sueperb pages

Nov 27, 2015

Usha-usha Beg fesyen terkini,cantik,comel untuk semua wanita...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada tak kaum wanita yang tak menggunakan beg di sini? Tipulah kalau tak guna beg langsung kan? kalau tak guna beg tangan, mesti ada juga yang guna beg sandang, backpack dan pelbagai jenis beg lagi yang ada di pasaran.

Beg tangan memang sangat popular dan di perlukan oleh kaum wanita terutama wanita yang bekerja mahupun pelajar-pelajar. Kaum wanita ni memang ada saja barang yang penting wajib di bawa. Purse, handphone, barang perhiasan, alat-alat solek, payung, ubat-ubatan, dan macam-macam lah lagi barang yang dirasa kan berguna. Sampaikan kalau boleh muat lagi, nak je letak semua barang dalam bilik tu kan.

Sebab itu lah, wanita suka membeli beg tangan. Ada juga golongan wanita yang menjadikannya satu hobi untuk mengumpul pelbagai jenis beg yang terkini. Setiap wanita mesti ada cita rasa tersendiri dalam memilih beg tangan. Ada yang suka saiz kecil dan comel, ada yang suka saiz besar, warna terang, beg dari material kulit dan macam-macam lagi.  


Pelbagai jenis beg tangan di pasaran.


Yang pasti, semua wanita tentu mahukan beg yang berkualiti, cantik, trendy dan selesa. Lagi banyak pilihan, lagi seronok untuk membeli belah kerana kita dapat banding kan harga dan jenis-jenis beg yang kita suka. Dalam zaman serba canggih ini, wanita tak perlu lagi bersusah payah untuk berjalan-jalan survey dari satu kedai ke kedai-kedai lain. Kini, wanita boleh terus memilih dan membeli koleksi beg tangan terbaru dengan pelbagai pilihan beg dengan variasi jenama, warna, stail, saiz dan harga yang berpatutan mengikut cita rasa anda. Wanita bekerjaya yang selalu sibuk dengan kerja mahupun keluarga yang biasanya tidak sempat keluar ke shopping mall pasti berasa lebih mudah untuk mencari beg tangan yang mereka suka. Bukan sahaja menjimatkan masa malah dapat merasa kepuasan memilih sendiri barang yang berkenan di hati. Sekarang, semua pun boleh bergaya kan? Jom tengok koleksi-koleksi beg yang cantik ni

Pelbagai variasi beg tangan yang cantik

Backpack untuk mereka yang sukakan aktiviti sukan/lasak.

Antara backpack dengan pelbagai stail, rekaan yang trendy

Rambang mata melihat koleksi purse, clutch yang comel.



Kini semua wanita boleh bergaya dengan beg kesukaan mereka. Tak perlu lagi bersesak-sesak mencari beg kesukaan anda. 

Selamat membeli belah!!









Oct 10, 2015

Usha-usha Graphic Tablet Wacom..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
8 bulan dah tak update.. Nampak sangat malas nak menaip. Hehe.. Busy sikit la..
 
Ok sebenarnya nak bagitahu sue baru beli graphic tablet. Ala yang tablet selalu designer guna tu untuk lukis-lukis. Walaupun sue ni bukan la designer, asas design lagi la tak tahu..  tapi dah lama rasa teringin sangat nak guna graphic tablet ni.. nak jugak try lukis-lukis dan design sendiri kan..
 
Sue beli online je kat LAZADA. Sebelum ni dah banyak la survey graphic tablet ni.. kebanyakannya guna brand 'WACOM'.. Antara brand lain yang ada kat Lazada tu macam 'Huion',Gaomon,Genius dan banyak lagi.. Korang search je graphic tablet kat web Lazada tu. Selain Lazada kat LELONG pun ada. tapi sue beli kat Lazada sebab kat situ ada banyak promo baucer. Ada banyak diskaun dia tawarkan.
 
Setelah survey punya survey, dan mempertimbangkan bajet yang ada, akhirnya sue pilih untuk beli Wacom Intuos Pen & Touch Graphics Tablet CTH480/S2..  
 
Korang kena rajin la scroll down kat web tu, cari kalau-kalau ada harga offer yang lebih murah.. Macam sue, memang dah banyak kali usha-usha brand ni dah, memang yang ni la yang termurah boleh dapat. so, dapat gaji barulah mampu untuk beli.. Sue memang dah ada akaun dengan Lazada ni, so senang la nak beli.. Kebetulan Lazada ada offer 15% diskaun kalau beli guna mobile apps.. banyak tu boleh jimat.. so apa lagi.. download la..

Jimat RM 56.85.. Hihi..
 
Bila dah bayar semua, dia akan bagi la mesej status barang tu.. dalam masa 2 hari je barang tu dah dapat.. kat Lazada tu boleh jugak bayar masa dapat barang... tapi sue terus bayar je senang..

Sampai dalam masa 2 hari

tengok kotak pun dah smart..

barang yang ada dalam kotak

Korang akan kena install cd dalam tu, baru graphic tablet ni boleh digunakan. lepas tu korang perlulah register produk ni.. korang pun boleh install software yang Wacom provide untuk produk yang korang beli.. Macam sue, dah download 2 software..

Artrage..

Autodesk Sketchbook Express..


Sue pun baru je nak mencuba guna graphic tablet ni. seronok jugak sebab sebelum ni nak guna mouse memang susah.. lenguh tangan.. kalau korang nak beli, ikut la mana yang korang suka dan yang korang mampu..


Oh ye.. kalau ada instgram follow la saya di @sueperbs_art..




 

Feb 16, 2015

Melissa Shoes Kini Di Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Harap semua sihat la ye. Kali ini saya nak kongsi cerita tentang kasut. Saya memang seorang yang suka dan selalu sangat berjalan. Pergi kerja balik kerja, perjalanan agak jauh dan saya memang sangat mementingkan keselesaan bila berjalan. Mesti la.. Kalau jalan jauh-jauh sampai sakit kaki, tak berbaloi la kan walaupun kasut tu cantik.

Di sini saya nak kongsi dengan korang satu jenama kasut yang berkualiti dengan rekaan yang sentiasa up to date iaitu ‘Melissa Jelly Shoes’. Kalau dulu kasut ni hanya di luar Negara, sekarang korang dah tak perlu fly Negara luar dah. Di Malaysia pun boleh dapat Melissa jelly shoes ni tau.

Di bawah ni antara design Melissa jelly shoes yang sangat cantik.


Bukan flat shoes sahaja, yang heels pun ada tau
 
 
Semua kaum wanita mesti nak kan kasut yang cantik, selesa dan bergaya. Bila kasut selesa dipakai, kita pun rasa lebih yakin untuk berjalan. Kenapa saya kata kasut ni selesa? Melissa jelly shoes ni diperbuat daripada material plastic. Dan untuk pengetahuan korang, Melissa jelly shoes ni juga pernah menang beberapa anugerah untuk rekaan yang kreatif dan inovatif. Tak hairan lah selebriti terkenal pun suka pakai kasut ni.
Antara selebriti yang memakai Melissa jelly shoes

 

So, korang tak teringin ke nak bergaya dengan Melissa Jelly Shoes ni? Ada banyak lagi tau design yang cantik-cantik. Korang boleh cari Melissa jelly shoes ni di The Gardens Mall. Kalau nak beli secara online pon boleh. Korang boleh beli koleksi Melissa shoes online di ZALORA Malaysia. Laman fesyen atas talian yang terbesar ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda. Selamat bergaya dengan Melissa Jelly Shoes ye.

 
http://www.zalora.com.my/women/melissa/