yang penuh kemuliaan.. semoga amalan-amalan kita yang baik diterima Allah swt..

Eh eh.. dah niat puasa ke belum? Jangan lupa niat ye.. Ni niat puasa..




Semoga di permudahkan segala urusan.. sambil tu layan lagu baru Najwa Latif ni.. 





Video klip baru dari Najwa Latif.. Tajuk lagu nya Adamu..


Jul 15, 2012

Cerr Try - Rock Climbing di Damai Batu Caves..


Assalamualaikum dan  salam sejahtera..

Pegi mana cuti minggu ni? Sogo sale? haha.. Nasib baik lah aku bukan kaki Sale.. Jalan jem panjang kat KL tadi.. nak pergi Sogo lettew.. 

Sebenarnya niat asal aku hari ni nak pergi Pikom Pc Fair kat KLCC.. Pikom PC Fair start 13 hingga 15 Julai.. Nak survey tenet yang best dan berbaloi.. Tapi belum sempat nak gerak, kawan aku kol ajak pergi Rock Climbing.. Serius aku tak pernah panjat batu (rock climbing la) sebelum ni... Memandangkan kawan aku dah ajak, aku cancel la niat nak pergi KLCC tu..

Jom panjat batu... sebelum panjat pergi singgah makan dulu.. Tempat rock climbing tu kat Batu Caves.. Yang mencabar nya rock climbing ni bukan dalam bangunan.. bukan dinding yang dah siap batu tu.. ni natural punya.. hehe.. 

Batu asli... Ada berani? 

Bila tengok batu-batu tu dah mula rasa cuak dah.. tapi hati tetap rasa teringin nak cuba panjat.. memandangkan kitorang first time nak panjat, so sebelum apa-apa kitorang di beri penerangan tentang alat-alat dan asas-asas rock climbing ni.. (ok.. banyak yang aku dah lupa apa yang instuctor tu terangkan tadi.. hehe )

Sebelum kitorang panjat, Abe Nasa selaku instructor kitorang tunjuk demo macam mana cara panjat yang betul.. memang senang lah dia panjat... 

orang Pro panjat.. 

Lepas demo, kawan aku panjat dulu.. dia pernah panjat dinding yang kat dalam bangunan tu.. so tak ada masalah sangat la nak naik.. lepas tu aku pulak.. lepas aku kawan aku lagi sorang pulak.. (kitorang bertiga je)

Budak ni dah tak sabar nak panjat.. 

mulakan dengan Bismillah ye..

Tadaa.... Dah sampai... hehe...

Menggigil jugak la kat atas tu bila tak dapat grip batu betul-betul.. lagi pun aku tak pakai kasut khas untuk climbing.. Abe Nasa cakap kasut untuk panjat batu ni paling murah dalam RM300.. okeyh.. kasut sukan biasa susah nak lentur.. tu yang senang tergelincir tu...

Rasa lenguh jugak tangan ni.. tapi bila dah sampai atas memang seronok.. (bukan atas gunung.. hehe..) buat first timer jangan berangan la nak panjat sampai atas.. tinggi woo... mau kejang tangan kat atas tu.. bak kata abe Nasa, ''kalau jatuh dari atas tu, tulang tak patah , MATI...'' errkkk... apa pun jangan la risau, diorang semua dah pro... tak kan suka-suka nak bagi korang jatuh pulak.. heh.. ada rasa nak cuba tak? Cerr try, cerr try...

Merah tak tangan lepas 2 kali panjat?.. 





ps: Teringin nak buat flying fox, daki gunung, bungee jumping...